Syurga Cinta Kurang Berkesan
Baru semalam berkesempatan menonton Syurga Cinta di panggung buatan sendiri kat rumah. Nak juga tahu adakah filem arahan Ahmad Idham terbitan David Teoh ni betul² sama dengan filem Kiamat Sudah Dekat atau tidak seperti yang dikatakan Ahmad Idham tidak meniru mana² filem lain. Kita mulakan dengan intro cerita.
Jujur, intro filem ni agak menarik. Bukan kerana gadis² seksi yang ditonjolkan di club, tapi istilah² yang digunakan oleh tiga sekawan iaitu Irham, Alex dan Zainal. Contohnya, ‘nasi lemak 50 sen’ bagi gadis Melayu manakala ’1 pound’ bagi gadis mat saleh. Dulu tak faham juga. Bila tengok filem Cinta Kolesterol kalau tak silap baru faham ‘nasi lemak 30 sen’ yang dimaksudkan oleh Chef Wan dalam filem tersebut eheh. Ada juga istilah lain tapi lupa dah.
Cuma tak berapa bestnya lagak ‘mat saleh’ Irham nampak seperti agak dibuat². Stop di situ.
Setuju juga dengan pendapat Ustaz Hasrizal di blognya Saifulislam.com. Dari segi olahan skrip patut diperbaiki. Kajian masyarakat kita yang jauh menyimpang dengan agama juga perlu dikaji dengan lebih dalam oleh pengarah. Kalau dilihat filem ni, boleh dikatakan tidak berapa nak hidup jalan ceritanya. Tapi saya suka part di mana Irham menunjukkan penyesalannya secara menyeluruh apabila hendak meneguk segelas arak di meja. Dia tersentak dan tersedar daripada dosa yang bakal dilakukannya apabila secara spontan membaca bismillah sebelum minum. Lakonannya memang hidup ketika itu. Rasanya mungkin itulah satu²nya part yang dikatakan oleh penonton² sebelum ini yang membawa kesan kepada mereka. Yang lain semuanya masih lagi ‘drama Melayu’.
Tiru Kiamat Sudah Dekat
Syurga Cinta Tiru Kiamat Sudah Dekat
Rindu betul nak update blog ni. Dah bersawang nampaknya. Apa nak buat, tempat aku pergi baru² ni coverage untuk Celcom Broadband tak berapa kuat. Maxis Broadband? Lagi la tak dapat kat area kampung huhu. Bila la agaknya Malaysia ni nak berkembang tahap keluasan penggunaan Internet ye?
2 hari lepas sempat aku tengok sikit Filem at TV9 ke apa nama rancangan tu yang dihoskan oleh Raja Farah yang cute. Adalah sikit preview pasal filem yang baru ditayangkan kat pawagam kita ni, Syurga Cinta. David Teo selaku penerbit filem ni, dan semestinya Ahmad Idham selaku pengarahnya. Diorang berdua ni memang kamceng hasilkan filem. Aku suka dengan idea David Teo tapi agak memualkan dengan lakonan arahan Ahmad Idham.
Kita letak tepi dulu ye pasal David Teo yang suka buat cerita berunsur Islamik sejak Syukur 21. Aku bukan nak bangkitkan isu kenapa orang Cina yang buat cerita Islamik. Takut tersalah tafsir, aku sendiri cari binasa.
Apa aku nak tekankan ialah, kenapa filem Syurga Cinta ni seakan² filem Kiamat Sudah Dekat dari Indonesia? Dari segi watak memang sama. Jalan cerita pun rasanya lebih kurang je. Tak boleh ke kita hasilkan satu filem yang betul² original daripada hasil penerbit Malaysia? Dan lagi satu, filem komedi romantik Malaysia ni tak berapa nampak realnya. Nampak sangat dibuat². Pelakon kita kurang potensi atau pengarah yang kurang pandai mengarah?
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...







