9 Tips Ringkas Peta Rumah Pengantin

Sepatutnya semalam lagi nak terbitkan entri Tips Ringkas Peta Rumah Pengantin ni tapi terpaksa tunda ke hari ni sebab semalam tak berapa sihat. Ok, tak nak cakap banyak, terus kepada tajuk.

Salah satu perkara yang paling penting sebelum melangsungkan majlis perkahwinan adalah peta lokasi ke rumah pengantin. Selalunya bila buat kad kahwin mesti ada peta sekali. Tak pernah pula saya dapat kad kahwin yang tak disertakan dengan peta melainkan dijemput melalui Facebook atau SMS. Biasanya kalau jemput melalui Facebook atau SMS hanya disertakan dengan alamat rumah pengantin sahaja. Kalau rumah tu senang nak cari takpelah. Kalau tak, peta sangat sangat membantu.

Berikut saya senaraikan beberapa tips ringkas untuk buat peta ke rumah pengantin:

Panduan Design Kad Kahwin Sendiri

  1. Design peta lokasi mengikut skala yang hampir tepat supaya senang orang nak menganggarkan jarak. Contohnya 1:5 km dan sebagainya.
  2. Lukiskan landmark yang terdekat, paling mudah dicari dan paling jarang ada dalam kawasan ke rumah anda. Contohnya: Stesen minyak, balai polis, hospital atau sekolah. Jangan pula letak landmark Kedai Makan Mak Jah atau Kedai Runcit Tujuh Sebelas hehe. Melilau mata nak mencari nanti.
  3. Gunakan logo atau simbol yang sesuai bagi setiap landmark. Contohnya kalau balai polis gunalah logo polis. Kalau stesen minyak Shell gunalah logo kerang Shell tu. Jangan pula letak logo Caltex kat stesen minyak Shell. Maklumat tepat itu penting.
  4. Buat anak panah dari beberapa arah. Contohnya kalau rumah anda di Taman Sri Gombak, buatlah anak panah dari Damansara, Sungai Buloh dan Ampang. Sekadar contoh.
  5. Elakkan buat anak panah dari jalan pintas/shortcut melainkan jalan tu lurus dan senang dicari. Takut nanti daripada shortcut jadi longcut pulak sebab tersilap masuk lorong. Harus diingat, yang datang nanti tak semua biasa dengan jalan ke rumah anda.
  6. Nyatakan jarak dari satu tempat ke satu tempat sama ada dalam meter atau kilometer bagi memudahkan tetamu untuk mengagak jarak.
  7. Jangan lupa landmark penting seperti jambatan, bulatan jalan dan lampu trafik.
  8. Bagi memudahkan tetamu yang ada GPS bolehlah berikan koordinat lokasi rumah anda dalam peta tersebut. Sekadar optional kalau ada. Zaman sekarang ni dah canggih-manggih hehe.
  9. Akhir sekali, peta mestilah ringkas dan tidak serabut. Elakkan daripada masukkan elemen-elemen yang dirasakan tidak perlu.

Extra: Sekiranya rumah pengantin lelaki dan perempuan dalam satu daerah atau kawasan yang sama (macam saya dan isteri dulu) bolehlah lukis peta untuk kedua-dua rumah pengantin dalam satu peta sahaja. Jimat ruang dan jimat kos kertas.

Kat bawah ni adalah contoh peta lokasi rumah pengantin yang saya kira cukup baik. Ringkas dan senang difahami. Kredit kepada Walimatul-Urus.com.

Contoh Peta Lokasi Rumah Pengantin

Harap dengan 8 Tips Ringkas Peta Rumah Pengantin ni dapat membantu anda melukis peta yang lebih baik untuk majlis perkahwinan anda.

32 thoughts on “9 Tips Ringkas Peta Rumah Pengantin

  1. as’salam,nak tanya la…macam mane nak buat peta rumah pengantin mcm dlm contoh peta kat atas tu?guna program ape?nak buat jln mcm mane n nak cari simbol tu kat mane?

    • salam. ada beberapa cara untuk buat peta rumah. boleh buat dengan software adobe photoshop ataupun microsoft visio. tapi bagi saya paling senang buat map ni dengan adobe illustrator.

      untuk simbol pula boleh search “free symbol” atau buat carian random macam “home icon” atau “home symbol” untuk cari simbol rumah dan sebagainya.

  2. Lagi satu lebih baik kalau letakkan jarak dari satu simpang / lokasi ke satu lokasi. Bagi anggaran pun tak apa la. Cth : 2 KM dari balai polis, 5 Tiang dari Petronas.. Orang lagi confiden bila tengok jarak berbanding cuma satu garis lurus..
    Entri Terbaru Cikgu Hairul » Pegawai Masuk Kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge