Hoho. Rasanya ini kali pertama aku bagi tips dalam kategori penjagaan kecantikan muka eheh. Tips aku ni simple je, sape-sape pun takde masalah nak amalkannya. Tak perlu keluarkan duit, lagi simpan duit ada la hehe. Bunyi macam hype tapi inilah cara yang aku amalkan sejak masuk matrikulasi dulu. Berapa lama baru nampak kesan tu aku tak berapa sure. Lain orang lain tempoh masanya kot. Masa tu aku cuma amalkan tiga tips ni je tanpa mengharapkan kesan yang drastik terhadap muka aku yang penuh jerawat.
Kawan-kawan yang kenal aku sejak Tingkatan 3 mesti tau muka aku ni penuh dengan jerawat. Paling banyak sekitar pipi kiri dan kanan. Kat bahagian antara kening kanan dengan kiri pun ada jerawat. Kadang-kadang nak ke sekolah pun rasa malu. Mungkin sebab tu kot aku jadi pemalu, lebih-lebih lagi dengan perempuan. Yelah, time tu boleh dikatakan peringkat untuk mengorat awek haha. Itu zaman sekarang. Zaman aku dulu rasanya lepas SPM baru pandai nak ayat-mengayat awek ni eheh. Semua muka innocent masa tu ![]()
Tips Hilangkan Jerawat
Tak banyak tips yang aku amalkan dulu, tiga sahaja. Dengan tips ni korang dapat berjimat lagi, bukan kena keluarkan duit beli ubat ke apa. Nak amalkannya pun tak susah, cuma perlukan sedikit ketabahan. Pot pet pot pet…bila nak bagi tips ni? Haha. Ok ok. Malas cakap banyak, tips-tipsnya adalah seperti berikut:
Amalkan Puasa Sunat Isnin & Khamis
Kat Matriks dulu rajin benor aku puasa Isnin dan Khamis. Matriks kat kawasan jin bertendang, takde apa pun yang menarik kat situ melainkan petang-petang ke court main badminton. Kadang-kadang main bola tampar. Puas duk tampar bola, esoknya main basketball one-on-one lak. Duit takyah cakap, bukannya ada sangat. Tambah pulak aku ni bukan jenis meminta dengan arwah mak ngan abah. Jadi baik aku puasa. Kata orang lagi dengan puasa ni otak lebih cergas. Ada jugak yang kata khafiat berpuasa ni boleh sembuhkan beberapa jenis penyakit. Jerawat ni mungkin salah satunya kot. Selain dapat pahala, dapat licinkan kulit muka eheh.
Kurangkan Makan Makanan Berminyak
Ini rasanya semua orang tau. Makanan berminyak sinonim dengan pertumbuhan jerawat. Jadi nak elakkannya, makan kicap hari-hari haha. Takdelah sampai camtu. Kalau kuah kari tu kurangkanlah makan. Nak ulas panjang pasal ni pun tak berapa reti sangat. Jadi pandai-pandai koranglah ye hehe.
Jangan Garu Muka
Ini petua daripada nenek saudara aku. Dia pernah tegur muka aku yang penuh jerawat masa sekolah dulu. Dia pesan jangan sekali-kali garu muka walaupun gatal. Jari adalah anggota yang paling mudah terdedah dengan kuman. Jadi basuh muka dengan air suam dan bilas supaya kulit muka bersih daripada sebarang jangkitan kuman. Kalau gatal sangat pun garu dengan belakang kuku je kata nenek saudara aku yang comel eheh.
Itu saja petua yang aku amalkan dulu. Hasilnya, muka jadi licin dan bersih eheh. Kawan-kawan sekolah termasuk orang kampung pun naik hairan bila balik cuti Matriks diorang tengok muka aku dah licin termasuklah arwah mak aku. Bukan nak bangga diri, risau kalau kita duk bangga dengan diri sendiri nanti nikmat yang Tuhan bagi ni ditarik balik. Hanya sekadar ingin berkongsi amalan dalam penjagaan muka. Suka aku nak maklumkan, dengan tips-tips ni aku dapat hilangkan jerawat kat muka dalam tempoh cuma sebulan saja. Jerawat ni sebenarnya senang je nak hilang kalau kita tak ‘usik’ dia dengan jari-jari kita yang mungkin kotor. Jadi tak mustahil kalau beramal dengan 3 tips ni sekejap je boleh licin kulit muka. Nak pergi interview jadi model pun takde masalah punyalah hehe.
Mungkin tips ni tak berkesan untuk sesetengah orang. Dalam Biologi dulu pun kita belajar salah satu faktor pertumbuhan jerawat disebabkan oleh hormon dalam badan kita sendiri. Jadi sabarlah. Sampai masa jerawat tu akan hilang jugak. Cuma aku sangat sarankan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Banyak kelebihan sebenarnya puasa ni. Bulan puasa pun dah dekat. Eloklah biasakan diri pelan-pelan sebelum berpuasa 30 hari penuh. InsyaAllah kalau cukup info aku akan kongsikan khafiat-khafiat berpuasa nanti.
Renung-renungkan dan selamat beramal ![]()

{ 43 comments… read them below or add one }
kalo rajin usap muka @ picit jerawat mmg senang tumbuh…kalo tumbuh satu biarkan aje..nnt lama2 die ilang..hehe
Jebeng Otai´s last [type] ..Rumah Baru
itu yang terbaik. jangan duk gatal tangan sentuh jerawat, dah la tangan kita ni paling banyak kuman
Tak mahu dah ada muka berjerawat.harap jerawat lepa sni tak der..:D
p/s : jerawat ni buat orang stress betul lah..:D
memang tak selesa bila muka berjerawat…lagi2 yang bernanah. serius malu nak keluar rumah.
wah ada ebook rahsia jerawat. bagus gak ni. kalau berminat nak iklankan kat blog saya ni bolehlah email kepada saya melalui contact form
Berapa harga iklan..:D
p/s : nak tngok statistik traffic ke web anda…:D
nanti saya hantar email
setuju tu bro,kalau selalu garu2 muka pastu garu2 tempat lain pulak nanti semakin berjangkit pulak…
*nanti jadi macam tempat penternakan jerawat besar-besaran.Haha..
W.HabibuRahman´s last [type] ..OMN !! Aku Nak Jadi Kacak
haha. kuku ni bahagian yg paling banyak kuman. jadi kena jaga2 sikit dengan kuku
tips yg bagus…
betl 2 kena try
oke, thx..muke ni start f1 dh berjerawat..till now 23thn. nak amalkan tips ni, kot2 la mujarab..dh xtahan dgn tohmahan dan teguran org..
ape td?
1) Puasa sunat isnin khamis
2) kurangkan makan makanan berminyak (tp klu dh ade lauk ikan goreng or nugget goreng, pun xleh mkn ke??)
3) jgn garu or sentuh..byk bilas dgn air suam..
thx ya^_^
boleh cuba. kalau jadi, syukurlah kepada Allah. tapi puasa sunat tu jgn pula kerana nak hilangkan jerawat. rugi tak dapat pahala nanti, sebaliknya cuma dpt lapar dahaga je. lagi bagus kalau makan/sapu ubat jerawat, lepas tu tawakal kepada Allah.
utk point no. 2 tu bukanlah langsung tak boleh makan. cuma kurangkan je, mesti boleh
ikan goreng dgn nugget tu rasanya taklah dlm kategori yg terlalu berminyak, kan? makan kari baru betul2 berminyak hehe.
sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman
satu lagi aku nak pesan kat korang sume tlg jgn percaya yg makan Kacang akan menyebabkan jerawat tumbuh bnyk! bohong sama sekkali okeyh
hehe. mungkin betul mungkin tak. berdasarkan pengalaman sy, masa sekolah menengah dulu asal makan kacang je terus naik jerawat pasir kat dahi. tapi skang ni takde dah. makanlah banyak mana kacang pun tak naik jerawat lagi dah. hormon dah bertukar
saya penah gakk.. tetibe makan kacangg.. trus naik jerawat kecik2.. adess.. terus g basuh muka, jadik kecik balik dah.
jerawat kecik kat atas dahi kan? jerawat pasir. sekarang ni makanlah banyak mana kacang pun dah tak naik dah jerawat, insyaAllah. hormon dah ok kot hehe
wahh tips berguna..
menarik infonya
kalau nak hilangkan jeragat atau bintik2 hitam plak cmne ?
erk..maaflah..tak tau nak jawab huhu
part puasa ngan mknan berminyakk..insya Allah mampu..bab garu muka tu..err..kadang2 terbabas gak….ada pernah bbrp kali..chii buh minyak kapak..ekek
chii´s last [type] ..Majlis Pengkebumian
bubuh minyak kapak? tak pedih ke? kalau berkesan apa salahnya cuba walaupun sakit.
memang tak dapat dinafikan garu muka ni susah nak dielak. kena tahan betul2 tangan tu daripada nak garu. kalau nak garu pun guna belakang kuku (kuku atas). area tu kurang kuman
cool story bro,tell it again
msti cuba ni tips2 menarik!thanks
selain daripada dapat tambahkan pahala
hehe betol2..
Baru ku tahu puasa sunat pun dapat kurangkan jerawat.
shaharil´s last [type] ..Bukit Kepong – Tragedi Sayu dan Pilu
macam yg kita tau puasa byk kelebihannya. mungkin ni salah satu. fikir secara logik betul juga sebab dapat kawal pemakanan terutamanya yg berminyak
Wahh . Menarik lah petua neyy
White hydrangea´s last [type] ..##3
terima kasih
sekadar berkongsi pengalaman
Petua yg bgus..kna try ni
thanks for the tips…cikgu pun slalu kte,klau nk hlgkn jerawat jgn mkn mknan y berminyak and jgn diusik jerawat y tgh MEKAR MENGUNTUM….berpuase…hah,,,dpt tmbh phle…huhuh
hrp2 lah ape y diusahakan selame ni menjadi…
insyaAllah. segala amalan dalam Islam ada faedahnya
nk tgk muka yg licin tu?? (^_^)
alamak, seganlah nak tunjuk hehe
Salam….Kepada sesiapa yang menghadapi masalah dalam penjagaan Kulit muka saya sangat-sangat mengesyorkan anda menggunakan Produk Rafa – Aqura Facial Soap yang terbukti keberkesanannya. InsyaALLAH dengan penggunaan produk ini secara berterusan ia akn dapat membantu anda.
jika berminat sila hubungi = Fyzul – 012-5447747/ Ismail – 014-5550554 ataupun layari laman web kami ( https://sites.google.com/site/fyzulbizsite )
alamak…petua ni kena ada azam yg kuat n istiqomah….
betul
tapi tak mustahil nak buat. senang 
nice tip.
ainoreiz87´s last [type] ..Free File Sharing Hosting
blogwalking gan. Nice story. Klo berkenan kunjung balik ya
mesti kena try
yg penting puasa mesti ikhlas
betul tuu betul
Hana Mizuki´s last [type] ..susu oh susu
confirm try….pakwe dulu pon ckp kenape muke die lagi licin dari muke ashud…siot tol..huhu