Browsing articles tagged with "nik aziz - Amirez (dot) com"
Uncategorized
Nov 8, 2009

7 Bus Kelantan Tipu ke Final Piala Malaysia

Haha. Seronok pula bila tengok Kelantan kalah semalam. Ops, jangan pula cakap aku tak patriotik dengan negeri kelahiran mak ayah aku ni. Nak cerita pasal patriotik, mari aku mulakan dengan kisah di Tok Bali.

Dari 5hb lepas hingga 7hb aku berada di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan atas urusan kerja. Sepanjang berada kat sana tak pernah aku lupakan akan satu pertandingan julung² kalinya buat pasukan bola sepak Kelantan di Stadium Bukit Jalil pada malam 7hb. Semangat berkobar² untuk menyokong Kelantan walaupun aku sejak dari dulu lagi sangat tidak gemar dengan prestasi pemain² bola sepak Malaysia. Tapi kerana sokongan dan sambutan penyokong² Kelantan yang sangat luar biasa kali ni hinggakan 65 ribu tiket dijual kepada penyokong Kelantan dan berpuluh² bas ditempah khas untuk membawa penyokong² Kelantan ke Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat. Siapa yang tak naik semangat kalau begitu punya luar biasa sokongannya kan?

Hari terakhir di Tok Bali selesai sekitar pukul 2:30 petang. Pukul 3 dah mula bertolak balik ke KL dengan menaiki Naza Ria yang dipandu sendiri oleh aku. Baru dapat berita daripada ayah kepada bos aku yang semangat nak ke Bukit Jalil pada hari Jumaat sebelumnya. Katanya dia sekadar menonton Kelantan menentang Negeri Sembilan di rumah je, bas yang ditempah tu rupanya tipu. Ada 7 buah semuanya yang ditipu, sedangkan tiket perlawanan masing² dah beli. Kasihan.

Dalam keadaan macam ni pun masih ada pihak yang nak mengaut keuntungan dengan cara senang. Manusia kalau dah otak bisnes, kerja haram pun sanggup dia buat. Kalau tak, bertambah lebih kurang 280 orang penyokong di Stadium Bukit Jalil.

Tapi bagus juga, sekurang²nya tak menyaksikan kekecewaan di depan mata sendiri hehe.

Ok sambung tentang patriotik aku tadi.

Baca Seterusnya »

Oct 26, 2009

Maybank Penipu!!

Salam semua. sihatlah hendaknya sekarang ni. Wabak H1N1 pula dah lama tak kedengaran. Harap² wabak tersebut hilang dan lenyap di dunia buat selamanya. Sejak Tuan Guru Nik Aziz buat solat hajat tak berapa lama dulu, kes kematian akibat H1N1 makin lama makin kurang kedengaran. Alhamdulillah. Mungkin berkat doa daripada orang lain juga. Sama²lah kita berdoa.

Ringkas saja.

Tengah check email Yahoo yang penuh dengan mesej sampah tadi terperasan satu email daripada pihak Maybank. Siapa yang tidak mahu buka email daripada pihak yang menyimpan duit kita kan? Tanpa fikir panjang aku terus klik pautan email tersebut, walaupun aku tau ianya bukan email daripada pihak Maybank. Ianya adalah email spam atau lebih tepat dipanggil fraud email. Sila ambil perhatian, pihak² bank tidak akan menghantar sebarang email pemberitahuan atau apa² notis kepada kita melalui email. Jika ada sebarang maklumat penting, pihak bank akan menghantar surat terus ke rumah kita.

Email yang aku dapat seperti gambar di bawah:

0cd669932e Maybank Penipu!!

Siapa² yang klik pada pautan Login tersebut, kemungkinan besar anda telah terjerat. Segala maklumat akses ke akaun Maybank anda dapat diterima oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ni. Boleh jadi dalam sekelip mata duit anda di dalam bank tersebut akan lenyap. Jadi berhati²lah ye.

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks