Transaksi Tabung Haji Melalui Maybank

Tabung Haji Bekerjasama dengan Maybank Ismalic Bhd.Sebelum ini Tabung Haji bekerjasama dengan Bank Islam dan Bank Rakyat untuk sebarang transaksi melalui ATM. Terbaru, Tabung Haji membuat pakatan bersama Maybank Islamic Bhd. yang membolehkan pendeposit Tabung Haji melaksanakan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) kumpulan Maybank.

Lagi menarik apabila Maybank memberi kemudahan kepada setiap pendeposit Tabung Haji untuk membuat pendaftaran haji melalui rangkaian ATM Maybank yang menjadikannya sebagai bank pertama menawarkan perkhidmatan pendaftaran haji secara elektronik.

2.47 juta transaksi dicatatkan tahun lalu menerusi kerjasama Tabung Haji dengan Bank Islam dan Bank Rakyat, dan ia meningkat kepada 2.72 juta sehingga 15 November lalu.

Terdapat 6 perkhidmatan baru yang boleh dilaksanakan menerusi ATM Maybank dan CDM Maybank:

  1. Pengeluaran wang tunai dari akaun Tabung Haji
  2. Penyimpanan wang ke akaun Tabung Haji
  3. Pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji yang lain
  4. Pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank dan sebaliknya
  5. Perkhidmatan pertanyaan baki simpanan
  6. Pendaftaran Haji

Servis baru ini bukanlah boleh dinikmati serta-merta di mesin ATM dan CDM Maybank. Pendeposit Tabung Haji perlu ke mana-mana pejabat Tabung Haji terlebih dahulu untuk menghubungkan akaun Tabung Haji dengan Maybank.

Dengan adanya perkhidmatan baru ini dapatlah kita buat transaksi ke Tabung Haji dengan lebih mudah melalui mesin CDM Maybank. Tak perlu lagi ke pejabat Tabung Haji yang selalunya hanya berada di dalam kawasan bandar sekaligus dapat mengurangkan kesesakan urusan di pejabat Tabung Haji.

Sumber: Berita Harian

«
»

This Post Has 26 Comments

  1. hidayah says:

    nak tnye..kalau guna maybank2u ..boleh x ye?

  2. ajip says:

    Nak betulkan skit..
    Pendeposit Tabung Haji perlu ke mana-mana cawangan Manybank (bukannya pejabat Tabung Haji) terlebih dahulu untuk menghubungkan akaun Tabung Haji dengan Maybank.

  3. levelsatu says:

    oh..ini sangat memudahkan.. :D

  4. nurqider says:

    tapikan,nanti dia akan tolak singgit..
    mmg tak best bila dah link ke bank lain,maka dirisaukan adalah duit itu mudahla mengalir keluar (aku dah rasa..hahah)..
    tapi part leh cash depo tu mmg best la..cuma..kena tolak singgit..(ini adalah berdasarkan pengalaman aku ngan Bank Islam,maybank aku tatau le)

    • Amirez says:

      a’a memang kena tolak rm1 tak kira bank mana2 pun. TH dgn Maybank ni tak taulah camana, tolak rm1 gak kot.

      tapi hang tau tak skang ni tak tolak rm1 dah. sebabnya kita takleh kuarkan duit dari akaun sendiri (cth: maybank) kat mesin atm selain daripada maybank huhu. menyusahkan lak rasanya

  5. muhammad fakhruddin says:

    Untuk elakkan duit Tabung Haji mengalir keluar macam air, tak pernah keluarkan di mana-mana ATM walaupun dahulu ada promosi transaksi menerusi Bank Islam
    Entri Terbaru muhammad fakhruddin » Last Night I Dreamt of Peace

  6. titan says:

    hoho..kena buat juga nih..bagus info ni. aku yakin berjuta umat islam kat malaysia yang tak tahu lagi.
    Entri Terbaru titan » Komisen ke 29 dari Paid-to-Promote.net

  7. nuriz says:

    semakin mudah ye..kalau penuh di tabug haji atau di bank lain kita pi ke maybank..bagus sgt
    Entri Terbaru nuriz » Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

  8. chii says:

    bagus gak wat mcm ni,,senang..lg plk..atm maybank..mudah di dapati
    Entri Terbaru chii » Hujung Minggu

    • Amirez says:

      tapi risau gak kot2 nanti orang senang2 keluarkan duit dari akaun Tabung Haji. sepatutnya kat Tabung Haji jadi tempat utk simpan duit utk tunaikan Haji :)

  9. akubiomed says:

    Ia memudahkan urusan kerana Maybank ada banyak cawangan.
    Entri Terbaru akubiomed » Bermudik di Melaka River Cruise siri 2

  10. shaharil says:

    Makin senang berurusan dengan Tabung Haji.
    Entri Terbaru shaharil » Tip Untuk Praktikum

  11. azman says:

    Owh senang nyer kalau macam tu…tak payah nak suruh org lain tolong bank in kan.
    Entri Terbaru azman » Pemandu lelaki juga tidak selamat

Leave A Reply





CommentLuv badge