Oct 25, 2010

Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100

nikond3100 Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100

Bunyi macam menyesal je haha. Memang aku sedikit menyesal beli Nikon D3100 petang semalam kat One Utama. Aku terlalu terburu-buru buat keputusan untuk membeli. Sepatutnya buat survey sedalam-dalamnya dulu tentang harga dengan free gift yang bakal kita dapat dengan gajet agak mahal ni. Sebelum ni aku dah rancang nak buat survey tapi entah kenapa boleh terbeli terus petang semalam. Itulah, teruja sangat ada duit. Kan dah rugi huhu.

Al-kisahnya aku ke Digital Gallery yang terletak di Tingkat 2 (kalau tak silap) One Utama untuk survey Nikon D3100. Selalunya harga D3100 ni bawah RM2198 lengkap termasuk lens Nikkor 18-55mm. Yang membuatkan aku sedikit menyesal adalah kamera tu dilengkapi dengan lens Tamron AF18-200mm yang kalau diikutkan tak perlu pun aku pakai lens tu untuk kerja yang aku nak buat dan semestinya kena tambah sikit bayaran berbanding lens asal. And yes, Tamron dikategorikan dalam lens yang murah dan lens Nikkor adalah yang terbaik tapi kalau nak beli range yang sama untuk brand Nikkor rasanya harga dalam RM3000 lebih. Tapi best juga lens ni, boleh zoom jauh.

nikond3100freegift Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100

Kat atas ni adalah free gift yang kedai tu bagi. Dapat tripod, 4GB memory card SDHC Nikon, cleaning kit, genuine bag Nikon DSLR dan satu lagi LCD screen protector. Pergi mana-mana kedai pun selalunya itulah free gift yang akan kita dapat kecuali cleaning kit. Aku nak mintak lebih-lebih tak berapa pandai. Mungkin kalau korang yang mintak boleh dapat uv filter kot hehe.

Sebelum ni selalu guna Nikon D60 adik aku punya. Pernah juga try guna D3000 kepunyaan adik ipar. Jadi yang ni aku cuma buat review ringkas ciri-ciri fizikalnya saja. Tak sempat lagi nak test shoot gambar. Review aku adalah berdasarkan perbandingan dengan dua model terdahulu iaitu D60 dan D3000.

Pro

  • Berat – Lebih ringan daripada D60 dan D3000.
  • Rakaman Video HD – Fungsi yang baru diperkenalkan yang tiada pada Nikon D60 dan D3000.
  • Saiz – Secara kasarnya lebih kecil. Sangat sesuai untuk tangan perempuan icon smile Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100
  • Bateri – Tahan lebih lama dengan charger yang lebih cun.
  • Butang dan paparan menu yang dipermudahkan.

Kontra

  • Disebabkan ianya agak ringan, potensi untuk tangan kurang stabil ketika mengambil gambar lebih tinggi. Tapi dapat dielakkan dengan menggunakan lens asal yang dah ada fungsi Vibration Reduction (VR).
  • Saiz yang agak kecil ni tak berapa sesuai dengan tangan yang agak besar macam aku ni. D3000 rasanya lebih selesa. Kalau ada duit sikit boleh beli battery grib untuk kemasan menyokong kamera.
  • Bunyi auto focus ketika rakaman video terakam sekali. Rasanya inilah yang paling spoil untuk D3100 ni. Tak pasti pula model yang lain macam mana.
  • Tak ada kabel USB. Memory card adalah satu-satunya cara untuk transfer gambar ke komputer. Sedih.
  • AV cable pun tak disediakan sekali. Available seperately.

Maklumat detail tentang perbandingan antara D3100 dengan D3000 dan D60 boleh rujuk kat sini.

Itu saja yang sempat aku review buat masa ni. Secara keseluruhan kamera Nikon D3100 ni bagus untuk yang baru nak belajar guna DSLR. Sesuailah dengan gelaran entry-level untuk kamera ni. Ada guide mode lagi yang dapat memudahkan pembelajaran kita. Kalau nak beli tu lebih baik ajak kawan yang tau pasal DSLR. Sekurang-kurangnya dapat elakkan kita daripada ditipu penjual.

Kalau korang bercadang nak beli DSLR, buatlah pilihan yang terbaik. Survey dulu sedalam-dalamnya dari segi perbezaan harga, free gift atau apa-apa saja yang difikirkan perlu untuk disurvey. Lebih penting, bajet korang. Tak kisah kalau harganya murah, yang penting adalah teknik mengambil gambar icon wink Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100 Ada orang yang cuma guna kamera digital kompak tapi hasil gambarnya boleh mengalahkan orang yang menggunakan DSLR. Jangan sekali-kali perkecilkan kamera kompak, terutamanya Canon IXUS 105 haha.

Outing Photoshoot

Sabtu ni (30 Oktober 2010) ada outing photoshoot sambil belajar kat Dataran Batu Caves yang dianjurkan oleh saudara Ijam. Bayaran cuma RM25 seorang bermula dari 8 pagi hingga tengah hari. Dengan RM25 tu korang akan dapat sehelai t-shirt, nota, makan dan minum. Murah sangat dah aku rasa kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang akan beliau sampaikan. Kalau korang nak join boleh ke blog saudara Ijam untuk maklumat lebih lanjut. Kena bagitau awal-awal kalau nak join untuk dia sediakan baju mengikut saiz korang.

Oh ye, tidak terhad kepada pengguna DSLR sahaja. Pengguna kamera digital kompak pun boleh join. Dalam outing nanti saudara Ijam akan ajar teknik-teknik mengambil gambar dengan cantik. Aku pun akan join outing ni. Cuma sekarang ni aku tak berteman. Nanti sampai sana tak kenal siapa-siapa pun. Ada yang sudi nak temankan aku tak? Hehe.

pixel Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100

142 Comments

  • komen sket pasal d60…ok x???

    [Reply]

    Amirez Reply:

    D60 sama dengan D3000 sebab D3000 adalah enhance bagi D60. D3100 pula adalah enhance bagi D3000. dari segi kecanggihan semestinya versi enhanced jauh lebih baik dan D3100 ada fungsi rakaman video HD.

    tapi…ada tapi gak hehe. bak kata kebanyakan fotografer…kamera cuma alat. tak kira model dan brand apa pun asalkan betul tekniknya tetap boleh dapatkan hasil yg terbaik. ada kawan saya cuma pakai D40 tapi hasil gambarnya sangatlah cun. yg penting kreatif ;)

    kalau dah ada D60 sekarang ni, teruskan guna sampai maksimum. dah puas, rasa macam ada limit, barulah upgrade model yg lebih canggih. guna ikut keperluan, bukan kehendak :)

    [Reply]

  • salam..tumpang tanya…D3100 and D3000 body ade motor x?..hehehehe…just nak tau, xtau ape2 lagi sal DSLR ni…memang minat ngan bende2 ni…penah guna D3000 yang fmly punya, tapi xtau spesifikasi gadjet tu…harap jawapan anda semua..thanks…
    PiyeCool´s last [type] ..My Belove

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam. D60, D3000, D3100, D5000 dan D5100 adalah DSLR kategori entry level bagi Nikon. DSLR entry level ni selalunya takde motor pada body tapi dah dibekalkan dgn kit lens yg ada motor. :)

    [Reply]

  • Salam “tuan rumah”

    Saya pun baru beli Nikon D3100 ni…. sorry nk nyampuk. ttg soalan USB cable dr commenter td. Aritu saya beli camera ni dlm RM1,999.00 siap dgn USB cable sekali.. pastu dpt free gift towel, payung & tripod. Maybe time tu tgh offer kot. So, klu adik yg bertanya td tak dpt nk mengecek2 semua benda tu, Akak rasa better dia kena survey tempat lain.

    Saya tgh berjinak2 belajar ttg BOKEH, hopefully dpt belajar dgn you all kat sini.
    Kak Mirror´s last [type] ..Suami I balik lewat… sangkakan dia pegi keja… oh dia tipu I..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam Kak Mirror.

    owh dah ada usb cable sekali ye sekarang ni. masa saya beli dulu memang tak disertakan sekali (diberitahu dlm manual). mungkin ramai yg komplen sampaikan pihak Nikon sediakan usb cable utk keluaran baru.

    apa2 pun dalam bab membeli DSLR ni kena banyak survey dulu baru buat keputusan.

    [Reply]

    Kak Mirror Reply:

    Ya betul tu… jgn kelam kabut.. klu dpt beli time PC fair lg berbaloi2..
    Kak Mirror´s last [type] ..Rahsia Kawan Aku Jadi Cantik…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh ye. tentang bokeh insyaAllah saya akan buat tutorial bokeh nanti. takdelah pandai, sekadar berkongsi mana yg tahu je :)

    [Reply]

    Kak Mirror Reply:

    T.kasih Amirez… buat masa ni Kak Mirror buat “bokeh” cuma guna mode Auto je…. :D tu pun kdg menjadi kdg tak berapa.
    Kak Mirror´s last [type] ..Rahsia Kawan Aku Jadi Cantik…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    practice make perfect :)
    cuba try bokeh dengan mode manual lak. lagi cantik hasilnya

  • salam bro.

    2 hari lepas sye da bace blog bro nie.
    n hari nie terus bayar deposit kat kedai untuk bli D3100 nie..
    da servey berpuluh2 kali DSLR nie,memang mantap untuk mereka yg baru berjinak2 dalam bidang photography nie.
    so,tq bro 4 info.
    t share la pic2 yg menarik..
    k..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    terima kasih sudi baca entri tak seberapa ni. tahniah juga dah dapatkan D3100.

    nanti bolehlah share gambar menarik. sebenarnya saya ada projek baru yg melibatkan fotografi. nanti saya akan bagitau kat blog ni. selalulah singgah k

    [Reply]

  • Salam kepada semua pengguna dslr saya ni baru rancang naik beli d3100 masuk web jumpa lak komen sal 3100 permulaan ya baik untuk peminat dslr

    [Reply]

    Amirez Reply:

    Salam dzul. Terima kasih sudi singgah kat blog kerdil ni.

    D3100 memang bagus utk permulaan dgn bajet sekitar rm2k. Kalah ada bajet lebih sket bleh ambik d5100

    [Reply]

  • oh ok la 2 jom kita belajar same2..kau dok kat ne??keje ape?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    duk kelate ni. datang kelate bolehlah kita street photoshoot hehe

    [Reply]

  • OK LA 2….aku lak dapat kamera nikon d3000..membe baik jual rm 1200 sekalingan btari grip die lak jarang guna kamera 2…asyik bz ngan kje je…24 jam keje balik keje tido je…nak ajak lepak pun x nak last2 die jual pada aku kamera dia….ish2 aku rasa bertuah gak la.cz aku pun dah kenal dia hati budi sedlam2njd x perlu lah nak g beli kat kedai…yang pengting kamera dapat ….biase lah budak baru nak belajarni..huhuuhuh

    [Reply]

    Amirez Reply:

    D3000 dengan RM1200 dah kira ok dah tu. tak kisahlah apa gear kita pakai sekalipun, yg penting kita puas dan mahir dengan basic untuk dapatkan hasil yang baik.

    aku pun kira baru nak belajar dengan serius eheh

    [Reply]

  • salam bro.. minat sgt ngan dslr ni skrg.. dh 2 minggu duk usha shja. next week cdg nk sambar 3100 ni. tp pasal usb cable ni.. betul ke kdai x bg? klu mintak boleh tk? dh survey rege dia 1988. rasa2 rege ni include usb cable tk? (tk tau lk x include) br jumpe blog ni.. hehehe.. newbie.. cheers

    [Reply]

    Amirez Reply:

    Hari2 usha mana tak geram nak beli satu kan hehe. Macam saya dulh gak.

    Kalau tengok pada manual yg disediakan memang usb cable dia tak include sekali. Cuba tanya kedai kot2 kedai tu bagi, depends pada penjual gak. Kalau usb cable memang takde, try je mintak dgn penjual tu. Acah2 sket tak nak beli kalau takde usb cable hehe

    [Reply]

  • waa.. ok la tu..

    [Reply]

  • saya pon ada mnt nak beli dslr ni kalo beli d3100 ni tolak free gift amik lens je berapa eik?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    harga pasaran yg sy baru check kejap td sekitar RM1998. itu harga body + kit lens. free gift bergantung kpd kedai. rugi lak kalau tak nak free gift hehe. tapi cuba nego dgn kedai kot2 boleh dpt lagi murah. tak pun mintak tukar free gift dgn benda lain, tapi biarlah agak2 senilai

    [Reply]

  • Assalamualaikum. Saye tengok dari korang punya comment tu macam besy jea :) tapi ade yang menyesal jugak time baru beli tu, apakah perasaan korang bile sudah memiliki Nikon D3100 ?

    [Reply]

  • nak tanye… ingt nex week nak beli tp tgah runsing lg sama ada nak canon 1100 or nikon 3100… hope sudi suggest.

    TQVM

    [Reply]

    Amirez Reply:

    canon 1100D tu baru keluar kan? tak pernah try lagi kat kedai. tengok pada spec secara kasarnya sy lebih prefer D3100. nampak lg byk kelebihan D3100 beranding 1100D.

    contohnya autofocus. utk D3100 ada 11 AF points, tapi 1100D cuma ada 9 AF points. berkenaan dgn ISO lak D3100 boleh capai sehingga 12800 manakala 1100D cuma setakat 6400. pixels lak kalau D3100 14mega px, 1100D lak cuma 12 mega px tapi bab pixel ni sy tak ambik kisah sgt sebenarnya.

    harga lak lebih kurang sama cuma yg 1100D murah lebih kurang RM100 berbanding D3100 kalau ikut harga terkini.

    sy cadangkan saudari try dulu dua2 model ni. tengok mana yg rasa lebih menusuk ke kalbu :) kalau tanya sy, sy lebih rekomenkan Nikon D3100. bukan sebab sy pun guna D3100 ye. ini cuma pandangan sy secara kasar drp spec kedua2 model ni

    [Reply]

  • dan juga, apa bezanya kalau camera ni ada motor dan takde motor? maaf lh ye klau sya tnye awk mcm2 soaln, sbb sbnrnya sya tngh survey skrg ni. hajat nk beli camera insyaAllah hujung tahun ni. saya mcm dh minat dgn nikon D3100 ni. hehe. :D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    motor ni fungsinya utk autofocus. kamera ni takde built-in motor pada bodynya. jadi kena guna lens yg ada motor mcm lens 18-55mm (kit lens) yg memang dah ada sekali kalau awk beli D3100 ni.

    fungsi autofocus ni utk mudahkan kita nak focus masa nak shoot gambar. jimat masa. kalau guna manual focus makan masa sikit tapi manual focus pun ada kelebihannya :)

    [Reply]

  • dan saya nak tanya, berapa harga awk beli usb cable tu? :D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    usb cable tu sy dah ada masa beli kamera lama. harga kat kedai rasanya taklah mahal mana kot

    [Reply]

  • & kalau awak beli, berapa agaknye ye? :D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    yg free gift ni kalau ikut harga asal dalam RM100 lebih kurang. nak yg elok beli yg harga RM200 ke atas..baru puas hati :)

    [Reply]

  • salam, nak tanye. tripod tu awak beli ke atau free gift terus? :D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam. tripod tu free gift. tapi yg biasa2 je, dah rosak dah skang ni huhu

    [Reply]

  • nak tye…sy plan nk beli DSLR..rasanyer maybe DSLR3100 kot..but maybe kirim dari member kat jepun tlog belikan…hrgenye 1600…rasenyer2 kan saya patut beli kat mlysia or jepun ek??tp kat cni mahal le kan??? lg satu..susah ke klu DSLR3100 xda built in fokus???kne pkai manual fokus ke???

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh..jauh lagi murah beli kat jepun ek. kalau nak beli kat jepun, nasihat sy cuba cari yg ada dual language. kang semua dalam bahasa jepun susah lak nanti, kalau fasih jepun go on je :)

    satu lagi dari segi warranty. rasanya kalau beli kat jepun warranty dia kat jepun. in case DSLR awak rosak, takkan nak hantar ke jepun kan? unless boleh dapat warranty seluruh dunia tapi rasanya macam takde kot. nak selamat baik beli kat malaysia, tapi harganya mahallah sikit.

    D3100 ni takde built motor pada body. maknanya, kena guna lens yg ada built motor pada lens utk fungsi autofocus. tapi jgn risau, kalau awk beli full set (body + kit lens), lens tu dah tersedia built-in motor. jadi boleh guna autofocus. cuma kalau awk nak beli lens lain better tanya kedai sama ada lens tu ada built-in motor ataupun tak.

    [Reply]

  • Nak tanya skit kalau utk d3100 ni bole rakan video full hd berpa lama, contoh utk 8G memory kad. Dan camera ni bole support max berapa G?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    setakat ni sy belum pernah cuba utk rakam video full hd dgn D3100 bg memory card 8gb. tapi rasanya cukup lama. terima kasih sbb bertanya, sy pun terasa nak tahu juga.

    maklumat lanjut saudara boleh rujuk di http://www.nikon.com.my. cadangan sy kalau saudara cukup bajet boleh pertimbangkan D5100 berbanding D3100 :)

    [Reply]

  • salam..dari pakai nikon D3100 itu baik pakai Canon 500D yang jauh lebih sempurna dan lebih sesuai untuk yang baru berjinak dalam dunia photography. Kualiti Canon 500D adalah jauh lebih baik dari model nikon tersebut malah harga pun sama RM2100.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    maybe betul maybe tak. sebenarnya hadi..kamera ni sekadar tool. lain orang lain taste. ada orang suka dengan feel nikon, ada orang suka feel canon. yg penting dalam fotografi adalah teknik :)

    [Reply]

  • teruja baca entri ni..teringin jugak nak beli d3100
    tengah kumpul duit.hehe
    si para para´s last [type] ..CONTEST SANTAI – KISAH AKU DAN JARUM

    [Reply]

    Amirez Reply:

    D3100 antara DSLR entry-level yg memang patut dimiliki :)

    [Reply]

  • thanks for the info…boleh dijadikan panduan nanti

    [Reply]

    Amirez Reply:

    sama2. takde apa sangat review ni..fizikal je ;)
    guna gear apa sekarang?

    [Reply]

  • Saya pun ada d3100 gambar pun puas hati..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    baguslah. D3100 memang layak utk berpuas hati :)

    [Reply]

  • ohhh, puas hati eh dengan d3100? haish, tengah bingung. nak eos 550d atau d3100

    [Reply]

    Amirez Reply:

    try dua2 dulu kat kedai..ambik feel mana yang lebih best :)

    [Reply]

  • mana lagi best? lens nikkor ke tamron? heee saje nak tau (;

    [Reply]

    Amirez Reply:

    hm..masing2 ada kelebihan sendiri dalam kelasnya sendiri :)

    tapi dalam satu majalah fotografi bulan februari ni ada buat comparison antara lens2 ternama termasuk nikkor dengan tamron. result…tamron lebih satu bintang berbanding nikkor. macam tak percaya je hehe

    [Reply]

  • bape ribu ye ?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    biasanya dalam RM2198 + kit lens. kalau body je tak silap dalam RM1600+ kot.

    [Reply]

  • saya baru nak berjinak2 dlm dslr ni..mana lagi bagus ye ?

    [Reply]

  • kalau saya baru nak berjinak-jinak dlm DSLR , D3100 ini ke pilihan yg terbaik atau ade yang lain ?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    bagi saya, D3100 memang sangat sesuai untuk newbie. sebab tu ianya dikategorikan dalam DSLR untuk entry level :)

    [Reply]

  • jgn nyesal..
    sye pn ngh pk nk beli kdslr yg cne..
    baru nk jinak2 la katekn..
    hhahah
    hana´s last [type] ..suka l cinta l sayang

    [Reply]

    Amirez Reply:

    hehe. tak pernah menyesal beli D3100 ni. saje buat tajuk camtu :)

    [Reply]

    hana Reply:

    hehe..
    sye dh beli pn las week..
    nh pn bru nk blaja ckt2..
    agagaga
    =D
    hana´s last [type] ..rancangan masa depan

    [Reply]

    Amirez Reply:

    bagus2. pasni bleh la share shot2 menarik kat blog ;)

  • huhu…sy n k jual sbb urgent.
    d3100 ni sy tolak rm1800
    baru je pkai.bli bulan 11 aritu.
    wranty poon masih ade…
    good cndition.
    ade yg brminat???

    [Reply]

    Amirez Reply:

    harga menarik tu. sape2 yg nak beli boleh contact lynn dgn balas komen ni

    [Reply]

    ika Reply:

    lynn.. bgi no cntct awk.
    nnti saya cntct.
    cam berminat nak cr nikon d3100 nie. tp yg 2nd hnd je lew..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    tu dia 1st customer yg berminat hehe.
    nampaknya blog ni boleh jadi blog jual beli kot tak lama lagi :P

    [Reply]

    Lynn Reply:

    0145302261

    [Reply]

    Salam Reply:

    Salam..dah ada orang beli ker D3100 awak? kalau tak de bgtau saya..0199003799

    Amirez Reply:

    salam. belum sampai masa lagi nak jual D3100 ni. insyaAllah sampai masanya nati saya akan inform kat blog ni :)

  • Bro, betul ke D3100 manual fokus? sekadar nak tau la.
    shaharil´s last [type] ..Semester Baru- Tanggungjawab dan Komitmen

    [Reply]

    Amirez Reply:

    yup, kecuali kalau beli lens yg ada motor. D3100 dengan D5000 dua-dua takde motor pada body. lens bermotor ni mahal sketlah huhu

    [Reply]

  • tu la kan sebenarnye bergantung jgk pd org yg amik…P7000 tu semi pro.. aku suke sbb dia mudah nk bw sb xde lens yg besar, aku nak gambo cantik mcm DSLR tapi nak yg kecik..tu je yg aku jumpa wt mase ni..ko ada cadangan ke dari pengalaman ko gune 3100 tu..aku nak simpan kamera dalam handbeg n leh bawa g mane2..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kalau ikutkan aku pun suka kamera jenis kompak mcm P7000 tu. senang nak bawa. kalau guna DSLR ni nak ambik gambar kena plan dulu nak pergi mana, baru bawak. kalau P7000, hari2 bawak pun takpe ;)

    kalau nak dikira, tak jauh beza sangat dgn D3100. P7000 ada rungsi rakaman video HD, sama mcm D3100. cuma bezanya resolusi D3100 sampai 14mp, P7000 10mp tapi tu tak jadi masalah. ambik gambar saiz besar2 sangat pun nak buat apa kan kecuali nak buat bunting hehe

    [Reply]

  • salam…

    nak tye la..ritu aku sevey nikon 3100 ni kat midvalley, dia bg 2000 pastu aku ni mgg nak tp sbb mahal, aku nak amik P7000 jer RM1300 ok la tu sbb budget aku byk tu jer..pendapat ko cene eh nak yg 3100 ke P7000 tu jer…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    tak pernah guna P7000 tapi tengok pada spec rasanya ok juga tu. kamera ni sekadar tools, yg penting basic fotografi ;)

    [Reply]

  • sy nk jual d3100 ni..
    ade sape2 nk bli x??
    nk upgrade,baru pakai 2 bulan
    complete set..:-)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh menarik tu. berapa nak jual? eceh..tanya macam nak beli je hehe. wakilkan kepada orang len yg terasa nak beli ;)

    [Reply]

    Salam Reply:

    Nak Jual berapa?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    awal2 dulu mmg nak jual lens tu tapi skang sayang lak hehe

    [Reply]

    Nur Caseyh Reply:

    berapa? i’m serius ..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    bleh contact lynn melalui no ni 0145302261

    [Reply]

  • kadang2 kita rasa menyesal sbb kesilapan kita tak buat servey waktu beli kamera..tapi sbnr nyer itu yg beri kita pengajaran supaya masa nak upgrade nanti kita tak buat kesilapan tu…lebih baik wak silap masa beli kamera basic drp silap bila beli kamera Pro…

    Faiz cuma nak share ngn kawan2 di sini…kalu beli kemera Nikon, pastikan beli NIKON Malaysia nyer product. kalu apa2 jadi masih leh bleh dapatkan servis drp Nikon Service Ctr..

    Kalu beli Kamera Nikon under water…mmg murah tapi kalu jd apa2 hanya leh rujuk pada kedai…tapi kedai akan minta bayaran macam2…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    betul juga tu :) thanks faiz. tapi bila fikir2 balik, tak rugi pun beli D3100 + Tamron 18-200mm ni. makin lama guna makin best pula rasa. biasalah, newbie macam saya ni dimomokkan dengan kelebihan VR yg ada pada lens nikon. tapi 3rd party punya lens pun ada kurangnya, ye tak hehe

    [Reply]

  • salam. kalo rasa nk jual satu set nikon d3100 ney bgtau k?
    thanks amirez~ :)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam ateeha. hehe..insyaAllah :)

    [Reply]

  • which better..nikon d3100 or nikon d90

    [Reply]

    Amirez Reply:

    based on my experience, both are really good in different category. d90 is good for advance user which is has more functions but quite complicated to be used for newbies. if u willing to buy d90, u should consider the new model d7000 which is the ‘replacement’ of d90. but think twice about the lens, d7000 doesn’t have built-in motor. so u have to spend more bucks to buy the built-in motor lens instead of the non-motor lens :) juz my 2 cents

    [Reply]

  • bro.. gua pun bru beli nikon d3100.. tp gua beli harga RM 1,999.00 dkt terminal one sban..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    tahniah bro ;) oo ye ke. lagi murah. kat kl hari tu paling murah pun aku jumpa RM2,100 kalau beli D3100 + Kits. tapi tu belu nego lagilah

    [Reply]

  • agak2nye lah kan.. antara DSLR D3100 dgn EOS 500D, which do u prefer? nak minta pndgn je.. hehe

    [Reply]

    Amirez Reply:

    sy bukanlah pandai sangat kalau nak compare dua2 model DSLR ni. secara kasarnya dua2 lebih kurang sama cuma 500D 15 mega px dgn harga murah sikit drp D3100. kira ok gak 500D ni. tapi kata orang feel tu yg main peranan. macam sy, sy lebih feel dgn nikon utk DSLR tapi kalau camera compact sy lebih feel dengan canon :)

    [Reply]

  • Nikon d3100 setahu aku ada cable usb, av, dmi n gps pasal aku ada beli semalam….so npak beli sendiri la …tpi brapa agaknya harga cable2 tu?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    oo ye ke. yg aku beli ni memang takde. ingatkan kedai tu tertinggal tapi memang tak termasuk dalam pakej bila baca manual. kalau beli sendiri pun taklah mahal sangat tapi tak sure berapa. cuma kabel HDMI harga biasa RM99

    [Reply]

  • kalo rasa nak jual gtahu la erk…=)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    eheh. ada gak rasa nak jual ni, nak upgrade ;)

    [Reply]

    Nur Caseyh Reply:

    nk beli !

    [Reply]

    Amirez Reply:

    erk..maaflah caseyh..buat masa ni lum rasa nak jual lagi hehe tapi insyaAllah dalam masa terdekat :)

  • wwaahh …. caya lahh bro .. d3100 tuu ..
    ade gak berniat nk beli .. slama ni juz guna d3000 .. hehe
    Irah´s last [type] ..boringg

    [Reply]

    Amirez Reply:

    d3100 ni apalah sangat tapi bak kata kebanyakan photographer, dslr ni just a tool, yg penting adalah teknik ;) d3000 pun ok

    [Reply]

  • so klu minta cable usb kt taukeh kedai tu agak2 dpt x?? hihiihihihi

    [Reply]

    Amirez Reply:

    sebelum beli, check semua dulu. kalau ikutkan kabel usb tak disertakan sekali. try mintak ngan tokey, untung2 dia bagi sekali dengan kabel HDMI hehe

    [Reply]

  • amirez, kalau beli dekat authorised outlets dpt x lens ori yg mmg pakej dgn 2198, survey dkt NIKON, dia ckap bg…huhu,nk beli ni…tlg2

    [Reply]

    Amirez Reply:

    hehe. D3100 + kits maknanya akan dapat lens Nikkor 18-55mm VR. jangan risau, mesti dapat punya ;)

    [Reply]

    sakeena Reply:

    wah!thanks..xsabar2…tenkiu, gambar dia cntik? D60 dgn ni? which better?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    D3100 adalah versi terbaik bagi D60 selepas D3000 :)

  • berapa nak jual lens tu?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    maaflah tetuan. gurau je tu. sepatutnya ada strike kat ayat tu tapi ntah kenapa entry tu disable strike lak

    [Reply]

  • kira ok lah tu… lepas nih dah mesti upgarde punye tuh…saya pun tgh cari utk ipar saya..maybe d3100 gak..cuma yg tak best nya ..nak guna lens mesti yg ada motor..so masalah skit nak tukar2 lens nih.. 50mm lens pun tpaksa manual.. 18-200mm..bagus utk yg beginner..takyah beli byk2 lens..all d bestz bro

    [Reply]

    Amirez Reply:

    model2 baru nikon sekarang ni semua perlukan lens yg bermotor tapi dengar kata kebanyakan lens baru sekarang ni pun dah ada built-in motor…mahallah sikit…itu yg tak bestnya. nak save bajet belilah converter hehe…tapi kualiti kuranglah sikit.

    ok gak tu kalau nak belikan D3100 utk ipar. sepanjang sy guna D3100 ni memang cukup puas hati dah

    [Reply]

    Darry Reply:

    best gak guna nikon d3100 ne. sebelun ini saya pernah mengunakan cemara model d5000 d3000 dan canon 500d…d5000 dan canon 500d memang ok. tapi d3000 ada kurang sikit masa nak ambik video kualiti video tak best…dan tak ada live view, susah nak ambik gambar di tempat2 yg perlu Setup live view. apa2 pun dari segi tknologi d3100 lagi ok dari d3000.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    eh..d3000 ada video ke? tak perasan pula

    PiyeCool Reply:

    d3000 bleh buat video ke???
    PiyeCool´s last [type] ..My Belove

    Amirez Reply:

    kalau tak silap D3000 takde fungsi rakaman video

  • i pon bru jer sambar d3100 ni..
    ok la jgk kot untk bru blajar2 dlm bdang fotography ni..huhuhu..
    *aah la kabel USB x de..blik umh bru prasan

    [Reply]

    Amirez Reply:

    d3100 ni katanya yg terbaik untuk entry level. jadi kita harus berbangga memilikinya ;)

    [Reply]

  • Dengar model DSLR ini untuk beginner. Tak tau lar orang cakap sebab saya cuma ada digital camera je. Teringin juga nak sambar satu DSLR satu hari nanti
    akubiomed´s last [type] ..Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung Merapi

    [Reply]

    Amirez Reply:

    a’a. Nikon keluarkan model-model entry-level sejak D3000 dikeluarkan kalau tak silap. digital camera pun ada yang setanding kualiti dengan DSLR. yang penting teknik asas kita mantap :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tangan masih goyang semasa ambil gmabar kena pakai stand kot ;-)
    akubiomed´s last [type] ..Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung Merapi

    [Reply]

    Amirez Reply:

    a’a eheh. lens Tamron ni takde VR macam lens Nikkor. shutter speed pun main peranan.

    tripod ada tapi leceh nak pakai :)

  • Salam….nak jual ke lens tamron tu…kalauy nak jual, sila email saya…sahirans@gmail.com

    [Reply]

    Amirez Reply:

    hari tu memang nak jual tapi buat masa sekarang ni nak guna dulu. nanti bila jadi nak jual saya inform saudara

    [Reply]

  • boleh rakam video sekali ke?macam best je
    aizuddin´s last [type] ..Tutorial Cara Nak Buat Facebook Shoutbox Di Blog

    [Reply]

    Amirez Reply:

    a’a boleh. video HD lagi dengan autofocus. tapi ada gak yang tak bestnya huhu

    [Reply]

    yatti Reply:

    ape yg tak best nye ?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    boleh dengar bunyi motor masa zoom-in atau zoom-out. itu kalau guna auto-focus. guna manual focus baru takde bunyi. ni kelemahan lens tamron 18-200mm saya sebenarnya. lens lain mungkin senyap

  • wah best tuh… lepas nie banyak adegan tembak2 lah ek…
    zik´s last [type] ..Smart tunnel di tutup hari ini sementara!!

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha..agaknyalah :)

    [Reply]

  • wah bestnya!
    lepas ni sibuk snap gambar ler :P
    hafidz´s last [type] ..Movie Review – The Other Guys

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha. habes la :D

    [Reply]

  • Ingatkan ko ni peminat canon. Huhu.

    Btw congrats wif ur new gadjet. Nak ckp welcom to da club aku blm ade lagi.hee

    [Reply]

    Amirez Reply:

    hehe. kalau kamera digital kompak bleh la aku join peminat canon :) printer pun aku suka jenama canon eheh

    [Reply]

  • bape nak jual tamron tuh?
    Hamli´s last [type] ..Kalau tak suka- pulangkan!!!

    [Reply]

    Amirez Reply:

    maaf Hamli…tak jadi nak jual hehe. sayang la pulak. baru tau lens ni banyak juga kelebihannya

    [Reply]

  • aiseh… tersilap komen da… takde usb port rupenye….

    itu la, banyak dia buang nak ganti yang baru, hatta nak pakai remote control wireless pun takleh…

    tapi tunggu masa untuk mengantikan d3000…
    zikri´s last [type] ..The Big Bang Theory Ep 5

    [Reply]

  • tak dibagi sekali ke kabel USB bro??? wah, langkah pengurangan bajet nikon buat ni….hehehehe

    nasib beli d3000 ada usb kabel, tapi tak pakai sebab ada kabel lain….
    zikri´s last [type] ..The Big Bang Theory Ep 5

    [Reply]

    Amirez Reply:

    a’a. balik rumah baru perasan takde. check dlm manual, dia kata available seperately

    [Reply]

    zikri Reply:

    takpelah…. beli jer kabel baru…

    *komen kat bawah tu ayat atas sekali tidak terpakai….hehehehe
    zikri´s last [type] ..The Big Bang Theory Ep 5

    [Reply]

    Amirez Reply:

    dah ada dua usb cable yg lama hehe

  • so bro.. braper harga u angkat utk body + lens tamron 2.. pasal ingat nak angkat d3100 gak nnti

    [Reply]

    Amirez Reply:

    RM2688 kalau tak silap

    [Reply]

  • uits.. tamron 18-200mm??
    itu AF-S lens ke bro? i mean boleh auto fokus ke bila sumbat lens tu?

    satu2nya benda yang memang spoil adalah xde usb port kat camera tu.. amatlah sayang and leceh..

    bout tamron.. ni brand third party.. tapi sebenarnya tamron pun superb bro.. siyes.. coz dia cuma buat satu product iaitu lens.. so dowang ni fokus tuk satu benda je.. kuality pun ok.. just kalau boleh jangan shoot dalam hujan je la.. kalau guna nikkor lens takpelah.. hehehe..
    18-200mm… cuba try main bokeh dia…hehe

    p/s: dari entry ni.. memang macam bunyi tak puas hati je.. hehhee..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha. ada la sket tak pueh hati :P nak ajak kwn yg tau psl dslr ni takde pulak kat sini.

    nape xleh shoot dlm hutan dgn tamron ni bro? tak tau sgt psl lens huhu.

    port utk kabel usb ada tapi kabel kena beli seperate. usha kat org yg buka kedai kat mudah.my semua jual kabel usb sekali dgn harga RM2100

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh ye. tamron utk nikon ni ada motor..so bleh auto-focus :)

    [Reply]

  • Wow! Baguslah dah dapat gajet bagus. Bolehlah tambah pendapatan sampingan sambil melaksanakan hobi dan minat.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    insyaAllah. mudah-mudahan :)

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

  • Mama Murai: ingatkan kipas kat atas...
  • Kimmy: Kipas haji eyh?
  • titan: tak faham. tak fahammm..
  • chii: topi yg mcm beret tu :-)
  • Mr.Sepet: wahh .. kipas2 .. jgn x...
  • tuan tanah: kena ada kalau selalu...
  • azura: kipas moden dah sekarang, lama...
  • azman: Yup mmg cuaca panas...
  • akubiomed: Ingatkan apa. Rupanya...
  • chii: chii ingtkan tadi topi..adeih

Pengomen Terhangat

8 comments
7 comments
6 comments
6 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
4 comments

Kategori

Arkib

BlogMalaysia.com