Browsing articles tagged with "lagu kahwin - Amirez (dot) com"
Jun 10, 2011

Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu

Masih lagi dalam mood kenduri-kendara sekarang ni. Jumaat yang lepas aku jadi photographer tak rasmi majlis kenduri kahwin sepupu. Memang penat ke hulu ke hilir dengan D3100 terlilit kat tangan tapi memang puas hati bila dapat ‘menembak’. Masa pun tak terbuang gitu je sambil-sambil boleh tambah pengalaman yang terlalu cetek dalam ilmu fotografi ni.

images Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu Sebut kenduri kahwin teringat pengalaman aku jadi deejay majlis kahwin dulu. Dalam satu malam 45 buah lagu berkonsepkan nasyid sempat aku sediakan untuk majlis perkahwinan yang berlangsung keesokan harinya. Software yang aku guna pada masa tu adalah Winamp. Bagi aku Winamp sangat sesuai digunakan untuk majlis-majlis macam ni. Nak navigate dari satu track ke satu track pun senang dengan hanya menggunakan huruf-huruf tertentu pada keyboard. Paling best dengan Winamp boleh buat crossfading antara track lagu. Guna Aimp2 pun boleh tapi aku tak berapa mahir sangat dengan Aimp2 ni sebab baru je install bulan lepas. Jadi tutorial kali ni aku akan tunjukkan cara untuk buat crossfading menggunakan Winamp.

Crossfading is used by radio and club DJs alike. It allows for seamless transitions between tracks: simultaneously fading out the volume of the current song, while fading in the volume of the up-coming song. – Winamp

Senang cakap crossfading ni berfungsi untuk memperlahankan bunyi lagu (fade out) bila nak habis track tapi dalam masa sama lagu dari track terbaru akan dimainkan (fade in) serentak.

Langkah-langkah

Mula-mula buka aplikasi Winamp dan tekan Ctrl+P untuk buka tetingkap Preferences macam gambar kat bawah ni. Kemudian pergi ke bahagian Plug-ins > Output > Nullsoft DirectSound Output dan klik pada butang Configure. Baca Seterusnya »

Dec 5, 2009

Lagu Best Untuk Majlis Perkahwinan

dsc8052 Lagu Best Untuk Majlis Perkahwinan

Hujung-hujung tahun ni mesti banyak jemputan ke majlis perkahwinan atau kesyukuran sanak saudara ataupun rakan-rakan. Dalam bulan 12 ni ada la 3 kad jemputan aku dapat. Niat semestinya nak menghadirkan diri ke setiap majlis tapi mungkin tidak kesampaian. Apa nak buat, kerja tetap kerja. Bukan tak boleh apply cuti, masalahnya cuti tahunan aku cuma tinggal 2 hari je. Itupun nak digunakan untuk hari yang sangat sangat memerlukan aku untuk cuti. Apa-apapun insyaAllah jemputan akan diserikan dengan kehadiran aku nanti chee wah hahaha.

Tau ke sekarang ni aku tengah buat apa? Aku sekarang sedang menjalankan tugas sebagai seorang deejay majlis perkahwinan sambil melayari Internet haha. Pasang lagu je, takde buat ucap apa-apa pun suruh mak pakcik layan diri bila nak makan tu pastu sila letakkan pinggan dan gelas ke dalam bekas yang disediakan, takde. Pasang je berpuluh-puluh lagu dalam winamp, biarkan ia shuffle dari satu track ke satu track secara automatik. Kan mudah kerja aku eheh.

Semalam aku berhempas pulas mencari lagu-lagu berkonsepkan nasyid yang sesuai dengan majlis perkahwinan ni. Yelah, pasang lagu semasa majlis perkahwinan ni taboo bagi sesetengah orang. Jadi pemilihan lagu tu amat penting untuk menjaga sensitiviti golongan tersebut. Tak boleh fikir sedap didengar telinga sendiri je, kan? 1 Malaysia la katakan hehe…apa kaitan??!

Ok. Dalam playlist winamp yang aku tengah pasang ni (pengantin baru lepas berarak) ada 45 buah lagu yang aku fikir sesuai untuk diputarkan sepanjang majlis berlangsung. Takdelah semua sebenarnya pun yang sesuai. Sekadar nak pelbagaikan lagu je hehe. Oh, sekarang ni acara makan beradab lak. Tak lama dah turn aku nanti ececeh haha.

Berikut adalah 45 senarai lagu yang boleh korang guna (kalau nak gunalah) dalam majlis perkahwinan:

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks