Hari ni tak larat nak taip panjang-panjang. Cukuplah entri panjang berjela yang lepas tu hehe. Hari ni cuma nak tunjuk gambar semasa saya sekeluarga bertolak ke Batu Pahat, Johor pada 5 Disember 2011 lepas. Dah lama peram entri ni, baru hari ni rasa nak publish. Karangan panjang-panjang pun saya dah delete kasi tinggal gambar je.
Dalam entri ni cuma separuh je gambar saya masukkan. Next entry saya akan masukkan lagi separuh gambar dari Batu Pahat ke KL pulak. Maaflah kalau gambar-gambar ni tak menarik. Saya tak touch-up pun. Sekadar edit contrast sikit-sikit je. Sharp pun tak berapa. Cuaca pulak masa tu agak mendung. Jadi saya cuma point and shoot je menggunakan Nikon D3100 dengan Canon IXUS 105. Enjoy
Nescafe" src="http://i39.photobucket.com/albums/e171/amirezu/IMG_5726.jpg" alt="Air tin Nescafe" width="500" height="375" />
Inilah air kegemaran saya kalau nak drive jauh. Tak sah bawak kereta jauh-jauh kalau saya tak minum air ni. Sejak zaman belajar kat Universiti lagi air Nescafe Kopi Latte ni dah jadi peneman saya sejauh 600 Km perjalanan. Selalunya yang jadi kawan kepada air tin ni ialah roti gardenia yang harganya 60 sen sekarang ni. Dulu 50 sen je. Favourite saya rasa cokelat

Breakfast kat KFC pukul 7:15 pagi
Kalau saya sorang je nak travel selalunya cukup bersarapan dengan roti gardenia 60 sen tu. Sambil drive sambil makan haha. Tak senonoh betul. Nak jimat masa sebenarnya. Tapi memandangkan bawak anak isteri kenalah isi perut dulu. Perut diorang tak sama macam perut saya hehe.

Dah kenyang makan wedges tidur pulak si kecil ni

Singgah kejap di Masjid Tengku Tengah Zaharah
Saya suka berhenti kejap kat Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu ni. Masjid yang lebih dikenali dengan Masjid Terapung ni selalu jadi tempat untuk saya berhenti solat kalau drive dari Johor ke Kelantan. Pagi hari tu berhenti pun sebab ‘Iffah ‘buat kuih’ hehe. Mujurlah dah kat Kuala Terangganu baru dia nak ‘proses’. Timing betullah ‘Iffah ni.

Makan malam kat Restoren Idaman, Batu Pahat
Dipendekkan cerita, sekitar 8:15 malam barulah kitorang sampai ke Batu Pahat. Kalau saya sorang selalunya 9 atau 10 jam dah sampai Batu Pahat dah. Malam tu cadang nak makan bubur ayam yang sedap kat Batu Pahat tapi tak jumpa pulak kedai makan tu. Dah pindah kot. Kempunan nak makan bubur ayam yang selalu jadi favourite saya masa belajar kat UTHM dulu. Jadi kitorang makan kat Restoren Idaman. Dari bandar Batu Pahat restoren ni atas sikit dari Peserai. Tak tau nama tempat ni apa. Ni first time makan kat sini.

Nasi Goreng USA dia memang terbaeek!!
Nasi Goreng USA dia memang terbaeek!! Sup kosong dia pun sedap, bukan sup kosong semata-mata. Nak-nak je order sepinggan lagi malam tu hehe.

Bermalam di Crystal Palace Hotel, Batu Pahat
Check-in kat Crystal Palace Hotel. Hotel murah je tapi cukup selesa. Kat belakang hotel ni ada The Store. Kat sebelah pulak ada pasaraya The Summit. Dah parking kereta kat hotel ni boleh jalan kaki je kalau nak ke pasaraya. Boleh tengok wayang kat The Summit. Tapi malam tu tak sempat nak pergi wayang, dah penat sangat. ‘Iffah pun sekali lagi ‘buat kuih’. Betullah, ‘Iffah ni memang timing orangnya hehe.

Breaktfast roti bakar
Pagi esoknya breakfast kat cafe hotel. Roti bakar dia nampak biasa tapi yang peliknya rasa lebih sedap daripada yang selalu kita buat kat rumah haha. Mungkin sebab lapar kot. Kalau dah lapar, air kosong pun rasa macam sirap bandung

BP Mall

Singgah tengok masjid baru UTHM
Dah datang Batu Pahat rugilah kalau saya tak singgah UTHM, tempat saya dapatkan Ijazah kedoktoran Sarjana Muda dulu. Dah banyak perubahan dah kat UTHM ni. Masjid baru ni betul-betul buatkan saya teruja. Masjid lama yang betul-betul depan bilik asrama saya dulu tu pun dah cukup selesa bagi saya, apatah lagi masjid baru ni.





Perpustakaan baru UTHM, antara yang terbesar di Asia Tenggara
Satu lagi yang buat saya kagum ialah bangunan perpustakaan UTHM yang baru ni. Masa saya belajar dulu tapak bangunan ni takde lagi. Lagi kagum bila saya dikhabarkan perpustakaan ni adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Betul ke tak saya tak sure. Mesti best kalau dapat tidur sejam kat sini haha.
Info: Dibuka kepada pelajar pada Julai 2010. Mempunyai keluasan 16,000 meter persegi dan boleh memuatkan 300,000 naskah koleksi. Noleh menampung lebih kurang 3,000 pengguna dalam satu masa. Mempunyai 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium, bilik pencarian maklumat, bilik rujukan terhad, bilik jurnal dan bilik bacaan 24 jam. - Sumber: Perpustakaan UTHM

Erk..tak tau ni bangunan apa. Tengah disiapkan.
Saya tak tau ni bangunan apa. Fakulti ke? Unik betul design. Ada macam ciri-ciri alien lak. Mungkinkah UTHM dah ada kursus Alam Semesta? Sekali tengok macam bangunan Petronas pun ada.

Tanpa pakcik ni bangunan tadi mungkin tak siap

Dari jauh boleh nampak Masjid baru UTHM
Gambar dari Fakulti Teknologi Maklumat. Dulu fakulti ni terletak kat Kampus Bandar iaitu kampus luar yang disewa sementara oleh UTHM kat Parit Raja. Sekarang ni nampaknya dah siap fakulti IT sendiri kat dalam kampus induk.

Dewan Badminton UTHM, masih lagi seperti dulu
Rindu betul dengan dewan ni. Kat sinilah tempat saya selalu berlatih badminton. Dulu sampai sekarang macam ni la rupanya. Dalam dewan ni ada tiga court.

UTHM dah ada kapal terbang sekarang ni hehe
Dataran Siswazah ni selalu diubahsuai setiap tahun. Maknanya setiap graduan mempunyai gambar konvokesyen berlatarbelakangkan Dataran Siswazah yang berlainan daripada graduan-graduan sebelumnya. Masa saya graduate dulu takde replika kapal terbang ni. Ke UTHM betul-betul dah ada kapal terbang sendiri sekarang ni untuk hantar kontinjen-kontinjen MASUM? Hebat ah!
Cukup dulu setakat ni. Next entry ada lebih kurang 20 keping gambar lagi akan saya tunjukkan. Tujuan sebenar jalan-jalan ni nak ke Kelana Jaya sebenarnya untuk ambik bagasi Haji saya dengan isteri yang tak balik sekali dengan kitorang hari tu. Mujurlah ada, kalau hilang haru dibuatnya. Dalam tu ada kurma Nabi dengan jubah-jubah Makkah yang saya beli.
InsyaAllah, trip ni akan bersambung esok kalau takde apa-apa halangan
bangunan yg mcm alien tu adlh bangunan convo yg baru dsiap…dh bleh digunakan utk exam dh =)
dewan konvo rupanya. canggih betul. kalau jawab exam kat situ mesti dapat markah tinggi sikit…semangat baru
pekena beriani md shah kat bp..mmg best
kat peserai ke? beriani kambing?
salam sayang dari uthm, mohon nk guna gambar masjid uthm
Entri Terbaru palie » .:Slow Motion Terbaik:.
boleh, silakan. student uthm ke?
yup ni hasil dari gambar tu.. just nk wat background
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/306009_201409263305034_693817985_n.jpg
Entri Terbaru palie » ::PapanKekunci Cuti #13::
owh gambar tangga ni rupanya. menarik.
anjuran Pusat Islam ke ni?
seronok dapat mkn angin dgn keluarga, penat si comel tu tido ye
Entri Terbaru nuriz » Farah Asyikin Dan Gambar Bersama Lelaki Lain Punca Bercerai Dengan Hattan?
dia suka tido dalam kereta
bestnya kalau dapat jalan-jalan macam ni.
sekali-sekala untuk ubah angin
hoho..sempat lagi ambil gambar tuuu..
Entri Terbaru titan » Komisen terakhir dari Adgitize
mesti. jarang2 sekali dah datang Johor ni
Bro x dpt sponsor ke dari hotel or restoran tu?promote dlm blog ni…huhu
Entri Terbaru Faisal » Trafik Tahun 2011 Dalam Kenangan! 1,447,229 People Visited This Site
tak try contact lak. macam mana ye cara yg betul nak mintak sponsor? harap sudi ajar
Kalau di Johor baru 2 tempat saya sampai iaitu Johor Bharu dan Ledang sahaja. Belum sempat ronda-ronda daerah di kawasan negeri Johor lagi.
Entri Terbaru akubiomed » Pengalaman anak jatuh sakit
saya tak pernah ke Ledang lagi. best tak kat sana?
Kopi 3 kaki antara yang terkenal dan borong kain di Tangkak. Terdapat juga bangunan peninggalan kolonial.
Entri Terbaru akubiomed » Pengalaman anak jatuh sakit
kopi 3 kaki? pertama kali dengar. kalau nak minum kopi sedap selalunya saya ke Kluang Station sambil makan roti bakar
minggu lepas baru balik dari BP…saya memang ulang alik ke batu pahat sebab kakak saya bermastautin kat sana..UTHM saya lalu jela pergi tak pernah….elok kalau pergi pekan batu pahat petang2 bawa family joging dan lepak2 dekat Tasik Y area replika batu pahat 2 memang sesuai untuk anak2….
Entri Terbaru azura » Bingung
best jugak ke tasik Y. hari tu saya sampai tasik Y dah maghrib. kalau awal sikit mesti singgah punya
perghhhhh…aku nak balik amik masters kat uthm jugak la cenggini..gila canggih masjid dengan library (part dapat tido sejam kat library tu pun aku teringin nak buat juga hahah),banyak pulak dapat dana ye,harap2 projek universiti pun tak disekat dana..rindu seh kat ito,huk2
Entri Terbaru nurqider » My Good Old Days (Part 5)
aku pun tetiba naik semangat nak masuk UTHM balik. masuk jelah…bukan nak belajar haha. mesti Pn. Nora kita bangga jadi lecturer kat situ skang ni
wow batu pahat !!! UTHM mmg banyak membangun dah.. lagi2 semenjak bro habis blaja kat sana.. diorang cepat2 bangunkan.. hahahahha…
nak puji ni.. cantik la gambar2 bro shoot… niceee
lajunya komen hehe.
terkejut gak banyak betul pembangunan kat BP. kat traffic light Sri Gading pun dah ada lot2 kedai dengan perumahan. rasa nak duk kat BP lak haha.
adeh..ni yg tersipu2 malu dipuji oleh photog hebat mcm bro hehe. terima kasih