Makan Angin di Batu Pahat
Hari ni tak larat nak taip panjang-panjang. Cukuplah entri panjang berjela yang lepas tu hehe. Hari ni cuma nak tunjuk gambar semasa saya sekeluarga bertolak ke Batu Pahat, Johor pada 5 Disember 2011 lepas. Dah lama peram entri ni, baru hari ni rasa nak publish. Karangan panjang-panjang pun saya dah delete kasi tinggal gambar je.
Dalam entri ni cuma separuh je gambar saya masukkan. Next entry saya akan masukkan lagi separuh gambar dari Batu Pahat ke KL pulak. Maaflah kalau gambar-gambar ni tak menarik. Saya tak touch-up pun. Sekadar edit contrast sikit-sikit je. Sharp pun tak berapa. Cuaca pulak masa tu agak mendung. Jadi saya cuma point and shoot je menggunakan Nikon D3100 dengan Canon IXUS 105. Enjoy

Hadiah Harijadi Dari US
15 November semalam genap sudah saya berusia 25 tahun di dunia ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan² yang memberi wish di Facebook, Friendster dan tak lupa kepada yang SMS saya ketika di Sik, Kedah semalam. Kat Twitter tak sempat nak check pula. Hari ni 16 November hadijadi Johari pula atau lebih mesra dipanggil Joe, rakan sekuliah dari Tahun 1 di UTHM. Happy birthday Joe (walaupun dia tak baca blog ni eheh).
Kebetulan 13hb lepas kena pergi ke Bendang Man Resort sampai tengah hari 15hb. Sengaja tak bagitau rakan² sekerja birthday saya jatuh pada 15hb. Kalau diorang tau mesti kena prank kaw² pun. Dah jadi budaya syarikat pulak prank setiap kali ada staf yang menyambut hari lahir. Nasib baik tak panggil krew Wakenabeb atau Bang Bang Boom hehe. Kalau tak, masaklah kena prank. Tapi saya tak diprank semalam walaupun sebenarnya tengah menanti apa prank yang diorang nak buat kat saya hehe.
On the way balik dari Kedah ke KL, singgah kejap dinner di R&R Tapah lepas solat jamak Maghrib dengan Isyak. 7 orang semuanya; 4 lelaki dan 3 srikandi dari Darul Quran. Lepas siap makan, Zool hilang tiba². Masa tu tak jangka apa². Ingat dia pergi beli air ke apa kat gerai. Tak lama lepas tu dia datang dari belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday dengan sebiji kek perisa nescafe (ke kopi ek??). Terkejut, tapi macam biasa cool sentiasa hehe.
Buat pertama kalinya sambut birthday di R&R. Rasa terharu….sebab takde lilin cucuk kat kek haha. Apa² pun syukran kepada sahabat² atas pengalaman yang sangat bermakna ni. Nasib baik tak kena prank kat R&R tu hehe. Katanya nak prank kat Sik lagi tapi takde idea nak prank apa. Fuh…nasib baik hehe.
Sampai ke rumah sekali lagi terkejut. Ada sebungkus hadiah atas meja. Bila dibuka, hadiah tersebut merupakan sebuah MP3 Player yang dibungkus dengan kotak silika. Taulah saya hadiah tersebut dari US yang dikirimkan oleh Russell Brunson, seorang Internet Marketer terkenal dunia.

Beberapa hari yang lepas saya berkunjung ke laman web beliau yang menerangkan tentang Micro Continuity. Secara jujurnya saya tak faham 100% apa yang diceritakan pada web tersebut. Apa yang saya tau ianya adalah satu coaching tentang bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan Internet. Bila saya usha laman web beliau, tiba² mata terpaku pada satu imej MP3 player ni. Menurut Russell, beliau akan berikan MP3 player tersebut secara percuma. Kita cuma perlu bayar harpa shipping sahaja. Sebagai bonus, Russell masukkan 4 klip audio berharga tentang coachingnya dalam program Micro Continuity ni. Jadi bolehlah dengar di mana² je tentang perniagaan Internet. Bagus juga cadangannya tu.
Saya menganggapnya sebagai satu hadiah harijadi saya yang ke-25 ni
Kenangan Terindah – Meja Study 2007
Tiba² lak rasa nak tunjuk gambar kenangan meja study eheh. Waktu tu tahun 2007, aku dah tahun 4 kat UTHM. Masa tu menyewa kat Taman Melewar 2 dengan kawan² satu fakulti, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau singkatannya FKEE. Aku pernah tunjuk gambar ni kat forum Blues Selamanya yang lama dulu. Kemas tak? Hehe.
Mari aku cerita satu per satu barang² aku dalam gambar kat atas.
Ramadhan Menjelma Lagi
Assalamualaikum semua. Sarapan apa tadi ye? Ooo makan roti Gardenia je. Eh, hari ni hari pertama puasa kan? Takpe², terlupa nak buat macam mana kan hehe. Atau…buat² terlupa? Suka hati sendirilah, itu urusan anda dengan Yang Maha Kaya. Kalau diri sendiri rasa tak boleh nak puasa pada hari tu, jangan sibuk² melantak depan orang yang puasa. Kasi hormat sikit, walaupun makanan tu hanya sekadar Maggie yang tak langsung buat air liur kecur.
Rasa baru saja lepas puasa di bulan Ramadhan tahun lepas, Ramadhan 1430H dah pun menjelma. Hidup dipenuhi dengan tugas membuatkan masa menjadi makin pantas. Tup tup tak lama lagi dah nak hari raya aidilfitri.
Pernah dengar lawak waktu kita kecik² dulu…siapa yang kentut dia terbatal puasa haha. Boleh pula disamakan air wuduk dengan puasa. Tapi itulah logik akal kanak². Sama halnya juga dengan persoalan makmum yang masbuk dalam solat jemaah. Bila si kanak² tersedar yang dia agak lewat mengikut imam, dia akan cuba mengejar rakaat pak imam dengan solat gear 4 hehe. Selalu juga nampak kanak² macam tu. Sikit pun tak rasa pelik, sebab waktu saya kecik² dulu pun macam tu juga. Tak pernah belajar dan diajar tentang masbuk, lalu logik akal diguna pakai. Mengikut hukum alam, yang ditinggal harus mengejar.
Zaman sekolah dulu, Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~







