My Wedding Invitation
Assalamualaikum rakan² sekalian. Sihat²lah hendaknya selalu di samping keluarga tersayang. Chee wah, lama dah tak buat ayat camni sejak zaman pen pal sekolah dulu haha.
Cerita panjang dipendekkan.
Dijemput rakan² ke majlis kesyukuran perkahwinan saya pada 17hb Februari 2010 (majlis bertandang) bermula pada jam 12:30 tengah hari hingga 5:30 petang. Nak tau maklumat detail boleh download kad digital dan map yang saya buat sendiri ni yang semestinya agak cincai hehe. Link download kat bahagian last post ni. Yang pink tu majlis kesyukuran di rumah pengantin perempuan. Yang hijau tu pulak kat rumah saya.
Nak kad jemputan? Sila bagi alamat saudara/i ye, hantar terus kepada saya melalui ruangan contact me tu. Jangan lupa letakkan tajuk “Saya Mau Kad Kawen” pada ruangan Perkara. Tapi kalau yang tak dapat datang tu, bagilah peluang kepada mereka yang dapat datang untuk dapat kad jemputan ni ye. Kad buat agak terhadlah dik huhu.
Tema simple je, tak ditetapkan pun nak warna tema apa. Nanti kang susah nak cari baju pulak. Tak pasal² kena tempah baru semata² nak datang hehe. Baca lagi…







Recent Comments