Cuti Raya Dah Habis
Kata orang raya sampai sebulan tapi sesetengah tempat je yang sambut raya sebulan ni. Tak silap aku negeri Johor memang sambut sampai sebulan raya bagi masyarakat berketurunan Jawa kat sana. Masa belajar kat UTHM dulu lepas habis cuti raya kat kampung selalunya aku join AJK masjid UTHM untuk sambung lagi beraya ke rumah-rumah staf UTHM naik bas universiti. Memang seronok.
Kat sini atau kebanyakan negeri cuma sambut raya paling lama pun seminggu je, bergantung kepada berapa lama dapat cuti raya. Raya kedua hari tu pun dah ada yang mula balik ke tempat kerja masing-masing. Kat sini esok dah mula kerja. Mesti ramai yang tak puas lagi nak bercuti raya termasuklah isteri aku sorang ni hehe.
“Lusa bukak sekolah dah, Ummi tak suka!!” Dia cakap macam tu kat anak kami yang baru berusia 9 bulan setengah. Tercengang je ‘Iffah tengok muka tak happy Ummi. Apa nak buat, dah jadi tanggungjawab. Lagipun tak lama dah kerja sebelum apply cuti sebulan nanti. Berdebar-debar pula rasa. Harapnya semua selamat dan berjalan lancar bila berada di al-Baldah nanti.
Demam Raya
Orang lain demam sebab nak raya tapi aku demam pada hari raya. Sejak dua hari terakhir puasa sampailah hari raya kedua baru-baru ni badan aku tak berapa sihat sangat nak beraya. Batuk-batuk campur selsema sikit. Nak bukak mulut pun malas. Kadang-kadang kepala rasa pening-pening sikit, kadang-kadang ok cuma sendi pula rasa sengal-sengal. Raya pertama aku tak buka mulut sangat walaupun beraya ke rumah-rumah saudara dari pagi sampailah ke pukul 10 malam. Boleh dikira berapa patah perkataan je yang keluar hari tu. Memang tak selesa. Sesiapa yang tengok gaya dan raut wajah aku hari tu memang nampak macam tak ada mood sangat nak beraya tapi jauh di sudut hati ini betul-betul rasa gembira bila melihat si cilik ‘Iffah menyambut hari raya yang pertama dalam hidupnya. Baca Seterusnya »
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Dari jauh kami bertandang
Bermaaf-maafanlah sesama kita
Masak udang gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Bunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kini kita menyambut Hari Raya
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang seorang
Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan
Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Lodeh yang baik dikenang juga
Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu
Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini makan kuih jagung
Malam esok kita makan tapai
Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan
Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi
Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh dibayar
Hutang dodol dibawa mati
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Copy dan paste code di bawah ke dalam Blog, Friendster, Myspace mahupun Facebook:
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...








