Anda di sini: Laman Utama » Tips » Tips Persediaan Alam Perkahwinan – Grafik

Tips Persediaan Alam Perkahwinan – Grafik

by Amirez on February 27, 2012 · 14 comments

Kelmarin saya kongsikan tentang jemputan majlis perkahwinan. Hari ni saya nak kongsikan tentang grafik pula. Grafik ni sangat sinonim dengan majlis perkahwinan terutamanya kad kahwin. Kebiasaannya kemeriahan dan keceriaan sesuatu majlis perkahwinan itu dapat digambarkan melalui design dan jenis kad kahwin yang diterima. Tapi takde salahnya pun kalau sekadar menempah kad kahwin bajet rendah. Seelok-eloknya dalam meraikan hari perkahwinan ni dilakukan dalam keadaan yang sederhana dan mengikut kemampuan.

Ada tiga grafik yang selalu diambilkira dalam melaksanakan majlis perkahwinan dan tambahan satu lagi grafik sebagai optional.

#1. Kad Kahwin

Anda cuma ada dua pilihan, sama ada nak tempah atau design sendiri. Kalau nak tempah pastikan anda tempah sebulan atau dua bulan lebih awal daripada tarikh perkahwinan. Kena ambilkira tempoh masa untuk siap, lepas tu nak hantar kad tu lagi. Lambat tempah, lambatlah hantar kepada bakal tetamu. Saya pernah dapat kad kahwin yang dah pun expired. Jadi sila ambil berat dengan masa.

Ada banyak syarikat mahupun persendirian yang menawarkan servis mereka dan mencetak kad kahwin. Antaranya:

Kalau anda ada kepakaran dalam grafik, apa salahnya anda cuba buat sendiri kad kahwin anda. Kad kahwin DIY orang kata. Nak design kad kahwin ni sebenarnya tak perlukan kepakaran yang tinggi. Tahu asas Adobe Photoshop ataupun Illustrator pun dah cukup. Yang penting anda kena tahu apa spesifikasi design yang diperlukan oleh syarikat percetakan kad kahwin anda nanti. Buat sendiri mungkin boleh jimat 10 hingga 30 sen bagi sekeping kad. Kalau baru nak belajar asas design, jangan bazirkan masa dan tenaga anda. Lebih baik tempah daripada buat sendiri. Takut nanti kad kahwin tu tak seperti apa yang diharapkan.

Ataupun sekiranya anda ada banyak masa lagi sebelum menjadi raja atau ratu sehari bolehlah download ebook Pakej Lengkap DIY Kad Kahwin ni untuk belajar cara-cara buat kad kahwin sendiri. Jimat kos. Untung-untung boleh buka bisnes design kad kahwin secara part-time ;)

#2. Banner/Bunting

Ada bajet lebih sikit bolehlah buat banner atau bunting untuk majlis perkahwinan anda. Banner selalunya digantung di pagar atau pintu masuk rumah pengantin. Manakala bunting ni digantung di jalan menuju ke rumah pengantin ataupun boleh juga diletakkan di rumah pengantin kalau takde banner. Kat bawah ni contoh-contoh bunting perkahwinan daripada Jentayu Design:

bunting majlis perkahwinan

 

Jangan lupa tanggalkan bunting yang digantung kat tepi jalan lepas selesai majlis perkahwinan. Bagi saya, tiga hari lepas selesai majlis perkahwinan dah boleh tanggalkan dah. Saya pernah nampak orang tinggalkan bunting perkahwinan dia sampai sebulan lamanya. Nak tunggu orang perbandaran buangkan agaknya eheh.

#3. Penunjuk Arah

Penunjuk arah ke rumah pengantin mesti ada, kalau tak nanti sesat orang nak cari rumah anda. Lagi-lagi rumah kampung, silap-silap boleh termasuk kenduri kahwin orang lain hehe.

Selalu saya tengok orang buat penunjuk arah ni cincai-cincai je. Dah la tulis atas kertas kotak, tulis dengan pen pulak tu. Jangan seksakan bakal tetamu, kesian kat diorang. Nak baca tulisan sambil drive bukan senang. Jadi jangan ambik remeh dengan penunjuk arah. InsyaAllah dalam entri seterusnya saya akan kongsikan tips untuk design penunjuk arah.

#4. Banner Digital

Ini hanya untuk diupload ke Facebook Event, blog ataupun dihantar menerusi email. Ada yang buat, ada juga yang tak buat. Ini cuma optional. Buat atau tak tak menjadi masalah besar. Tapi lebih baik buat, atau sekurang-kurangnya buat peta lokasi ke rumah pengantin khas untuk kawan-kawan yang tak nak kad kahwin ataupun anda memilih cara ni untuk menjemput tetamu (tanpa kad kahwin). Peta lokasi tu penting, banner optional sekadar untuk mencantikkan event tersebut.

Contoh macam banner majlis perkahwinan saya ni yang saya design sendiri untuk upload ke Facebook Event khas untuk menjemput rakan-rakan saya.

banner kahwin facebook event

Kalau anda nak saya design banner digital untuk perkahwinan anda bolehlah hubungi saya melalui Contact Form ;)

Setakat ini dulu. Nantikan tips seterusnya daripada saya, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 14 comments… read them below or add one }

chii February 29, 2012 at 5:15 pm

nnt chii nak try design sendiri je la..refer pada kad2 yg ada…leh jimat kan..ehehe
chii´s last [type] ..Wordless Wednesday #19 – Makan Beradab?

Reply

Amirez February 29, 2012 at 5:37 pm

boleh je. yang penting chii kena tanya harga cetak + kertas kat syarikat percetakan dulu termasuk spesifikasi yang diorang nak

Reply

akubiomed February 28, 2012 at 10:09 am

Tidak kira apa jenis bentuk kad jemputan kahwin yang penting adalah pelan ke rumah pengantin mesti betul kalau tidak nanti sesat orang yang hendak hadir. Maklumlah ditempat sama ada banyak majlis perkahwinan turut berlangsung. :-)
akubiomed´s last [type] ..Jangan ambil bukan hak kita

Reply

Amirez February 28, 2012 at 12:36 pm

sangatlah betul hehe. peta mesti tepat, jangan buat cincai-cincai

Reply

Kimmy February 28, 2012 at 1:12 am

Sweet design tu..InsyaAllah,kalau ada kawan2 yg sedang mencari, saya rekomen kamu
Kimmy´s last [type] ..Vaccinated

Reply

Amirez February 28, 2012 at 1:31 am

boleh je. terima kasih ;)

Reply

Elie February 27, 2012 at 4:58 pm

perghhh baru aku tahu ko punye skill design kad kahwen lg mantop!!!!

Reply

Amirez February 27, 2012 at 9:54 pm

erk…mantop ke gini hehe

Reply

nuriz February 27, 2012 at 12:19 pm

sekarang majlis persiapan kahwin dah tak macam dulu . bg yang ada duit lebih mahu yg terbaik dan ada kelainan
nuriz´s last [type] ..Tasha Shila Pengsan Dalam Keranda Kerana Panggilan Arwah

Reply

Amirez February 27, 2012 at 12:44 pm

macam2 pesen dah sekarang ni. kadang2 rasa macam nak berlawan dengan jiran pula hehe

Reply

Shahrul February 27, 2012 at 11:40 am

siap ada banner digital…canggih betul sekarang nak kahwin
Shahrul´s last [type] ..Kedua-dua Pihak Tak Boleh Dipercayai

Reply

Amirez February 27, 2012 at 12:43 pm

hehe. manfaatkan segala teknologi yang ada ;)

Reply

shraqs February 27, 2012 at 11:29 am

Org skrg kawin memang dahsyat giler,.. siap ada bunting bagai lagi… kos mesti makin tinggi :)
shraqs´s last [type] ..Download NDrive Southeast Asia v11 GPS Navigation Untuk Android

Reply

Amirez February 27, 2012 at 11:32 am

yang mana mampu bolehlah buat lebih sikit :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: