
Salam ceria hari ini. Alhamdulillah, hari ni rasalah sikit tenaga nak bekerja. Dah 2 hari aku tak berapa sihat. Nak kata demam takde pulak rasa pening². Cuma badan je rasa lemah dan panas sket. Panas dalam pulak tu. Kalau sentuh luar tak rasa sangat. Semalam dah minum air susu pekat. Rasa segar sikit bangun Subuh tadi.
Badan aku jadi panas lepas aku baca ayat 23 dari surah Al-Furqan berulang². Kata Ustaz Sharhan Shafie, ayat tersebut boleh mencegah daripada terkena santau. Kalau diikutkan tanda² kena santau daripada Ustaz Sharhan, ada satu dua tanda yang ada pada diri aku. Tapi mungkin jin tahap prebet je kot sebab tak pernah kena yang teruk². Nak try jugak scan dengan Ustaz Sharhan nanti kalau berpeluang, insyaAllah.
Eh, apa kaitan tajuk Teka Kata dengan santau mantau ni? Haa, aku nak kamu teka nama jin yang ditugaskan untuk menyantau orang eheh. Taklah. Itu sekadar mukadimah bicara. Aku kan suka merapu dulu sebelum terus ke titik (point). Ok enaf. Berbalik kepada tajuk di atas ![]()
Hari ni (Khamis) adalah hari terakhir penerimaan peraduan Teka Kata Berita Harian bagi minggu kedua. Kamu join tak? Rugi tak join, hadiah RM10,000 tuu…kalau menang. Minggu pertama dapat jawab semua tapi tak sempat hantar. Masa tu bercuti ke Terengganu 2 hari 1 malam. Yang jadi lewat hantar tu sebab tak jumpa² tong kuning pos ekspress dari Dungun sampailah ke Kuala Terengganu. Nak cari tong pun susah, apatah lagi nak cari pejabat pos. Last² jumpa jugak pos mini kat stesen minyak Petronas Kemasek. Tapi dah lewat, masa tu dah pukul 4 petang. Mana sempat sampai ke KL. Tapi kalau sempat pun jawapan tak tepat. Ada 6 yang silap. Ni jawapan bagi Teka Kata Minggu 1:

Rasa panas je pedal aku bila tengok jawapan yang aku salah isi tu. Semua jawapan yang biasa² je. Aku ingat nak jawapan yang terlalu jarang orang guna. Contoh macam jawapan hari Isnin nombor 1. Aku jawab TARA sebab SAMA tu dah biasa orang guna, semestinya orang tahu kan. Padahal tu jawapan asal aku. Sama jugak dengan jawapan yang lain macam DARJAH aku pi buat DARJAT. Orang pendek kata, simple mistakes. Harap² dapat saguhati pun jadilah eheh.
Soalan Teka Kata Minggu 1 boleh dikatakan yang paling senang. Minggu 2 boleh tahan susah. Tak terjawab aku walaupun dah guna software kamus tambah dengan cari kat Internet lagi. Tak dapat jawab sampai demam haha. Soalan Minggu 3 ni agak enteng. Harap² dapatlah jugak sikit hasil daripada beli surat khabar seminggu. Paling tak pun, dapat RM10,000 pun jadilah hoho.
Bila jawab Teka Kata ni teringat pula kat arwah abah. Masa Darjah 3 dulu selalu jugak tolong abah cari perkataan dalam kamus dewan edisi kedua yang warna biru tu. Edisi kedua ni diterbitkan pada tahun aku lahir. Mungkin arwah abah dulu beli kamus tu lepas aku lahir kot eheh. Arwah abah dulu memang cekal orangnya. Sanggup beli 10 surat khabar sehari untuk kumpul 10 keping peraduan. Masa tu soalan lagi mencabar minda. Lagi banyak kotak daripada yang sekarang ni. Jawapan pun bunyi pelik². Jadi lagi banyak kemungkinan jawapan yang betul. Kalau setakat hantar sekeping je memang susah nak menang, kecuali kamu orang yang sangat² bertuah di atas muka bumi ni hehe.
Arwah abah pernah dapat hadiah saguhati dalam ratus² gak seingat aku. Itupun lepas kongsi beberapa orang. Kalau abah sorang dapat rasanya ribu gak kot. Pernah arwah abah bagitau ada sorang pemenang tu menang hadiah utama sebab dia hantar 100 keping borang peraduan untuk sehari. Maknanya 500 keping borang dia hantar untuk seminggu. Pergh, memang hebat. Itulah yang dikatakan usaha kuasa tiga. Bukan senang nak senang.
Hari ni tak tengok lagi soalan Teka Kata dalam surat khabar Berita Harian. Yang sebelum ni pun ada 2, 3 perkataan tak jumpa lagi. Mintak²lah dapat jawab semua dengan betul.
Kalau dapat RM10,000 ni…….WOW! (ala-ala Jamal Pak Tongkol – 3 Abdul)
