My Blog is Back!!

Fuh! Satu pengalaman yang sungguh mentenatkan otak.

Petang semalam tengah sedap² upgrade plugin untuk blog ni tiba² jadi blank lepas refresh. Gelabah tu ada la sikit. Ingat pihak webhosting tengah ada problem. Pastu aku try taip amirez.com kat address bar. Eh, ada pulak! Sah bukan masalah dengan pihak webhosting iaitu NetKL Network. Gelabah mula melanda jiwa raga.

Gelabah² pun kerja mesti dibereskan. Dapat tugas adhoc burn 107 keping CD untuk diserahkan kepada client. 107 keping tu bro! Kalau 10 tak heran. Kerja mem’burn’ dimulakan guna dua PC dengan satu laptop. Start dari pukul 5:15 petang, selesai pukul 8:13 malam. Rasa macam kilang cetak rompak la pulak eheh.

Balik rumah try access ke blog ni sekali lagi. BLANK!! Apa ke heynye?? Puas check dengan FTP, tak selesai² jugak. Aku tidur, bangun pagi godek² lagi kat ofis. Tapi lepas siap kerja la eheh.

Tanya pakcik Google kenapa jadi macam ni. Pakcik Google kata mungkin plugin ada yang tak compatible lagi dengan WordPress 2.8. Baru teringat pasal plugin² baru yang aku upgrade semalam. Cubaan satu per satu plugin aku delete dengan menggunakan FTP. Akhirnya, blog aku kembali hoho. Rupanya plugin wp-useronline buat hal.

Rasa macam baru setup blog pulak. Sebab tu aku dengan segera menyalin kulit blog ini dengan satu theme yang aku jumpa minggu lepas. Proses godek menggodek kod php dilakukan sejak petang semalam. Jadi inilah hasilnya serba sedikit. Kalau kamu mendapati ada ralat, sila beritahu aku dengan segera ye.

Ok. Kerja ofis dah selesai. Dah nak habis waktu kerja. Sat lagi nak pergi lepas gian main badminton. Empat bulan juga tak main. Badan dah sengal² dah. Patutlah tak berapa sihat, jarang bersukan rupanya. Mulai esok aku away selama 3 hari. InsyaAllah hari Isnin akan ada post baru. Jumpa lagi.