Cara Membakar Dengan Mudah
Asal hujung minggu je aku sibuk. Asal hujung minggu je aku busy. Asal busy je hujung minggu. Baru hari ni dapat jamah Internet, itu pun dah lewat petang. Semalam bos bagi cuti sebab kerja Sabtu dengan Ahad tapi Cik Maxis BB berjalan ke ofis pulak. Malaih nak pi ambik.
Semalam main bowling kat One Utama, aku tengok je sebenarnya eheh. Bagi can kat 3 orang kawan lepaskan gian. Kalau aku sorang je yang strike malu pulak diorang eheh. Lepas tu karaoke dua lagu; Itu Kamu dengan Belaian Jiwa sebelum layan panggung cerita Shinjuku Incident. 1:30 pagi baru sampai rumah. Hish, jarang sangat dibuat aku begitu.
Kali ni bukan nak review cerita Shinjuku Incident yang bagi aku agak menarik sebab membuatkan kita berfikir dalam sedalamnya tentang isu perkauman. Aku cuma faham dengan fahaman aku sendiri. Kalau buat review, takut tersilap mesej pula. Padanlan cerita tu diklasifikasikan 18PL. Budak² jangan tengok, nanti terpengaruh.
Baik. Mari ke tajuk sebetulnya iaitu aku ingin mengajar bagaimana cara untuk membakar (burn) dengan mudah tanpa memasang (install) sebarang perisian lain seperti Nero contohnya. Cuma menggunakan perisian yang sedia ada dalam komputer masing².






Recent Comments