Browsing articles tagged with "makhluk halus - Amirez (dot) com"
Uncategorized
Aug 3, 2009

Diperhati Makhluk Halus Ketika Tidur

spookyyzw Diperhati Makhluk Halus Ketika Tidur

Sebelum ini aku berpeluang menikmati tidur yang lena di atas tilam yang empuk dan bilik berhawa dingin seperti hotel di Glory Beach Resort. Tetapi dua hari lepas aku tidur bertilamkan karpet berbantalkan beg baju di atas lantai simen. Bangun pagi sekitar 4:30, terasa badan seperti ditumbuk² 10 orang lelaki gagah perkasa. Apa nak buat, semua orang berkorban. Korban keluarga, korban masa, korban tilam, korban tidur yang lena malah berkorban Internet dan blog.

Dua hari satu malam aku di sebuah sekolah di kawasan Bandar Kinrara bermula pada 1 Ogos yang lepas. Kami terdiri daripada empat jejaka kacak dan empat srikandi sunti hadir ke sekolah tersebut untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab kami. Suasana sekolah kelihatan seperti tiada apa² yang menakutkan sehinggalah malam berkunjung tiba.

Empat srikandi kami menginap di bilik kaunseling yang kami rasa agak selesa dan baik untuk mereka. Manakala kami jejaka tampan memilih untuk melenakan mata di dalam dewan beralaskan karpet dan tikar. Jam 1 pagi kami mula melelapkan mata. Alunan zikir Syamil dipasang sebagai terapi lelap kami. Tidur kami agak nyenyak sehingga pukul 2:30 pagi.

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Feb 23, 2009

Diganggu Makhluk Halus

Salam Isnin. Selalunya hari Isnin ni ramai yang lesu sebab ia permulaan kerja kita. Bagi yang bekerja, selalunya kerja tu agak slow nak disiapkan pada hari Isnin eheh. Bagi pelajar sekolah pulak, nak mengadap muka cikgu pun tak berapa lalu hari² Isnin macam ni. Tapi aku hari ni cukup bersemangat dan ceria haha. Sebabnya…bos bagi cuti eheh.

Bukan suka² bos bagi cuti hari ni. Bos nak suruh staf² yang handle program sejak Jumaat lepas sampai petang Ahad semalam rehat secukupnya. Mana taknya, malam pertama (bukan untuk orang kawen) kat tempat program dah diganggu makhluk halus. Bukan satu, tapi banyak. Bukan aku seorang, yang lain² pun kena kacau. Tapi rasanya aku paling kuat kena bermula pukul 3 pagi.

Kisah bermula…

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks