Browsing articles tagged with "kenduri kahwin - Amirez (dot) com"
Jan 9, 2010

My Wedding Invitation

Assalamualaikum rakan² sekalian. Sihat²lah hendaknya selalu di samping keluarga tersayang. Chee wah, lama dah tak buat ayat camni sejak zaman pen pal sekolah dulu haha.

Cerita panjang dipendekkan.

Dijemput rakan² ke majlis kesyukuran perkahwinan saya pada 17hb Februari 2010 (majlis bertandang) bermula pada jam 12:30 tengah hari hingga 5:30 petang. Nak tau maklumat detail boleh download kad digital dan map yang saya buat sendiri ni yang semestinya agak cincai hehe. Link download kat bahagian last post ni. Yang pink tu majlis kesyukuran di rumah pengantin perempuan. Yang hijau tu pulak kat rumah saya.

Nak kad jemputan? Sila bagi alamat saudara/i ye, hantar terus kepada saya melalui ruangan contact me tu. Jangan lupa letakkan tajuk “Saya Mau Kad Kawen” pada ruangan Perkara. Tapi kalau yang tak dapat datang tu, bagilah peluang kepada mereka yang dapat datang untuk dapat kad jemputan ni ye. Kad buat agak terhadlah dik huhu.

b228bf52cd My Wedding Invitation

Tema simple je, tak ditetapkan pun nak warna tema apa. Nanti kang susah nak cari baju pulak. Tak pasal² kena tempah baru semata² nak datang hehe. Baca Seterusnya »

Dec 5, 2009

Lagu Best Untuk Majlis Perkahwinan

dsc8052 Lagu Best Untuk Majlis Perkahwinan

Hujung-hujung tahun ni mesti banyak jemputan ke majlis perkahwinan atau kesyukuran sanak saudara ataupun rakan-rakan. Dalam bulan 12 ni ada la 3 kad jemputan aku dapat. Niat semestinya nak menghadirkan diri ke setiap majlis tapi mungkin tidak kesampaian. Apa nak buat, kerja tetap kerja. Bukan tak boleh apply cuti, masalahnya cuti tahunan aku cuma tinggal 2 hari je. Itupun nak digunakan untuk hari yang sangat sangat memerlukan aku untuk cuti. Apa-apapun insyaAllah jemputan akan diserikan dengan kehadiran aku nanti chee wah hahaha.

Tau ke sekarang ni aku tengah buat apa? Aku sekarang sedang menjalankan tugas sebagai seorang deejay majlis perkahwinan sambil melayari Internet haha. Pasang lagu je, takde buat ucap apa-apa pun suruh mak pakcik layan diri bila nak makan tu pastu sila letakkan pinggan dan gelas ke dalam bekas yang disediakan, takde. Pasang je berpuluh-puluh lagu dalam winamp, biarkan ia shuffle dari satu track ke satu track secara automatik. Kan mudah kerja aku eheh.

Semalam aku berhempas pulas mencari lagu-lagu berkonsepkan nasyid yang sesuai dengan majlis perkahwinan ni. Yelah, pasang lagu semasa majlis perkahwinan ni taboo bagi sesetengah orang. Jadi pemilihan lagu tu amat penting untuk menjaga sensitiviti golongan tersebut. Tak boleh fikir sedap didengar telinga sendiri je, kan? 1 Malaysia la katakan hehe…apa kaitan??!

Ok. Dalam playlist winamp yang aku tengah pasang ni (pengantin baru lepas berarak) ada 45 buah lagu yang aku fikir sesuai untuk diputarkan sepanjang majlis berlangsung. Takdelah semua sebenarnya pun yang sesuai. Sekadar nak pelbagaikan lagu je hehe. Oh, sekarang ni acara makan beradab lak. Tak lama dah turn aku nanti ececeh haha.

Berikut adalah 45 senarai lagu yang boleh korang guna (kalau nak gunalah) dalam majlis perkahwinan:

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks