Browsing articles tagged with "matematik - Amirez (dot) com"
Uncategorized
Oct 14, 2010

Bila Dah Terlebih Pandai Matematik

math Bila Dah Terlebih Pandai Matematik

Nak cerita sejarah aku dengan subjek Matematik sejak sekolah rendah. Masa Darjah 5 dulu aku ni boleh dikatakan student favourite cikgu Matematik, Cikgu Zulkiflie namanya tapi dah meninggal dunia tahun lepas. Bila arwah Cikgu Zul bagi soalan Matematik yang banyak tu kat kitorang, tak ada budak lain dah yang paling digemari oleh beliau untuk mendenda kalau bukan aku haha. Tak pernah nak betul semua soalan, asyik kena ketuk ketampi je. Nak sedap lagi kena ketuk jari dengan pembaris. Sakit bukan kepalang sampai terketar-ketar jari nak pegang pensel. Dah ada rupa orang kena parkinson dah masa tu huhu. Pendek kata, akulah yang selalu sangat kena denda.

Entah macam mana UPSR aku dapat A dalam subjek Matematik. Nak kata aku buat latihan, haram tak pernah buat pun. Gred A jatuh dari langit agaknya. Gembira bukan kepalang la time tu. Cikgu Zul pun rasanya puas hati sebab denda dia dulu akhirnya membuahkan hasil haha. Dapat 4A pun tak ke mana-mana, tetap sambung sekolah menengah kat kampung.

Bermula dari Tingkatan 1 sampailah Tingkatan 5, Matematik dah jadi subjek kegemaran aku. Kalau kelas lain aku akan rasa mengantuk, terutamanya subjek Sejarah, tapi kalau kelas Matematik mata aku akan serta-merta jadi segar. Aku suka dengan Math ni sebab tak payah tulis panjang-panjang, hanya nombor saja. Taklah rasa penat nak menulis. Setiap kali exam aku akan dapat A kecuali dalam PMR dapat B. Punyalah frust campur geram masa tu sampai tercekik sorang kawan haha. Bila aku frust aku bertukar jadi hijau eheh.

Form 4 dan Form 5 tak pernah tak dapat A untuk subjek Matematik ni. Buku latihan selalu beli tapi jarang-jarang buat sebab rasa macam senang sangat. Lihatlah, betapa riaknya diriku ini ketika itu haha.

Tapi hari ini sesuatu yang sangat memalukan terjadi ke atas diri aku.

Baca Seterusnya »

Uncategorized
May 12, 2009

Siapa Pandai Matematik?

Hoho. Inilah dia email yang menguji minda pernah aku cuba dulu. Sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran Matematik macam aku haha. Kat sekolah dulu kalau kelas Math je mesti terang bijik mata memandang papan hitam dan muka cikgu. Subjek lain banyak menulis, aku jadi penat. Kalau dah penat, tulisan pun jadi buruk. Bila tulisan buruk, rasa malas pula datang bertandang di hati. Bila dah rasa malas, mata pun mulalah kuyu. Kalau satu hari tu takde subjek Matematik, confirm sekolah hari tu paling tak best. Sebut pasal Matematik teringat kat Sufiah Yusof, genius Matematik yang berjaya ke Oxford University pada usia 13 tahun tapi akhirnya memilih jalan sebagai pelacur. Semoga dia kembali ke jalan yang benar sebenar-benarnya.

Panjang pulak celoteh.

Ok. Bagi korang yang ingin menguji tahap kepandaian Matematik, aku sangat alu-alukan korang untuk cuba selesai soalan Matematik ni untuk dapatkan password bagi file yang korang kena download nanti.

Kalau anda seorang engineer, sepatutnya boleh dapat jawapan kurang daripada 3 minit. Kalau arkitek, kurang daripada 3 jam. Kalau doktor, 6 jam. Akauntan, 3 bulan. Dan kalau peguam, kemungkinan tak dapat² jawapan haha. Gurau² je. Catatan masa aku, 5 minit 13 saat campur masa nak cari kalkulator dalam PC neh huhu.

Soalan:
Apakah nombor seterusnya bagi siri nombor berikut: 1, 2, 6, 42, 1806, ____???

Eheh. Jawab jangan tak jawab. Jawapan adalah password untuk buka file Excel nanti. Boleh download di sini file tersebut. File tersebut dizipkan dengan winrar. Jadi dapatkan winrar atau 7zip untuk extract.

Kat dalam file rar tadi ada satu file Excel yang bernama ‘Hall of Fame – Beat Me’. Buka file tersebut dan masukkan password yang betul iaitu jawapan bagi soalan Matematik tadi.

Kalau berjaya buka, tahniah diucapkan icon smile Siapa Pandai Matematik?

Langkah seterusnya, taipkan nama korang dan hantarkan kepada orang lain pula. Otak kita ni kena asah selalu supaya kekal tajam eheh.

Selamat mengira!!

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks