Dec 31, 2009

Cinta Bertandang di Hati

  • Share
  • Share

Hari ni hari terakhir 2009 dan esok hari permulaan bagi 2010. Soalan lazim setiap akhir tahun, apa azam korang? Bila dengar perkataan azam kadang² buat aku rasa menyampah pulak. Azam macam² ditanam, tapi satu pun tak tertunai haha. Itu aku. Sebab itulah aku jarang berazam. Tapi tak salah kalau menyatakan apa azam kita untuk tahun depan, ye tak? Walaupun tak terbuat, sekurang-kurangnya kita merancang sesuatu. Azam aku tahun depan…nak jadi seorang suami yang bertanggungjawab dan dicintai isteri sentiasa…chee wah. Poyo sungguh bunyinya tapi…lantak akulah haha.

loveloves Cinta Bertandang di Hati Sebagai penutup tahun 2009 ni aku nak kongsikan satu pengalaman sebagai tips buat korang yang sedang dilamun cinta. Tak pasti korang boleh terima ke tak, tapi ini memang berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri 100%. Tiada cilok daripada sape² pun. Tips yang korang akan dapat nanti adalah datangnya daripada seorang lelaki yang sudah berusia 25 tahun ini dan mempunyai pengalaman 4 kali dalam bercinta. Alhamdulillah, percintaan yang ke-4 ni merupakan percintaan sejati aku yang pertama. Si dia banyak mengajar dan mendidik dalam mengikat kasih kami yang sudah 4 tahun 5 bulan hubungan terjalin tanpa berselindung daripada keluarga.

Tiada niat sebesar kuman sekalipun untuk merasa bangga diri dengan apa yang ada. Hanya ingin berkongsi, memandangkan beberapa orang rakan² aku kurang berjaya dalam hal pikat memikat wanita hehe. Maaflah kalau ada yang terasa. Boleh tinggalkan segera blog aku ni kalau masih lagi ego dalam percintaan.

Ok. Berikut adalah 6 tips yang ingin aku kongsikan.

Tip #1: Kenal Hati Budi

Selalu juga aku lihat rakan² aku yang kelihatan agak desperate dalam memikat. Belum lagi kenal hati budi si wanita, sudah mula pandai nak meluahkan perasaan sayang dan cinta terhadapnya. Salah tu bro. Nak cari cinta sejati tak boleh terburu². Berkawan dulu, kenal siapa dia luar dan dalam. Paling penting, kenal family dia macam mana. Caranya mudah je, SMS pun boleh. Tapi cara mesti betul bro. Berkenalan melalui perbualan.

Macamana yang aku maksudkan? Berbual-buallah dengan si dia macam korang berbual dengan kawan² sekolah. Bincang hal² isu semasa ke, event yang korang berdua pernah join ke…pendek kata yang ada kaitan antara korang dengan dia, baru senang nak masuk topik. Bila dah sampai part sesuai barulah tanya tentang diri dia. Flow mesti betul. Sedangkan air mengalir sehala, inikan pula manusia hehe.

Tips #2: Jadikannya Selesa

Ini yang jarang orang kita buat, orang Melayu. Tak macam orang putih, diorang pandai selesakan orang lain sama ada melalui panggilan, perbuatan dan perkongsian. Jaga tutur kata supaya tak mengganggu keselesaan si dia. Contohnya, kalau si dia lebih selesa panggilan saya awak, jangan korang pandai² pulak nak panggil dia sayang walaupun sekadar bergurau. Wanita ni makhluk yang sensitif tuan², jadi jagalah sensitiviti diorang kalau korang nak berjaya.

Nak wujudkan keselesaan dalam perbualan, kita mesti bersikap jujur dengan si dia. Bila si dia mendapati yang kita ni jujur, korang boleh rasa berbangga bila diorang mula cerita hal² yang jarang diorang ceritakan kat orang lain. Itu tandanya diorang dah mula selesa dengan korang. Tak mustahil si dia menelefon korang sambil menangis menceritakan masalah yang berlaku kepadanya. Andai itu berlaku, tandanya korang adalah seseorang yang boleh si dia bergantung harap dan dapat menjadi tempat untuk mengadu. Kata orang putih, lend your shoulder to her. Apa yang penting, korang mesti menghargai penghormatan itu.

Tips #3: Boleh Dipercayai

Jangan sekali² korang hilangkan kepercayaannya kat korang. Sekali korang buat perangai, sampai bila² si dia akan ingat. Wanita ni sensitif. Nak hidup dengan orang yang sensitif mesti ada ilmu. Ilmu apa? Ilmu boleh dipercayailah hehe. Belajar untuk bersikap bertanggungjawab dan jujur. Percayalah, kalau korang betul² jujur, katakan korang rapat dengan perempuan lain, si dia mungkin percaya yang hubungan korang dengan perempuan lain sekadar kawan. Walaupun mereka ni mempunyai sifat cemburu yang tebal, kalau korang seorang yang boleh dipercayai dan jujur, cemburu tu akan hilang dengan sendirinya. Tapi pastikan korang ikut terma dan syarat yang dikenakan, contohnya tak boleh keluar berdua-duaan dan sebagainya. Mintak izin kalau boleh. Jangan ingat hanya perempuan je yang perlu mintak izin lelaki.

Tips #4: Buang Sifat Ego

Bila berbual tu janganlah tunjuk sangat ego kita. Yelah, orang lelaki kan penuh dengan keegoan. Ingat ego tu macho ke? Tak sama bro. Orang perempuan sangat sangat tidak suka dengan lelaki yang ego. Ego dalam hal positif takpe contohnya ego dalam kebolehan diri menyiapkan kerja yang diterima. Tapi kalau ego dalam bercinta, siap sedialah untuk menerima ungkapan “good bye my love” eheh.

Tips #5: Soleh

Ini paling penting sebenarnya. Jadilah seorang lelaki yang soleh, insyaAllah korang akan mendapat seorang bakal isteri yang solehah dan memahami. Golongan wanita ni akan rasa selamat dengan bakal suami diorang yang soleh. Bukan susah pun nak tunjuk baik, kan? Hantar SMS kat si dia, “Abang on the way ke surau sekarang ni.”. Sejuk hatinya bila baca SMS tu. Hantar lagi SMS kat si dia, “Abang tengah rukuk sekarang.”. Haha, confirm si dia ajak kawen terus dengan korang nanti hehe.

Yang penting, niat mesti ikhlas untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Perkahwinan bukan sekadar untuk kita, tapi untuk zuriat² kita nanti. Bahagia lebih terasa dengan kehadian cahayamata.

Tips #6: Solat Istiqarah

Kita tak tahu adakah pilihan kita sesuai untuk kita ataupun tak. Mohonlah pada Allah untuk mendapat petunjuk. Lakukan solat Istiqarah sekiranya korang sukar untuk putuskan keputusan dalam pemilihan bakal isteri. Kalau dari awal dah niat nak kawen lebih daripada satu, itu sendiri punya pasal hehe.

Cinta itu tak semesti perlu dibaja dengan keluar bersama setiap hari. Yang penting adalah redha daripada Ilahi. Pupuklah cinta mengikut landas yang betul, insyaAllah kebahagian dan keharmonian rumahtangga akan menyusul. Jodoh pertemuan di tangan Yang Maha Esa, kita sebagai hambaNya hanyalah mampu berusaha.

Selamat bercinta icon smile Cinta Bertandang di Hati

pixel Cinta Bertandang di Hati

12 Comments

  • haha. but it doesn’t mean bdak skolah blh bercinta kan?
    :)

    [Reply]

  • mak syaz ckp, law nak bercinta kena belajar mencintai ALLAH dulu.
    insyaALLAH, cinta sejati tu akan datang. :) )

    [Reply]

    Amirez Reply:

    a’a betul tu syaz.
    cinta yg hadir itu adalah cinta atas landasan tarbiah dan ukhwah.
    insyaAllah, manisnya cinta itu akan terus berkekalan :)

    [Reply]

  • hehehe…part ” Abg tgh rukuk sekarang” memang takleh blah adi oii..kalau aku la dpt msg cenggitu,kompem aku tak jadi nak declare ngan org cenggitu…

    selamat mempersiapkan diri ke alam rumahtangga ya..words of advise, expect nothing. if you dont,you’ll be in a great dissapointment..

    tahun ni first time aku sambut new year dgn title isteri,bersama suami,di luar malaysia..

    off note : cant wait to be home..nak update blog spjg 10 hari kat sini,aku pulak letih tiap2 hari sebab siangnya asik ‘jalan-jalan cari pasal’ .esok plak, bakal berangkat ke destinasi terakhir (aku dah penat transit antara daerah dgn masuk keluar immegresen beserta beg2 yang berat) sebelum terbang pulang ke malaysia..

    selamat tahun baru 2010 sahabat ;-)

    -Qider,
    Shen Zhen,P.R. China
    .-= Qider´s last blog ..My Family My Luv (Part 11) =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    weh fie..hg kat china ka?
    aku nak kirim handphone apple satu eheh.
    murah je dgr kata kat sana..RM100+ je :P hg blanja k..sbg souvenir utk aku haha.

    thx fie 4 ur advice

    [Reply]

    Qider Reply:

    kan aku dah tulis kat blog kata nak p china sblm aku fly ritu..ni musti tak baca ni..sorry adi,pesanan dah ditutup la,sbb sok dah nak p guangzhou (flight balik kat situ),duit pun cukup2 utk tmbg ngan makan je..

    iphone 100++ tu without wifi,kalau ngan wifi kena up dlm 50++ gaks..memang gila tgk barang2 kat sini,kalau tak kerana brg china ni murah tanpa kualiti,mmg habis duit beli gadget aje tau..(oh ye,aku ni fanatik brg jepun..kekekek)

    ni tak sabar nak update blog ni..nak bg hg jeles..hahahah (gelak besar sambil bercekak pinggang)
    .-= Qider´s last blog ..My Family My Luv (Part 11) =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha..maafkan aku fie aku x smpt nak on9 dlm seminggu lebih. duk luar kawasan liputan tenet je manjang.

    haa..molek la tu kat guangzhou..kat situlah jual handphone apple yg murah. bukan iphone..apple yg design dia mcm komputer apple. mmg smart ah aku tgk hari tu. kualiti tu sbnrnya no. 2, asalkan x kena air n terhempas…bleh je guna sampai bila². sorg penjual kat guangzhou yg bgtau bernama Kan :)

  • bro,

    mmg praktikal la tips2 tu. br jab td tgh rukuk sya sms kat awek. dia punya la suka kat sya. Insaallah jemput la kenduri sya pada 20.10.2010. Sya dh booking tarikh tu :)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    uiks…
    no. 2 ke bang?
    alhamdulillah..makin besar family abg nati hahaha.
    siap sedia dgn kuali 40″ menghadang sudu pinggan mangkuk berterbangan :P

    [Reply]

  • Tips Memikat Hati Wanita…

    Sebagai penutup tahun 2009 ni aku nak kongsikan satu pengalaman sebagai tips buat korang yang sedang dilamun cinta. Tak pasti korang boleh terima ke tak, tapi ini memang berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri 100%. Tiada cilok daripada sape² pun. …

  • Salam. Baguih tips ni untuk jejake yg masih single trang tang2 n tetap lom bejaye nak menambat hati wanita mcm aku nih.. huhuhu, sedih2.. haha (^_^)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha. bleh la ko try amalkan :) tips seterusnya akan menyusul

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks