Transformers: Revenge of the Fallen Mengujakan
Akhirnya tertunai juga hajat nak menonton Transformers: Revenge of the Fallen kat panggung wayang. Tak dapat kat GSC 1 Utama, GSC Selayang Mall pun jadilah. Kata Leh diorang dah tukar sound system baru. Kalau still macam dulu, rasa longlai sikit nak menonton kat sana. Bila dengar semalam, bergegar juga satu badan. Mantop!!
Ad-hoc punya plan nak tengok Transformers, dapat tiket midnight. Ingat pukul 11 malam, sekali pukul 12:20 pagi haha. Layankan je walaupun mata dah mengantuk sejak pukul 11 lagi.
Berbeza dengan filem sebelum ni, Transformers 2 ni 90% aksi dan kurang lawak berbanding dulu 60% aksi dan lebih banyak dialog lucu. Memang tak berkelip mata bila tengok Autobots dengan Decepticons berlawan sepanjang masa. Boleh dikatakan takde masa nak keliplah haha. Aku paling suka part Optimus dan Bumble Bee melutut lawan. Nampak hebat dan gagah. Lagi satu, aksi diorang lebih realistik berbanding sebelumnya, rasa macam diorang ni betul² wujud di alam nyata. Kalau betullah wujud, aku nak Bumble Bee eheh. Boleh jalan² dengan Chevy Camaro. Sungguh bergaya!!
Sinopsis pendek
Setelah 2 tahun bumi hidup dengan aman tanpa ancaman Decepticons, bumi lagi sekali diserang oleh pihak Decepticons yang ingin menuntut dendam 17,000 tahun S.M. lamanya, dendam yang disimpan oleh ketua segala pasukan Decepticons termasuklah Megatron. Serius aku tak pernah tahu pun ada lagi ketua yang lebih dihormati selain Megatron. Itu yang buatkan aku begitu teruja dengan sekuel kali ini.
2 tahun setelah kejadian dahulu, Autobots kini menjadi sebahagian daripada skuad pengaman bumi dan bekerjasama dengan sepasukan tentera sulit yang dinamakan NEST. Lebih menarik, ada rakan² Autobots baru datang membantu ke Bumi seingat aku termasuklah sebuah superbike seksi iaitu Autobots jenis female bernama Arcee. Boleh berubah kepada 3 buah motorbikes dia ni. Hebat. Lagi gambar Arcee yang seksi. Kalau versi kartun dulu Arcee adalah sebuah kereta pink.
Megan Fox sebagai Mikaela Banes lebih HOT berbanding dulu. Penampilan pertama dalam filem kedua ni pun dah buat orang lelaki terbeliak biji mata. Siapa yang mengantuk lagi semalam memang layak dihantuk kepala ke kerusi.
Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky dah mula masuk kolej. Dia berkenalan dengan beberapa orang yang gilakan robot² dari Cybertron. Perkenalan diorang tak sia² sebab penggila² robot ini akhirnya akan membawa Sam dan Mikaela serta Autobots yang lain menyelesaikan satu masalah iaitu kod² lama yang sering bermain di fikiran Sam setelah dia tersentuh serpihan Allspark yang ada dalam poket bajunya. Kod apa…kenalah tengok sendiri eheh.
Menarik filem kali ni scene bermula dari negara China, kemudian Perancis dan akhir sekali di Mesir. Juga watak Autobots kembar iaitu Skids dan Mudflap. Nampaknya Chevrolet sumbangkan lagi dua buah kereta untuk filem ni selain Chevy Camaro.
So, apa lagi? Tempah tiket sekarang. Kalau dah tengok, kongsilah barang satu dua pendapat. Teringat nostalgia kecik² dulu main robot Transformers ni dengan kawan Cina. Paling banyak dia ada robot Decepticons sebab dia minat jet sama macam aku.
Hadiah buat korang. Download soundtracks Transformers: Revenge of the Fallen ni dengan hati terbuka.
- New Divide.mp3 10.27 MB
- 21 Guns.mp3 7.98 MB
- Capital M-E.mp3 5.29 MB
- Never Say Never.mp3 6.46 MB
- Burn It To The Ground.mp3 6.77 MB
- Burning Down The House.mp3 5.99 MB
- Not Meant To Be.mp3 6.57 MB
- Real World.mp3 6.85 MB
- I Don’t Think I Love You.mp3 7.19 MB
- This Is It.mp3 6.77 MB
- Almost Easy.mp3 4.38 MB
p/s: Arcee Autobots ada Facebook rupanya. Peminat motor pink, mari add dia sekarang. Jangan lupa add aku jugak eheh. Bumblebee?








June 26th, 2009 at 12:38 am
wah, ni yg wat rasa x sabar nak tgk ni…
Insya Allah esok malam nak gi tgk. heheh…
p/s : archee je ke ade fb? bumblebee xde ke?
June 26th, 2009 at 12:40 am
aiyak, typo.
arcee, bukan archee :p
June 26th, 2009 at 1:25 am
cari jugak fb bumble bee tp x jupe la kak
June 26th, 2009 at 1:26 am
nasib baik tak taip lychee eheh
June 26th, 2009 at 2:15 am
bila proton nak spponsor filem transformers 3?
haha!
aku dah jadi fan bumblebee kt facebook..
hohohoh…
June 26th, 2009 at 11:59 am
kalau proton leh sponsor sebijik utk transformers 3..
mesti laku kereta proton nanti aku rasa eheh.
Persona SE = bumble bee hoho
June 26th, 2009 at 10:54 pm
Cumil betullll bumble bee kan????
June 28th, 2009 at 5:31 pm
a’a kan. rasanya bumblee bee lebih glemer antara semua autobots hehe
June 30th, 2009 at 6:56 am
Memang best…tapi gua tak pernah pi tengok lagi, tak sempat..Cuma gua dapat duit saje dengan Tranformers nih…Masyukkkk…hehehehe
Shahraduan´s last blog ..Panduan SEO Google
June 30th, 2009 at 8:56 am
dpt duit mcm mana tu bro?
nak juga tau hehe
June 30th, 2009 at 12:39 pm
Aku rindu Jazz..even though i wont say no to Ironhide..btw,bumblebee mmg ‘guardian angel’ yang comel..uhuks..
Qider´s last blog ..Ingin keluar jalan-jalan