Browsing articles tagged with "upin ipin - Amirez (dot) com"
Uncategorized
Feb 18, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula – Puas Hati

Dah tengok filem animasi made in Malaysia; Geng: Pengembaraan Bermula? Kalau belum tengok, aku nasihatkan jangan tengok filem tu. Jangan sesekali tonton Geng kat panggung kalau kau cuma keseorangan eheh. Bawa kawan² tengok sekali, baru layan. Gelak sakan sama² barulah best. Sebab filem animasi ni best, jadi gelak pun bestlah haha.

Berhari² nak tempah tiket kat GSC 1 Utama sejak hari pertama tayangan lagi tapi full setiap waktu. Kat panggung lain pun sama. Esoknya cuba lagi nak reserve online, tapi penuh jugak. Akhirnya dapat jugak reserve pada hari Isnin, 9:50 malam. Asalnya 6 orang nak pergi tengok, last² tinggal 2 orang je. Aku ajak Faizal, dia on je kalau tengok wayang. 3 orang pun jadilah.

Punyalah besar 1 Utama sampai aku tersesat haha. Sepatutnya GSC kat new wing, tapi aku pergi kat old wing. Penat jugak menapak ke new wing lepas call Faizal. Nasib baik Faizal sampai dulu, aku suruh dia yang ambik tiket. Nak harapkan aku mesti tak sempat, masa tu dah pukul 8:05 malam.

Masuk panggung aku terkejut. Punyalah……..sikit orang yang datang tengok. Mungkin sebab weekday kot. Dah tu malam pulak, time orang bekerja masuk tidur…kecuali aku eheh.

18 minit iklan sebelum start Geng. Nasib baik movie² akan datang semua best. Kalau ada iklan movie cinta, sudah tentu aku tidur kat kerusi-sakit-belakang tu sebelum Geng mula.

Ok. Baru nak masuk tajuk haha. Sikit pendapat aku tentang Geng: Pengembaraan Bermula.
Baca Seterusnya »

Feb 1, 2009

Upin & Ipin Siri Baru

Esok dah start siri baru adik-beradik kembar yang mencuit hati, Upin dan Ipin di TV9 bermula pukul 7:30 malam. Siapa yang tak kenal si Upin dan Ipin ni kan? Telatah diorang memang susah nak dilupakan. Dengar kata beratus² kali skrip diorang kena reject sehinggalah diorang dapat skrip yang betul² betul. Padanlah skrip diorang best. Kita boleh berbangga dah dengan animasi buatan anak Malaysia daripada krew Les’ Copaque ni. Cayalah geng.

Bagi yang tak nak ketinggalan setiap episod dua beradik ni, bawah ni jadual siaran siri Upin & Ipin dan Kawan-kawan:

Isnin : Episod 1 (7:30 malam)
Selasa : Episod 2 (7:30 malam)
Rabu : Episod 3 (7:30 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:30 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:30 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:30 malam)
Ahad : Episod 1 + Episod 2 + Episod 3 (7.00mlm – 7:30 malam)

Jangankan budak², bapak budak pun suka tengok Upin & Ipin eheh. Tak sabar tunggu esok. Solat Maghrib jangan lupa tau!

Info: Upin Dan Ipin Official Website

#update: baru dapat update daripada Les’ Copaque tadi kat Facebook. tayangan Upin & Ipin bermula 7pm sebab ada masalah waktu dengan pihak tv9

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks