Kenangan Terindah – Meja Study 2008
Seminggu tak update. Balik kampung emergency hari Jumaat lepas. Aku geram betul dengan Internet kat kampung, lembap yang amat. Dah tu pulak kabel telefon kena curi. Empat 4 hari tak dapat guna Internet sampailah aku balik KL petang semalam. Bila la servis Internet kat sana nak maju? Sepatutnya bil telefon pun tak payah bayar, lagi² semua ahli rumah dah pakai handphone. Kasi potong, cuma tunggu call-in je macam sorang ahli korporat kat kampung aku buat. TMnut.
Okeh. Seperti yang dijanjikan, ini adalah meja study aku setelah berpindah semula ke kolej kediaman pada tahun 2008. Tiga gambar meja study tak dapat aku tunjuk sebab tak ambik gambar pun iaitu tahun 2003, 2004-2005 dan 2006. Tahun 2006 masa tu kat Kolej Kediaman Tun Syed Nasir atau lebih mesra-ingatan dipanggil Blok D eheh. Dapat meja cantik masa tu, dan besar. Lagi best, aku dapat dua meja ditambah pulak dengan dua loker dan dua katil haha. Aku duk sorang je kat bilik tu. Senang nak deco duk sorang² ni, tapi kadang² kena kacau ‘sesuatu’ awal² pagi huhu.
Ok. Gambar kat atas ni masih lagi menggunakan segala macam alat perkakas bendalah seperti tahun 2007. Cuma tambahan beg biru Canon tu je, free gift beli kamera digital Canon A170 masa promosi untuk first launching kat BP Mall. Ada kat sebelah tetikus tu. Itulah kamera digital pertama yang aku pernah miliki huhu. Masih hidup sampai sekarang tapi jarang guna, selalu guna kamera ofis hehe.
Tahun 2008 ada tambahan alat baru…Sonic Gear Evo 5 Pro speaker yang ada kat atas sebelah buku². Beli kat PC Depot Kota Bharu. Aku beli speaker tu pun sebab headphone dah terputus wayar. Kualiti bagi aku boleh tahan tapi mau kasi gegar bilik yang mempunyai ruang masing² untuk empat orang rasanya tak kesampaian. Untuk small room…memang bagus. Masih setia bersama aku hingga ke hari ini. Tapi cadang nak tukar Sonic Gear Tatoo Duo 3. Aku memang kipas-susah-mati Sonic Gear hoho.
Kenangan Terindah – Meja Study 2007
Tiba² lak rasa nak tunjuk gambar kenangan meja study eheh. Waktu tu tahun 2007, aku dah tahun 4 kat UTHM. Masa tu menyewa kat Taman Melewar 2 dengan kawan² satu fakulti, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau singkatannya FKEE. Aku pernah tunjuk gambar ni kat forum Blues Selamanya yang lama dulu. Kemas tak? Hehe.
Mari aku cerita satu per satu barang² aku dalam gambar kat atas.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~







