Aku Perlukan Sedikit Pertolongan

Aktif sungguh aku post entri baru dua tiga hari ni. Aku perasan hati aku menjadi hyperactive untuk blogging sejak kehadiran Google bot dan Yahoo bot yang banyak kali ke blog ntahapahapa ini bermula 3 hari lepas. Sebenarnya ikut pengetahuan aku, hari² ‘diorang’ datang merangkak ke mana² blog eheh. Cuma hari tu aku perasan ‘diorang’ datang waktu aku tengah check siapa yang sedang online kat blog ni. Semangat terus memuncak tika itu.

Terus ke tajuk. Sebenarnya ada beberapa hal aku nak mintak tolong sikit, kalaulah sudi. Kalau tak sudi pun, sudi-sudikanlah dirimu menolong diriku ini huhu.

Pertama: Perasan tak banner hijau kat atas ni? Banner ke apa ke tak kisahlah apa kau panggil, ia tetap berwarna hijau. Sebenarnya ikut theme asal kat situ ada teks. Tapi aku buang, sebab rasa kurang hensem kalau ada teks kat situ. Cadangan aku nak letak grafik atau gambar. Gambar apa yang patut aku letak ek kat situ? Ataupun kau ada idea lain yang lebih canggih?

Kedua: Isnin depan cuti Thaipusam. Ada idea apa perlu aku buat? Keluar berjalan²…tapi ke mana? Tidur saja di rumah? Itu tidak kool langsung. Tidur bukanlah kesukaan aku melainkan malam, apatah lagi tidur petang. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan supaya kita tidak amalkan tidur petang, lemah tenaga batin. Kalau aku silap, cepat² betulkan aku ye. Ke mana aku perlu isi cuti 9hb nanti?

Baca lagi…