7 Bus Kelantan Tipu ke Final Piala Malaysia
Haha. Seronok pula bila tengok Kelantan kalah semalam. Ops, jangan pula cakap aku tak patriotik dengan negeri kelahiran mak ayah aku ni. Nak cerita pasal patriotik, mari aku mulakan dengan kisah di Tok Bali.
Dari 5hb lepas hingga 7hb aku berada di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan atas urusan kerja. Sepanjang berada kat sana tak pernah aku lupakan akan satu pertandingan julung² kalinya buat pasukan bola sepak Kelantan di Stadium Bukit Jalil pada malam 7hb. Semangat berkobar² untuk menyokong Kelantan walaupun aku sejak dari dulu lagi sangat tidak gemar dengan prestasi pemain² bola sepak Malaysia. Tapi kerana sokongan dan sambutan penyokong² Kelantan yang sangat luar biasa kali ni hinggakan 65 ribu tiket dijual kepada penyokong Kelantan dan berpuluh² bas ditempah khas untuk membawa penyokong² Kelantan ke Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat. Siapa yang tak naik semangat kalau begitu punya luar biasa sokongannya kan?
Hari terakhir di Tok Bali selesai sekitar pukul 2:30 petang. Pukul 3 dah mula bertolak balik ke KL dengan menaiki Naza Ria yang dipandu sendiri oleh aku. Baru dapat berita daripada ayah kepada bos aku yang semangat nak ke Bukit Jalil pada hari Jumaat sebelumnya. Katanya dia sekadar menonton Kelantan menentang Negeri Sembilan di rumah je, bas yang ditempah tu rupanya tipu. Ada 7 buah semuanya yang ditipu, sedangkan tiket perlawanan masing² dah beli. Kasihan.
Dalam keadaan macam ni pun masih ada pihak yang nak mengaut keuntungan dengan cara senang. Manusia kalau dah otak bisnes, kerja haram pun sanggup dia buat. Kalau tak, bertambah lebih kurang 280 orang penyokong di Stadium Bukit Jalil.
Tapi bagus juga, sekurang²nya tak menyaksikan kekecewaan di depan mata sendiri hehe.
Ok sambung tentang patriotik aku tadi.
Cantiknya Masjid Beijing di Kelantan
Owh, kenapa aku tidak tahu akan masjid yang dirancang pembinaannya sejak 7 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ni? Daripada sumber yang diperolehi, masjid ini dipanggil Masjid Beijing ataupun turut juga dikenali sebagai Masjid China oleh penduduk di sekitar Rantau Panjang, Kelantan di mana masjid indah ini dibina. Namun nama sebenar masjid ini adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Sekali lihat pasti tidak menyangka ianya adalah sebuah masjid andai menara kubah di sebelahnya tidak kelihatan. Teringat beberapa buah masjid cantik di Melaka yang mengambil idea daripada seni bina China.
Dikatakan kos pembinaan masjid ini menelan belanja RM 9 juta dan mula digunakan pada Ramadhan yang lepas dengan mengundang seorang imam dari negara China bagi mengimamkan solat Terawih. Masjid ini boleh memuatkan seramai 300 orang jemaah pada satu² masa dan dilengkapi dengan perpustakaan, pejabat, klinik serta tadika. Macam Masjid Wilayah Persekutuan.
Bila agaknya dapat merasa berjemaah di masjid yang indah ni? Harap² ramailah yang berjemaah di Masjid Beijing ni dan berusaha untuk cukupkan 5 waktu solat berjemaah. Jangan sekadar dijadikan hiasan atau replika pula.
Lesen Memandu Mati Sudah
4 Julai 2009 | 4:00 P.M. | Lokasi: Sri Gombak
Siap tukar minyak hitam kat Greenwood aku terus ke stesen minyak Shell Sri Gombak yang sebelah Petronas tu. Tengah isi minyak, datang sorang brader ni nak lap cermin depan. Dia pun lap dengan senyuman yang menggoda.
Tengah sedap menghidu bau petrol, brader tadi bersuara:
Brader: Getah wiper ni kena tukar, dah koyak. Tengok cermin dah calar.
Aku: (Mana ada calar??) Ye ke? Memang dah lama tak tukar tu.
Brader: Kereta abang ke?
Aku: A’a.
Brader: Beli barulah, Shell ada jual promosi punya.
Aku: Berapa?
Brader: Biasa harga RM59. Tapi promosi…RM49 je.
Aku: Ooo. Takpelah. Saya nak balik kampung nanti, nanti saya tukar dekat kampung je (duit tak cukup sebenarnya).
Brader tu berlalu pergi ke kereta sebelah dengan muka masam mencuka. Kat kereta sebelah pun dia guna ayat yang sama macam tadi. Maybe ayat tu yang dia duk berlatih siang malam kot sebelum kerja eheh. Kena marah seround dengan aunty Cina. Kasihan dia.
4:30 P.M. | Lokasi: Tol Gombak
“Eh, lesen mati bila ek?” Aku mengambil dompet dari dashboard lalu tersentak, “Laa, 2 Julai ke?” Selepas bayar RM5 untuk tol, aku membaca ayat Kursi lalu berdoa supaya tiada road block sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Juga memohon supaya diselamatkan daripada sebarang sekatan jalan raya.
5:23 P.M. | Lokasi: Tol Bentong
Hujan turun sedikit lebat. Berbisik dalam hati rasa syukur. “Hujan macam ni punya lebat polis mesti malas nak buat road block,” kata hati riang. Kereta dipecut hingga ke Petronas Jalan Trans untuk solat Qasar Asar. Tak lupa doa supaya diselamatkan daripada sebarang sekatan jalan raya. Bukan sengaja tak renew lesen. Sibuk sangat dengan program hinggakan terlupa huhu.
7:15 P.M. | Lokasi: Kg. Tanah Bercangkul
Rakyat Kelantan Merempat di Negeri Orang
Sejak aku mula bekerja di KL ni, kadang² terasa seperti berada di Kelantan pula. Pergi je mana² mesti terdengar orang bercakap dalam dialek Kelantan. Diorang bercakap dengan nada bersungguh dan megah, seolah² berada di negeri sendiri. Gelak tawa jarang tidak kedengaran bila Kelantanese mula berborak. Itulah orang Kelantan, satu bangsa yang cukup ramah, kadang² terlebih pula.
Aku bermastautin di Batu Pahat hampir 5 tahun, pun selalu terjumpa warga Kelantan berniaga kedai makan di sana. Selalunya, kedai makan Kelantan menjadi pilihan. Dan selalunya juga, mereka adalah orang Pattani sebenarnya, bukan orang yang dilahirkan di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas dan lagi dan lagi. Mereka lebih dikenali dengan panggilan Siam Pattani.
Ok. Ini kesinambungan daripada entri 4 hari yang lalu. Sama ada aku menyokong atau tidak, terpulang kepada kau menilai.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~






