Nisfu Syaaban dan Fatwa Mengenainya

Assalaamu’alaikum w.b.t….. Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.
Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?
Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan. Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.
Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja? Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.
Hassan Adli Imam Muda Unggul Musim ke-2
Mabruk ya akhi Hassan. Tak sangka, betul-betul tak sangka bila kawan, rakan dan sahabat aku Mohd Hassan Adli dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul bagi musim ke-2 kejap tadi. Betul-betul terkejut, sebab nampak gaya macam IM Nazrul yang akan jadi juara. Tak pasti macam mana sistem pemarkahan dikira, cuma yang pasti segala keputusan sememangnya adil lagi saksama. Kalau ada undi SMS macam Maharaja Lawak hari tu sikit sebanyak boleh juga nak pertikaikan.
Saat-saat terakhir sebelum keputusan diumumkan, jauh di lubuk hati aku mendoakan agar IM Hassan berjaya menjadi juara Imam Muda 2 kali ni. Beliau memang seorang yang sangat berusaha dan rajin. Jadi kemenangannya kejap tadi adalah hadiah bagi segala kesungguhan dan usaha yang dikeluarkan oleh IM Hassan selama ni. Orang yang mengenali Hassan mesti rasa gembira. Dengan peribadi dirinya yang jarang dimiliki orang lain, tak mustahil gelaran Imam Muda Unggul layak diberikan kepadanya. Bertuah rasanya menjadi kawan IM Hassan. Bak kata orang, berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun turut sama berbau wangi walaupun diri aku sendiri terlalu banyak untuk diperbaiki. Hassan, ana bangga dengan anta!
Tahniah juga kepada IM-IM yang lain. Semuanya juara dan semua berkaliber. Semoga dapat menjadi ikon yang baik kepada masyarakat dan dapat membentuk generasi sekarang dan seterusnya ke arah ciri-ciri seorang Muslim yang sejati.
p/s: naufalhaziq, anta bertuah menjadi sahabat IM Hassan yang sejati
p/p/s: gambar kredit kepada Berita Harian Online
Imam Muda Musim 2: Pensyarah vs Guru Besar

Sedar tak sedar dah nak tamat dah rancangan Imam Muda Musim ke-2. Pada hari Jumaat nanti, 1 Julai 2011, dua finalis hebat iaitu IM Hassan dan juga IM Nazrul akan diuji untuk merebut gelaran Imam Muda bagi musim kedua. Dua-dua finalis ni memang hebat sama ada dari segi sahsiah diri dan juga ilmu yang dimiliki. Tak sabar rasanya nak tengok sama ada pensyarah ataupun guru besar yang berjaya menjadi juara Imam Muda Musim ke-2.
Kalau dilihat wajah-wajah kesemua 10 peserta Imam Muda 2 ni rasa sejuk je mata memandang. Berbekalkan ilmu agama yang tinggi dan juga peribadi yang baik semestinya akan memancarkan nur di setiap wajah para peserta. Makcik-makcik yang ada anak dara mesti berangan-angan nak bermenantukan beberapa orang IM yang masih single lagi ni hehe. Info lanjut tentang peserta-peserta Imam Muda musim ke-2 bolehlah didapati di laman rasmi Imam Muda. Dalam entri kali ni aku cuma nak perkenalkan IM Hassan yang merupakan rakan aku sendiri semasa sama-sama bekerja di KL dulu. Baca Seterusnya »
Lupakanlah Dua Perkara…
Salam Jumaat buat pengunjung blog picisan ni. Jumaat yang lepas kita diingatkan untuk Mengingati Dua Perkara seperti yang dikatakan oleh para ulama tasawuf untuk merasai kemanisan iman. Hari ini ada dua lagi perkara yang penting buat kita, tetapi bukan untuk diingati, sebaliknya untuk dilupakan.
Kebaikan Kita Kepada Orang
Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya.
Kejahatan Orang Terhadap Kita
Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah.
Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk ‘memujuk’ manusia kembali kepadaNya.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





