Anda di sini: Laman Utama » Berita » Twitter Disaman Brazil Kerana Perangkap Had Laju

Twitter Disaman Brazil Kerana Perangkap Had Laju

by Amirez on February 9, 2012 · 17 comments

Kerajaan Brazil memfailkan tindakan undang-undang terhadap Twitter, sebuah laman sosial terkemuka, dalam cubaannya menghentikan penerbitan mesej yang mengingatkan pemandu kenderaan terhadap perangkap had laju dan pemeriksaan pemandu mabuk.

Brazil memohon supaya “semua akaun yang memberi maklumat lokasi radar polis digantung serta-merta.” kata pejabat Peguam Negara Persekutuan, sebagai mempertahankan pertahanan negara itu dalam kenyataannya.

Kerajaan juga meminta ‘penutupan muktamad akaun yang mendedahkan tarikh, masa dan tempat pemeriksaan polis,’ katanya.

Garmin, Sygic, Waze dan bermacam-macam lagi aplikasi GPS lain tak kena saman pula? Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 17 comments… read them below or add one }

faizul February 11, 2012 at 12:57 pm

Rasa mcm tak patut lak tindakan tu, sebabnya dengan penyebaran tweet tu barulah ramai yg bawa kete perlahan kan?

Reply

Amirez February 11, 2012 at 2:00 pm

betul. at least orang lebih berhati2. fungsi yang sama dengan signboard had laju. tapi kalau dah jadikan ‘sumber pendapatan negara’, mana diorang tak bising, kan

Reply

shraqs February 10, 2012 at 9:54 pm

Lokasi speed trap bergantung pd pengguna yang rajin update status ikut GPS diorang je…
shraqs´s last [type] ..Tutorial Memindahkan IntenseDebate Komen Dari Blogspot Ke WordPress

Reply

Amirez February 11, 2012 at 3:13 am

ye itulah maksudnya. berdasarkan info daripada pengguna GPS yang lain. sama macam orang bagitau melalui Twitter.

bila fikir2 balik ramai yang silap paham dengan entri pasal GPS ni. my bad…tak bagi penjelasan dengan baik

Reply

Mama Murai February 10, 2012 at 4:37 pm

Kalau tak saman, kerajaan Brazil tak mampu nak bayar gaji kakitangan awamnya. :) Betul ke Garmin bagitau lokasi speed trap? Setahu saya kebanyakan data yang diperolehi bukan lokasi terkini speed trap, tapi lokasi panas.
Mama Murai´s last [type] ..Menstruasi dan cara melegakannya

Reply

Amirez February 10, 2012 at 7:22 pm

mungkin sebab tu kot kerajaan Brazil nak saman untuk bagi makan kakitangan diorang hehe.

saya pun tak sure sebab tak pernah guna. cuma dengar daripada kawan yang masa tu baru install garmin dalam E72 baru dia. ni cerita 3 tahun lepas. mungkin dia maksudkan hotspot, saya yang silap paham. maklumlah, masa tu saya buta GPS :P

Reply

nuriz February 10, 2012 at 12:18 pm

hehe bagitahu kat orang jangan bawa laju kat sekian tempat pun kena saman ye..ni mesti diorang tak dapat byk untung ni hehe
nuriz´s last [type] ..Fasha Sandha dan Jejai Tolak Tajaan Perkahwinan Mewah

Reply

Amirez February 10, 2012 at 7:14 pm

salah satu sumber pendapatan negara diorang kot hehe

Reply

b3njy February 10, 2012 at 12:52 am

Sebenar twitter tu hanya menyampaikan pesanan masyarakat je … ia dilihat sebagai satu kebaikan supaya pemandu tidak melanggar peratutan … pelik juga kalau itu pun salah ???
b3njy´s last [type] ..KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH

Reply

Amirez February 10, 2012 at 12:58 am

diorang cuma nampak kerugian bagi pihak diorang. diorang tak pandang keuntungan rakyat

Reply

b3njy February 10, 2012 at 12:51 am

Mana tak saman broo .. itu kira mata pencarian negara juga tu … membayar saman … hahahaha … nanti rugilah kalau tak masyukkkk ! :D
b3njy´s last [type] ..KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH

Reply

Amirez February 10, 2012 at 12:57 am

haha. sebab tu la diorang nak saman ye tak

Reply

ohcikgu February 9, 2012 at 7:38 pm

garmin ada kat function speed trap?
ohcikgu´s last [type] ..Pelajar ponteng sekolah kena denda baca Al-Quran

Reply

Amirez February 9, 2012 at 11:45 pm

kawan yang pakai garmin dulu kata boleh detect speed trap

Reply

akubiomed February 9, 2012 at 11:54 pm

Garmin tidak kesan perangkap laju cuma beri amaran lokasi selalu berlakunya operasi perangkap laju. Lokasi perangkap laju ini akan ditandakan pada peta.

Reply

Amirez February 10, 2012 at 12:43 am

owh macam tu rupanya. terima kasih atas info ni ;)

Reply

b3njy February 10, 2012 at 12:53 am

Betul tu akubiomed … masa benjy naik teksi pun pemandu teksi tu cakap macam tu juga.
b3njy´s last [type] ..KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: