Browsing articles tagged with "ramadhan - Amirez (dot) com"
Aug 17, 2010

Adab Membaca al-Quran

alquran Adab Membaca al Quran

Bulan Ramadhan ini adalah bulan mengajar kita menjadi seorang yang soleh dan dapat mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Salah satu cara untuk mengisi masa dengan baik bagi mengawal diri kita daripada melalukan perkara-perkara yang dilarang dan tidak sepatutnya ialah dengan membaca al-Quran.

Selain sembahyang Tarawih, bertadarrus membaca (tilawah) al-Quran al-Karim adalah satu amalan yang sangat dituntut, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Seperti ibadah yang lain, tilawah al-Quran juga mempunyai peraturan dan adabnya agar amalan mulia ini menjadi lebih bermakna dan mendapat pahala daripadanya.

Adab-Adab Membaca al-Quran

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Aug 14, 2010

Ramadzan Murabak al-Murtabak

ramadzan Ramadzan Murabak al Murtabak

Haih, banyak benor yang silapnya dengan banner ni. Mari kita main cari perkataan tersembunyi dalam gambar kat atas hehe. Sila tinggalkan jawapan korang di ruang komen. Siapa yang paling banyak dapat jawapan yang betul akan dapat baucer berbuka puasa di rumah sendiri icon biggrin Ramadzan Murabak al Murtabak Klu, ada 5 salah eja.

Kredit gambar kepada Zunar Kartunis.

Uncategorized
Aug 25, 2009

Checklist Amalan di Bulan Ramadhan

3847112907 388d679bb6 Checklist Amalan di Bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan ni eloklah kita perbanyakkan amalan yang baik. Kalau bulan² lain kita agak liat untuk beramal, maka eloklah kita perbaiki diri di bulan yang mulia ni. Syaitan pun dah dikuarantin sebulan. Godaan syaitan dah tentu takde. Tinggal diri kita sendiri je nak buat ke tak. Apa² pun, sama² kita perbaiki diri. Yoshi!!

4.00 pagi

  1. Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
  2. “Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

  3. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
  4. Mandi dan membersihkan diri.
  5. Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi

  1. Solat sunat Taubat
    Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
  2. Solat sunat Tahajjud
    Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
  3. Solat sunat Hajat
    Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
  4. Solat sunat Witir
    Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi

  1. Baca Seterusnya »
Uncategorized
Aug 22, 2009

Ramadhan Menjelma Lagi

selamatmenunaikanibadah Ramadhan Menjelma Lagi

Assalamualaikum semua. Sarapan apa tadi ye? Ooo makan roti Gardenia je. Eh, hari ni hari pertama puasa kan? Takpe², terlupa nak buat macam mana kan hehe. Atau…buat² terlupa? Suka hati sendirilah, itu urusan anda dengan Yang Maha Kaya. Kalau diri sendiri rasa tak boleh nak puasa pada hari tu, jangan sibuk² melantak depan orang yang puasa. Kasi hormat sikit, walaupun makanan tu hanya sekadar Maggie yang tak langsung buat air liur kecur.

Rasa baru saja lepas puasa di bulan Ramadhan tahun lepas, Ramadhan 1430H dah pun menjelma. Hidup dipenuhi dengan tugas membuatkan masa menjadi makin pantas. Tup tup tak lama lagi dah nak hari raya aidilfitri.

Pernah dengar lawak waktu kita kecik² dulu…siapa yang kentut dia terbatal puasa haha. Boleh pula disamakan air wuduk dengan puasa. Tapi itulah logik akal kanak². Sama halnya juga dengan persoalan makmum yang masbuk dalam solat jemaah. Bila si kanak² tersedar yang dia agak lewat mengikut imam, dia akan cuba mengejar rakaat pak imam dengan solat gear 4 hehe. Selalu juga nampak kanak² macam tu. Sikit pun tak rasa pelik, sebab waktu saya kecik² dulu pun macam tu juga. Tak pernah belajar dan diajar tentang masbuk, lalu logik akal diguna pakai. Mengikut hukum alam, yang ditinggal harus mengejar.

Zaman sekolah dulu, Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks