Browsing articles tagged with "terengganu - Amirez (dot) com"
Aug 7, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011 Bagi Setiap Negeri

Sejak awal Ramadhan lagi dah banyak blog yang paparkan kadar zakat fitrah bagi tahun 2011 untuk setiap negeri di Malaysia. Tapi yang peliknya terdapat beberapa ralat kadar zakat negeri yang dipaparkan. Antaranya kadar zakat bagi negeri Kelantan, Selangor, KL dan Johor. Tersilap tahun agaknya.

Berikut adalah kadar zakat fitrah 1432H bagi setiap negeri dan kawasan di Malaysia:

Negeri & KawasanKadar Zakat
TerengganuRM5, RM7 & RM8
PerlisRM6
SarawakRM6.20
MelakaRM6.50
Negeri SembilanRM6.50
KelantanRM7
SelangorRM7
PahangRM7
KedahRM7
PerakRM7
Pulau PinangRM7
SabahRM7
Kuala LumpurRM7
PutrajayaRM7
LabuanRM7
JohorRM7.50 & RM5

Harapnya kadar zakat fitrah ini adalah betul bagi tahun 2011. Kalau ada ralat, sila betulkan ye.

Hukum Keluarkan Zakat

Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib berdasarkan ayat Al Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah itu bagi fakir, miskin, amil zakat, muallaf, hamba, orang yang berhutang, pada jalan Allah dan musafir. Ia satu kefarduan daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Ayat 60 Surah At Taubah.

Dalam hadis pula, antaranya hadis Jibril di mana jibril datang kepada Nabi S.A.W dalam rupa bentuk seorang lelaki. Apabila ditanya tentang Islam, Nabi S.A.W. menjawab, maksudnya: “Islam ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadan dan naik haji ke Baitullah jika mampu.” Riwayat Bukhari.

Dan juga mesti mencukupi nisab (harga emas semasa bagi 85gm) dan haul (setahun).

Waktu Keluarkan Zakat

Wajib: Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling afdal: Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Haram: Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Niat Zakat Fitrah

Setiap perbuatan mesti disertakan dengan niat begitu juga ketika mengeluarkan zakat sebagaimana berikut:

Diri sendiri: “Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.”

Diri dan tanggungan: “Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”

Bagi pihak: “Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib ke atas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.”

Tunaikanlah zakat bagi yang wajib mengeluarkan zakat mengikut syarat-syarat tertentu kerana orang yang tidak mengeluarkan zakat sedangkan dia layak, maka hukumnya haram dan wajib qada menurut sebahagian pendapat ulama walaupun dia terlupa untuk membayar zakat.

Kredit: AkuBioMed | Portal Rasmi Zakat Kedah | Simiey

p/s: Hati-hati bila taip ‘zakat’. Dah dua kali aku tertaip ‘zakar’ haha. Eh, astaghfirullah al’adzim…

Uncategorized
May 4, 2009

Keropok Lekor Perisa Seluar Dalam Wanita

PERHATIAN! Tiada unsur² lucah pada artikel ini. Kanak² bawah umur 12 tahun pun digalakkan membaca. Terima kasih.

keropoklekor2 Keropok Lekor Perisa Seluar Dalam Wanita

Khamis lepas aku balik ke kampung sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas. Nasib baik jugak program tunda bulan 6. Kalau tak, entah bila dapat balik ‘cuti panjang’ lagi.

Jumaat tu mak aku ke Kuala Terengganu untuk berubat dengan sorang pengamal perubatan tradisional kat sana. Alang² dah ke KT rugi kalau tak beli keropok lekor dua tiga bungkus paling kurang. Niatnya itu disampaikan kepada pengamal perubatan tradisional tersebut.

Pengamal perubatan tu bagitau sesuatu kat mak. Katanya, jangan beli keropok lekor kat *tut*. Tak diberitahu pula kenapa. Tapi mak aku ni sifat ingin tahunya tinggi. Lepas puas bertanya, akhirnya pengamal perubatan tu buka mulut.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks