Browsing articles tagged with "hantu - Amirez (dot) com"
Uncategorized
Oct 9, 2010

Hantu Kabus Sebelum Subuh

Kisah ini berlaku pada tahun 1999. Masa tu aku Tingkatan 3, baru nak belajar solat Subuh kat surau. Seingat aku hari Sabtu. Aku bersiap setengah jam awal untuk ke surau yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari rumah. Aku kayuh basikal seorang diri meredah jalan kampung yang kiri dan kanan aku adalah kebun getah, tempat yang selalu orang cakap berhantu.

Walaupun berhantu tapi niat aku nak ke surau memang kuat. Aku beranikan diri untuk melepasi kebun getah tu. Basikal aku memecut laju hingga aku sampai depan pintu rumah kawan yang dah janji nak ke surau untuk solat Subuh sama-sama. Kebetulan lepas Subuh nak jogging pulak dengan dua orang lagi kawan yang lain.

30 meter dari rumah kawan aku ada sebatang tiang lampu yang menerangi satu simpang untuk menuju ke masjid besar. Kenapa aku tak solat kat masjid? Sebabnya jalan nak ke masjid lagi gelap dengan kebun getah sepanjang 300 meter. Tapi yang seramnya nak ke sana mesti lalu depan kubur dulu. Kubur tu memang terkenal dengan cerita-cerita seram sejak zaman arwah nenek aku masih muda. Tak ada siapa yang berani nak lalu jalan tu sebelum azan Subuh dilaungkan.

Belum sempat nak ketuk pintu rumah kawan aku tu, tiba-tiba terasa ada angin yang sangat halus sedang meniup. Angin tersebut sangat sejuk hinggakan bulu roma aku naik meremang. Mulanya tidak ada perasaan takut pun sehinggalah aku berpaling ke arah kanan lalu ternampak satu lembaga putih sedang terapung. Lembaga itu berupa seakan kabus tetapi mempunyai seraut wajah tanpa hidung. Boleh digambarkan lembaga tersebut berwajah dan memakai jubah putih tanpa tangan dan kaki.

Aku jadi kaget, langsung tak boleh nak bergerak. Bibir aku menggigil, sepatah pun tak boleh nak diucap, seakan-akan mulut aku terkunci. Hantu itu merenung tepat ke arah aku sambil terbang melayang menyusuri jalan ke masjid. Kemudian, perlahan-lahan hantu tersebut ghaib dari pandangan. Dengan pantas aku mengetuk pintu dengan kuat untuk kejutkan kawan aku yang biasanya tidur di ruang tamu.

Selepas jogging aku ceritakan pengalaman tadi kepada kawan-kawan aku. Tak sempat tengah hari ramai juga orang kampung datang ke rumah nak dengar sendiri pengalaman aku nampak hantu 15 minit sebelum azan Subuh.

Sebelum tu aku cuma dengar cerita orang nampak hantu sekitar kampung aku dan aku memang seorang yang tidak mudah percaya tanpa bukti. Cerita-cerita macam ni memang susah kita nak percaya. Tapi bila diri sendiri yang alami…!

Ini baru pengalaman pertama. Ada banyak lagi cerita yang aku akan kongsikan nanti.

Uncategorized
Aug 3, 2009

Diperhati Makhluk Halus Ketika Tidur

spookyyzw Diperhati Makhluk Halus Ketika Tidur

Sebelum ini aku berpeluang menikmati tidur yang lena di atas tilam yang empuk dan bilik berhawa dingin seperti hotel di Glory Beach Resort. Tetapi dua hari lepas aku tidur bertilamkan karpet berbantalkan beg baju di atas lantai simen. Bangun pagi sekitar 4:30, terasa badan seperti ditumbuk² 10 orang lelaki gagah perkasa. Apa nak buat, semua orang berkorban. Korban keluarga, korban masa, korban tilam, korban tidur yang lena malah berkorban Internet dan blog.

Dua hari satu malam aku di sebuah sekolah di kawasan Bandar Kinrara bermula pada 1 Ogos yang lepas. Kami terdiri daripada empat jejaka kacak dan empat srikandi sunti hadir ke sekolah tersebut untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab kami. Suasana sekolah kelihatan seperti tiada apa² yang menakutkan sehinggalah malam berkunjung tiba.

Empat srikandi kami menginap di bilik kaunseling yang kami rasa agak selesa dan baik untuk mereka. Manakala kami jejaka tampan memilih untuk melenakan mata di dalam dewan beralaskan karpet dan tikar. Jam 1 pagi kami mula melelapkan mata. Alunan zikir Syamil dipasang sebagai terapi lelap kami. Tidur kami agak nyenyak sehingga pukul 2:30 pagi.

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Feb 20, 2009

Colour in My Room

Ini adalah entri tiada hala tuju haha. Entri-nak-cepat sebenarnya, sebab sekarang waktu agak sibuk dengan persiapan ke SMK Bandar Tasik Puteri. Lepas solat Jumaat nanti terus bergegas ke sana dengan 2 bijik Naza Ria dan sebijik Vannette (bukan Vannette yang aku naik) buruk. Tapi ada satu yang baru…radio haha. Brand apa aku tak tahu tapi design memang cun. Cun pun kalau speaker tak mantap takde maknanya jugak huhu.

Sebelum lelap semalam aku biarkan Pakcik PC aku bekerja menyedut cerita Smallville Season 8 Episode 14 sampai kembung. Tutup lampu, maka bilik aku yang gelap diceriakan dengan warna² LED yang ceria, cukup untuk buat teman aku tidur. Aku takut jugak gelap² sekarang ni sejak dipeluk hantu beberapa bulan yang lalu kat bilik lama huhu.

Lawa tak?

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Feb 15, 2009

Hantu Hospital Likas

Macam mana sambutan valentine’s day semalam eheh. Gurau je.

Lepas Subuh tadi layan movie jap, pastu nak sambung mimpi. Tapi aku tersedar dengan dada berdebar² sebab mimpi yang agak menakutkan huhu. Taknaklah cerita, bukan itu tujuan posting hari ni.

Aku terjumpa video ni kat Youtube pagi tadi. Banyak video hantu yang aku jumpa tapi tak senyata yang ini. Yang lain² setakat ni aku jumpa cuma nak terkejutkan orang, buat², lawak dan menipu orang je. Tapi yang ni, mulut aku terdiam kejap. Cuba nilaikan. Aku nak tau juga pandangan pembaca blog aku ni macam mana.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks