Browsing articles tagged with "maxis broadband - Amirez (dot) com"
Jan 4, 2012

Selamat Tinggal Maxis BB

IMG 6057 Selamat Tinggal Maxis BB

Rabu lepas saya ke Maxis Centre Kota Bharu untuk terminate Maxis Broadband E220 saya yang dah lama pakai sejak tahun 2008. Sebelum sampai ke Maxis Centre tu saya tersilap jalan gara-gara ikut cakap GPS huhu. Isteri dah bagitau dah kat mana Maxis Centre Kota Bharu tapi saya yang degil nak sangat guna GPS padahal bukannya susah pun nak cari hehe.

Saya tahu Maxis Centre KB terletak di Jalan Kebun Sultan, tapi saya tak tahu Jalan Kebun Sultan tu kat mana haha. Padahal selalu je lalu jalan tu tapi tak pernah ambik tahu pulak nama jalan tu apa. Sebelum ni tak pernah pergi Maxis Centre KB, jadi agak susah bagi saya nak cari lokasinya. Kalau nak ke mana-mana, saya cuma cam bangunan tu je, nama jalan susah sikit nak ingat kecuali yang selalu sangat sebut. Contohnya kalau orang tanya kat mana KB Mall, dengan hidung tingginya saya boleh tunjuk jalan. Tapi kalau orang tanya kat mana Jalan Hamzah, garu kepala yang tak gatal saya dibuatnya hehe. Mujurlah saya ni bukan posmen. Baca Seterusnya »

Uncategorized
Sep 30, 2010

Jawapan Persoalan Kuota Maxis Broadband

28311704 Jawapan Persoalan Kuota Maxis Broadband Sebelum raya hari tu aku ada buat perbandingan antara Maxis dengan Celcom Broadband dan keputusannya Maxis Broadband yang berjaya bertahta di hati eheh. 15 September yang lepas aku, isteri dan adik ipar ke KB Mall semata-mata nak beli Uno Game Card seketul hehe. Nasib baik ada, kalau tak terpaksalah ke pasaraya lain. Nak meredah jem yang malas tu. Lepas dah beli Kad Uno kitorang merayau-rayau kejap lalu ternampaklah satu booth ni tampal sehelai kertas tertulis “Maxis Broadband RM38/Month – No Contract”.

Try tanya staf yang jaga booth tu promosi sampai bila. Katanya promosi tamat sampat habis stok. Kat booth dia cuma tinggal lebih kurang 10 applications je lagi. Jadi esoknya ayah mertua aku pergi daftar atas namanya sebab promosi Maxis Broadband RM38 sebulan ni hanya untuk pengguna Maxis Postpaid sahaja. Maklumat lanjut bolehlah baca kat entri ni.

Ada yang bertanya, apa akan jadi bila kuota dah sampai limit. Persoalannya tu terjawab dengan SMS yang diterima oleh isteri aku melalui Maxis Broadbandnya baru-baru ni. Rujuk gambar kat bawah, kalau tak berapa jelas boleh klik untuk tumbesaran tulang-belulang eheh. Baca Seterusnya »

Uncategorized
Sep 2, 2010

Beza Maxis Dengan Celcom Broadband

Baru² ni aku sempat ke Tesco Kepong Village nak beli pasir kucing yang aku bela 5 ekor sekarang ni. Macam biasalah kalau aku nak beli barang, niat asal satu barang je, tapi balik rumah mesti barang berbakul² hehe. Kalau isteri aku yang nak shopping, bila balik rumah barang aku la yang paling banyak haha. Lain kali kalau dia nak keluar shopping kena cakap aku yang nak shopping, barulah aku tak beli macam². Erk, shopaholickah aku?

Ok. Sebelum aku melalut panjang baik aku terus pergi kepada tajuk kita pada hari ini.

Kat Tesco Kepong Village hari tu aku sempat singgah satu premis Maxis dengan satu booth TM yang ada buat promosi Celcom Broadband dekat dengan pintu masuk parking. Mula² aku dengan isteri ke premis Maxis dulu sebab tertarik dengan banner yang tertera harga baru Maxis Broadband serendah RM38 sebulan. Rasa nak tau lebih lanjut la jugak sebab kat TV cuma promote yang harga RM48 sebulan.

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Aug 26, 2010

Wireless Broadband Mana Nak Pilih Ni?

Salam 16 Ramadhan. Macam mana kualiti puasa korang setakat ni? Harapnya maintain la ye. Aku dah tertinggal 8 juzuk al-Quran setakat ni huhu. Banyak hari jugak tak dapat nak baca dengan konsisten sebab mengantuk dan kenyang hehe.  Apa boleh buat, setan dah kena tambat tapi nafsu sentiasa bebas.

Sebenarnya dalam seminggu dua ni aku tengah fikir-fikir lagi nak cari wireless broadband mana yang berbaloi untuk isteri aku guna. Sebelum ni dia guna Celcom Broadband tapi terpaksa terminate sebab modem rosak. Nasib baik dah lepas kontrak setahun, kalau tak, kena bayar pulak RM150. Nak repair pun orang Celcom tu cakap baik daftar baru sebab kos repair mahal.

Aku dah guna Maxis Broadband lebih dari dua tahun. So far aku sangat berpuas hati. Ingat nak cadangkan Maxis Broadband jugak untuk isteri aku tapi katanya agak rugi sebab guna dua wireless broadband yang sama. Kalau Maxis tiba-tiba ada masalah nanti, takde dah alternatif untuk online. Itu yang buat aku sampai ke hari ni tak pilih lagi mana yang sesuai. So aku check plan yang disediakan oleh P1W1MAX, Maxis, Celcom dan Digi Broadband.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks