Cara untuk Burn File ISO ke CD

Selamat pagi semua (kalau korang baca blog ni waktu pagilah haha). Hari ni aku masuk ofis awal haha. 15 minit sebelum 8:30 tu, gila semangat hari ni. Selalunya dekat² 8:30 atau terlebih 5 minit baru aku sampai. Terlebih 5 minit tu sebab susah nak cari parking kat sini. Kalau datang awal, benefitnya (chee wah..dah lama tak sebut benefit sejak habis sekolah) boleh parking depan ofis. Jadi, hari ini aku datang awal. Perasaan datang awal ke ofis memang best sebenarnya haha.

Habis office hour nanti aku terus bertolak balik ke kampung nak uruskan hal² yang berkaitan dengan pernikahan aku nanti. Jumpa tok imam nak hantar borang kebenaran berkahwin luar mukim, susun bilik aku dengan set bilik tidur baru (ehem..ehem), jumpa dengan photographer Melayu terbaik Kelantan, bla..bla..bla. Cuti sampai hari Ahad nanti. Jadi sebelum aku tak menjamah Internet selama lebih kurang 3 hari ni, suka di sini saya maklumkan bahawa saya ingin menunjukkan cara bagaimana untuk kita burn file ISO ke CD dengan 2 langkah mudah (haha apa mengarut guna ayat surat rasmi ni??).

Pendek je tutorial ni. Jadi jangan mengarut lagi. Mari kita ke tutorial yang sebenarnya… Baca lagi…