PayPal Bayar Laa…

Masih ingat dengan PayPal Wishlist yang diheboh²kan sejak November (kalau tak silap) lepas? Masa tu ramai juga yang ragu² PayPal ni betul² bayar atau tak. Ada juga yang tak percaya langsung. Aku pun sebenarnya, pada mulanyalah. Tapi disebabkan tak perlu keluarkan satu sen pun untuk join, kenapa tidak kita mencuba kan?

Dan semalam aku mendapat habuannya setelah berkempen selama sebulan hanya di Facebook dengan usaha yang tidak seberapa. USD15 telah dikreditkan ke dalam akaun PayPal aku hoho. Senang² je dapat duit. Kalaulah dapat USD100…korang imagine la sendiri haha.

Cakap je mana orang percaya. Jadi, ini buktinya…

Baca lagi…

PayPal Nak Bagi USD100 Melalui Facebook

Baru saja dapat berita ni. Sememangnya berita baik buat pengguna Facebook dan mereka yang mempunyai akaun PayPal. Program ni dinamakan PayPal WishList dan kita berpeluang untuk mendapat sejumlah wang bernilai USD100 maksimum. Setiap 1 orang yang berjaya anda invite menggunakan link anda, anda akan dibayar oleh PayPal sebanyak USD1. Kalau saya agak mustahil nak dapatkan sehingga USD100 memandangkan saya takde kawan yang ramai di Facebook. Tetapi anda, saya yakin dengan senang je boleh dapatkan 100 Dollar ni.

Oh ye, sebelum menyertainya pastikan anda mempunyai akaun PayPal dulu. Tak susah, daftar secara PERCUMA je. Boleh ke www.paypal.com untuk mendaftar.

Kemudian, klik link ni untuk ke bahagian PayPal WishList dan tetapkan wishlist anda kemudian invite rakan² anda untuk turut sama menyertainya.

PayPal WishList ni antara topik yang hangat dibincagkan di forum Wangcyber.com, satu forum yang sangat popular bagi usahawan² Internet. Ramai orang telah mencubanya dan sudah ada yang berjaya mendapat sehingga USD50. Bukan orang putih, dia adalah orang Melayu. Caranya hanya mengajak rakan² melalui Facebook group. Dia boleh, saya boleh, anda lagilah boleh.

Jadi jom kita rebut peluang ni. Oh ye, PayPal WishList ni hanya dibuka sehingga 31 Disember 2009 atas tujuan ingin memperkenalkan program ini kepada pengguna Facebook. Bayaran akan diterima terus ke akaun PayPal anda. Mudah dan FREE, jadi apa salahnya mencuba ;)

Semoga berjaya!!