Setitis Air Mata Ehsan Buat Megat
Satu entri ringkas pada petang Ahad ni. Tak banyak yang dapat dilakukan untuk membantu seorang rakan blogger yang menghidapi masalah dalaman sekian lama. Dengan sekelumit usaha ini harap dapat meringankan kesempitan yang dialaminya. Dalam keriangan dan kesenangan yang kita hadapi, jangan sesekali kita lupa akan nasib orang lain yang menanggung penderitaan yang mungkin kita tak dapat nak bayangkan. Tangisan hati saudara Megat di blognya cukup hiba bila dibaca. Sebagai seorang ayah dan juga suami, apa lagi bebanan yang lebih berat daripada itu yang boleh dipikul?
Marilah kita sama² membantu saudara Megat dengan mempamerkan ribbon seperti di atas pada blog anda sebagai tanda prihatin kita. Setiap blog yang mempamerkan ribbon tersebut akan menyumbang RM1 kepada saudara Megat. Syukur atas usaha saudara hydir ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
- Copy dan paste ribbon diatas.
- Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
- Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010
- Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
- boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
Atau boleh salurkan sumbangan ikhlas kepada saudara Megat di nombor akaun berikut:
No. Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No. Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman
Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung saudara kita En. Megat dan keluarga. Amin.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...





