Statistik Bulan Jun 2011 Amirez [dot] Com
Salam 1Malaysia. Dah masuk hari keempat dalam bulan Julai baru nak buat entri statistik untuk bulan Jun ni eheh. Lewat sikit bukan apa, ada beberapa perkara lebih penting yang aku kena selesaikan dulu. Tinggal masa lebih kurang 3 bulan saja lagi sebelum blog ni tak berupdate, ataupun dibiarkan update dengan sendirinya dengan schedule post yang akan aku buat nanti, kalau adalah hehe.
Ok. Tak nak cakap banyak, ini adalah statistik blog aku yang tak seberapa ni sepanjang bulan Jun 2011 yang lepas. Sebelum tu, sekali lagi aku nak tegaskan kat sini bahawa entri ini langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau bangga-bangga dengan pencapaian yang aku kira masih lagi seciput. Ramai lagi blogger lain yang jauh lebih hebat. Ini hanyalah motivasi untuk diri aku sendiri dan juga kepada sesiapa saja yang nak memotivasikan dirinya. Harap tak adalah yang duk cakap tak elok kat aku huhu.
Google Analytic
Kita tengok statistic yang pakcik Google buat ni dulu yang semestinya dah jadi panduan kepada sesiapa saja yang nak menilai prestasi blog masing-masing. Kalau tak jelas, boleh klik untuk besarkan gambar ni.
Statistik Bulan Mei 2011 Amirez [dot] Com
Salam 1Malaysia. Macam biasa, rutin bulanan mesti buat laporan ringkas tentang prestasi blog picisan ni. Secara umumnya tak banyak sangat perubahan berbanding bulan April lepas. Tapi sepanjang 31 hari dalam bulan Mei lepas ada satu hari blog ni menerima kunjungan pelawat sehingga mencecah seribu lebih pelawat unik. Tengok graf kat bawah ni nampak sangatlah keanehannya, macam gunung dikelilingi bukit jadinya.
Selidik punya selidik, rupanya entri Berita Kematian Osama Bin Laden hari tu yang jadi hot keyword untuk blog ni. Keyword ‘Kematian Osama Bin Laden‘ pernah cecah hingga enam ribu pageviews dalam masa sebulan. Terus potong kedudukan teratas yang selama ni dipegang oleh keyword ‘Lagu untuk Majlis Perkahwinan‘. Sekarang kan musim kenduri kahwin, mesti ramai yang tengah cari lagu-lagu yang sesuai untuk majlis masing-masing. Nampaknya berita Osama lagi hebat daripada makan nasik minyak hehe.
Itu aje ler yang nak dikongsikan. Tengah mencari mood untuk update blog lebih kerap sebenarnya ni. Asyik lemau je dalam seminggu ni. Berita kenaikan tarif bil elektrik pun tak buat, sedangkan keyword tu boleh jadi booster untuk trafik dalam sehari dua ni. Kebetulan iklan Buffered Earning pun tengah up lagi sekarang, rugi tak manfaatkan peluang yang ada eheh. Tapi takpelah, yang penting niat ikhlas nak berkongsi.
Sebut pasal kongsi, korang dah tengok filem Kongsi? Amacam? Best tak?
Apa Itu CommentLuv?
Salam semua dan sihat selalu hendaknya. Sedikit entri ringkas sebagai bekal untuk aku tinggalkan kejap blog ni. Malam karang aku akan terbang ke KL lagi selama tiga hari. Tengah hari Selasa nanti baru balik. Teringin juga nak jumpa rakan-rakan blogger yang ada kat KL. Tapi apa nak buat, tak ada masa sangat nak bersuka-ria. Blogger-blogger Kelantan pun tak pernah jumpa, apatah lagi yang duk KL eheh. InsyaAllah satu hari nanti…
Ok. Beberapa minggu lalu Puan Juanita ada tanya soalan tentang auto response. Itu sebenarnya plugin untuk WordPress. Entri tu akan dibuat lepas balik dari KL nanti, insha Allah. Sebelum tu kita kenal dulu apa itu CommentLuv. Entri ini diterbitkan atas sebab masih ramai lagi blogger yang tak manfaatkan kepentingan CommentLuv ni, terutamanya kepada blogger-blogger baru.

Rasanya dah ramai yang tahu akan kepentingan CommentLuv. CommentLuv ni membolehkan kita untuk tinggalkan link ke mana-mana entri kita yang terkini dalam kotak komen blog-blog lain secara automatik. Jadi tak perlulah nak paste url entri kita setiap kali lepas beri komen. Nampak macam nak spam komen orang pula. Lagipun tindakan macam tu biasanya akan dianggap sebagai komen spam secara automatik, melainkan pemilik blog tersebut pernah approve komen yang ada link ke entri blog dia sebelum tu, kalau tuan punya blog tu baik hatilah eheh. CommentLuv ni pula ianya adalah satu plugin untuk WordPress. Jadi tak perlu pening-pening fikir pasal coding, install je macam biasa. Bagi pengguna Blogspot tak pasti pula macam mana.
Statistik Bulan April 2011 Amirez [dot] com
Maaflah lambat update. Nak kata sibuk, tak juga. Nak kata malas, adalah sikit hehe. Tapi hakikat sebenarnya kuota broadband dah over limit, download drama jepun banyak sangat. Jadi mood nak update blog ni agak down sikitlah kalau Internet slow. Mentang-mentang dapat download 200MB dalam 12 minit hari tu sampai boleh lupa yang aku ni hanyalah pengguna Internet yang berkuota 7GB sebulan saja. Kena tunggu lagi tiga hari barulah dapat kuota baru. Sekarang ni guna Streamyx yang baru saja dapat line balik selepas bermasalah agak lama hari tu.
![Statistik Bulan April 2011 Amirez [dot] com cats Statistik Bulan April 2011 Amirez [dot] com](http://i39.photobucket.com/albums/e171/amirezu/cats.jpg)
Berdasarkan statistik daripada Google Analytic bulan April lepas untuk blog Amirez [dot] com ni boleh dikatakan ada sedikit penurunan prestasi berbanding bulan Mac. Terutamanya dari segi jumlah pelawat, jatuh dari 16,648 ke 11,051 pelawat. Bounce Rate lak naik sikit dari 4.58% pada bulan Mac kepada 5.27% untuk bulan April. Petanda kurang baik nampaknya. Boleh disimpulkan semuanya menurun.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





![Statistik Bulan Jun 2011 Amirez [dot] Com 2 5 Statistik Bulan Jun 2011 Amirez [dot] Com](http://i39.photobucket.com/albums/e171/amirezu/2-5.jpg)
![Statistik Bulan Mei 2011 Amirez [dot] Com stat Statistik Bulan Mei 2011 Amirez [dot] Com](http://i39.photobucket.com/albums/e171/amirezu/stat.jpg)
