
Assalamualaikum dan salam hari Selasa yang indah. Masa entri ni terbit aku mungkin dah duduk dalam flight Air Asia AK5281 dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menuju ke Kuala Lumpur. Flight dijangka berlepas pukul 9 pagi. Lebih kurang pukul 9:55 pagi akan sampai LCCT nanti, insyaAllah. Dah lama tak ke KL sejak pindah ke kampung tahun lepas.
Tiga hari akan berada kat KL nanti atas urusan kerja dekat area KLCC. Tapi yang jadi masalahnya kawan yang aku nak jumpa tu ada meeting dengan klien dia pula last-last minit sampai pukul 5 petang. Aku jangka sekitar pukul 11 pagi nanti dah sampai KLCC dah. Nampaknya terpaksalah lepak kat Kinokuniya cuba untuk mengkhatamkan beberapa buah buku (macam la aku rajin sangat membaca haha). Mungkin aku akan call kawan sekampung yang kerja kat KLCC mintak dia ponteng kerja kejap temankan aku lunch kat food court, paksa dia belanja haha.
Jadi…blog ni tak berupdate selama dua hari, esok dan lusa. Malas nak bawa laptop. Bawa cik Ixus je sebagai peneman. Draf dan idea dah ada tapi tak sempat nak buat schedule post. Nak buat malam dua hari lepas tapi tak sampai hati nak lepaskan peluang tengok ABPBH 2010. Nak tengok Zizan sebagai pengacara majlis je sebenarnya. Boleh tahan best juga dia mengacara majlis yang grand macam tu. Tahniah kepada Sam dapat anugerah Bintang Paling Popular 2010. Baru teringat, Sam ni dulu penyanyi hip hop kumpulan M.O.B., antara kumpulan hip hop kegemaran aku selain daripada Too Phat dengan Poetic Ammo pada masa tu.
Akhir kata, doakan semuanya berjalan dengan lancar dari saat bertolak ke KL hinggalah balik ke kampung halaman. Doakan juga urusan kerja aku nanti dipermudahkan dan dapat mencapai satu persetujuan yang baik demi masa depan keluarga, amin. Aku akan balik pada Khamis nanti pukul 6:15 petang. Doa-doakanlah semuanya selamat ![]()

{ 36 comments… read them below or add one }
Best naek flight ne ,tambah -tambah waktu malam
Andy´s last [type] ..resume service review
best juga terbang waktu malam, boleh tengok lampu
Kalau Jai terjah awal2, blh lpk KLCC. Lagipun sekangkang kera je umah Jai ngan KLCC tu..he3
owh ye ke. insyaAllah lain masa lak. cadangnya sabtu ni ke KLCC lagi. boleh kita lepak2 jap
peh.. sanggup meninggalkan kota bharu.. awat tak singgah umah aku dulu.. dekat jer pon ngan airport tue.. cumenye aku takde jer kat umah.. hahahhaha
samanosuke_04´s last [type] ..Akhirnya Aku Famous di Youtube!
demo takdok kat umah…segan aku nok singgoh hehe
belum merasa nak kapal terbang.
mana nak tahu dapat kahwin Hanis
zalikha ke.hehe..
Ali ridha´s last [type] ..Sekolah ekor otak
amboi..tinggi cita2 dia hehe
Rasanya mula-mula kena bro ketika itu entri tahun lepas bro ada sebut mengenai pulang ke kampung
akubiomed´s last [type] ..Abang koning terkena Febrile
owh ye ke. entri bulan 11 la tu agaknya, sebelum anak lahir
Selalu hantar orang jer naek flight,takut jugak pasal aku ne gayat tinggi ..moga urusan amirez berjalan dengan lancar dan selamat pergi dan balik
Razlan´s last [type] ..Contoh Resume
dulu pun gayat gak tapi lama2 dah ok
thanks bro razlan. terima kasih gak sudi singgah ke sini
tak pernah naik kapal terbang nih.Ada gak cadang nak mkn angin kat sarawak,melawat adik ipar tapi ntah bila nak pergi.
btw,amacam ngan tugas di kl,semoga berjalan lancar seperti yg dirancang
saiful´s last [type] ..Guru Wanita Di Tumbuk Hingga Patah Hidung
1st time naik flight sorang2 dulu memang agak jakun sket. tak tau nak pergi mana walaupun nak check in hehe. biasa isteri yg handle semua. ni kali ketiga berdikari
beli tiket awal2 bro kalau nak ke sarawak, dpt murah. untung2 dapat RM1 macam dulu
Selamat pergi dan pulang bro.Ingatlah keluarga tersayang di rumah,hehehe.
PakarBuahPinggang´s last [type] ..Potassium & Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang KronikBah 2
hehe..terima kasih
3 hari kat sana memang rindu sangat kat family
camna bro?? dah 3 hari ni.. ok tak??
.
Fitrihadi´s last [type] ..Gambar Segak Sungguh Zizan Raja Lawak Bergambar Bersama Miera Leyana Kasmi Dan Superbike Kawasaki!!
ok alhamdulillah
semuanya ok
Aku x pernah nek kapal terbang…Mungkin blom waktu nyer…hahaha
azhar@Shed Plans´s last [type] ..Garden Sheds – Tips for Building a Garden Shed
sekarang ni tambang dah murah sangat2 compare ngan dulu
terbang jgn x terbang
balik dah
makin glamer zizan nie.
moga selamat semuanya…
cikguden´s last [type] ..AirAsia Notice
insyaAllah
dah lama tak naik airasia nih. rasa rindu plak.
ohcikgu´s last [type] ..Matrikulasi atau Tingkatan 6 Maktab atau Universiti
apa lagi..tempah tiket awal2 bolehlah balik hari
dapat murah
hehe. moga semuanya selamat
tenkiu2
bila nak balik malaysia?
selamat pergi dan pulang bro. amin
hafidz´s last [type] ..Kord Gitar – Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
terima kasih bro
waahh kalau saya keje area KLCC, leh roger2… pi roger redmummy laa… ada berani?
eh, redmummy area2 KLCC ek? segan la pulak hehe
sam m.o.b?wow baru tau ni..
hati2 dalam perjalanan bro
rasanya betul dah kumpulan m.o.b kalau tak silap
SELAMAT PERGI DAN PULANG..
fairus´s last [type] ..DAPATKAN EBOOK RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN
terima kasih bro
petang esok nak balik dah