Utama » Tips » Tips Penunjuk Arah Rumah Pengantin
Tips Penunjuk Arah Rumah Pengantin
Sebelum ni saya kongsikan 9 Tips Ringkas Peta Rumah Pengantin untuk memudahkan tetamu mencari rumah anda. Kalau sesat nanti kang kesian pulak kat diorang. Jadi hari ni saya nak kongsikan beberapa Tips Penunjuk Arah ke Rumah Pengantin sebagai pelengkap kepada peta yang anda dah buat. Sekadar berpandukan peta belum menjamin sepenuhnya untuk tetamu sampai ke rumah anda. Penunjuk arah ni boleh buat dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan anda.
Hari ni sekadar berkongsi beberapa tips ringkas untuk buat penunjuk arah. InsyaAllah lepas ni saya akan buat satu video tutorial tentang cara-cara untuk design penunjuk arah dengan hanya menggunakan Microsoft Word. Tak perlu susah-susah nak design pakai Adobe Photoshop kecuali anda pandai menggunakannya. Apa yang penting (kerjaaaasama…eh?) penunjuk arah tu jelas dan mudah nampak dari jauh.
Berikut adalah beberapa tips untuk buat penunjuk arah ke rumah pengantin:
- Hanya perlu tulis nama anda dan pasangan serta tarikh perkahwinan anda sahaja. Dua perkara ni mesti ada. Kalau nak tambah ayat lain macam ‘Ke Majlis Perkahwinan…’ atau yang lebih kurang sama maksudnya itu takde masalah.
- Gunakan font yang senang dibaca macam Arial, Verdana ataupun apa-apa font daripada keluarga Sans Serif. Font yang berbunga-bunga atau futuristik sangatlah tidak digalakkan, boleh pening orang membacanya nanti hehe. Font yang senang dibaca dari jauh lagi dah boleh nampak.
- Pilih warna font yang senang dilihat dari jauh seperti hitam atau merah.
- Pastikan background berwarna kontra daripada warna font. Kalau guna font berwarna hitam, warna background yang sesuai ialah putih ataupun kuning. Begitu juga kalau pakai font berwarna merah.
- Kalau takde komputer boleh juga guna marker pen. Marker pen ye, bukan ball pen. Saya pernah ternampak papan penunjuk arah yang ditulis dengan ball pen. Kena jenguk dekat-dekat baru boleh nampak tulisan. Elakkan menggunakan ball pen.
- Gunakan saiz font sebesar yang mungkin. Contohnya kalau anda print di atas kertas bersaiz A4, gunakan saiz font paling besar yang boleh muatkan kertas A4.
- Lukis atau masukkan tanda anak panah sejelas yang mungkin. Anak panah mesti besar.
- Akhir sekali, selepas siap print adalah lebih baik anda laminate kertas penunjuk arah tersebut bagi yang buat di atas kertas A4 untuk elakkan kertas daripada berlipat ditiup angin dan juga basah kena hujan.
Cukup 8 tips ringkas tersebut. Saya cuma fokuskan kepada penunjuk arah yang dicetak di atas kertas A4 sahaja memandangkan ianya adalah yang paling mudah dan cepat dibuat. Kalau bajet lebih boleh design bunting dengan penunjuk arah sekali. Oh ye, jangan lupa letak bunga manggar sebagai simbolik majlis perkahwinan
perghh bakal2 pngantin perlu tahu info ni, kalau x tetamu2 bkal sesat.. haha
slalunya org akan buat yg simple2 bagi memudahkan org2 yg x pernah sampai area situ…
chii nnt nak wat sendiri gak la..ehheh
Entri Terbaru chii » Khalifah Ganti Superman
a’a. simple lagi bagus sebenarnya. mudah nak nampak dari jauh. bila agaknya majlis chii nanti hehe
Ok.Amirez,semoga berjaya..
Entri Terbaru W.HabibuRahman » Wordless Wednesday # 2 – Gula-Gula Kapas Sungguh Lazat
terima kasih HabibuRahman
pernah buat peninjuk peta untuk pelanggan (permintaannya) hanya dengan tulisan tanpa grafik sahaja….
Entri Terbaru mancai » web portal percuma
yang penting senang dibaca dan mudah dinampak
aku letak koordinat gps aje..hehe..
Entri Terbaru titan » Komisen ke 34 dari Paid-to-Promote.net
kesian kat orang yang pakai 3310 haha
haha..nasiblah..gi beli gps la kalau macam tu..
Entri Terbaru titan » Cara mudah untuk lepas Innity
haha. nanti dalam kad kawen kena tulis “sila beli gps” la
kad kahwin saya nanti warna biru tau, jangan lupa datang (lambat lagi)…
owh..bila berlangsung majlis tu? kalau dijemput, insyaAllah datang kalau kena masa dan tempatnya
Saiz font penting kerana terlalu kecil susah hendak baca terutama warga emas yang terlupa bawa cermin mata untuk baca..
haha. betul gak tu. takut nanti pakcik tu tersilap makan nasik minyak kat rumah orang lain