Anda di sini: Laman Utama » Contest » Ultrabook Toshiba Portege Z830 Notebook Paling Ringan Di Dunia

Ultrabook Toshiba Portege Z830 Notebook Paling Ringan Di Dunia

by Amirez on March 5, 2012 · 48 comments

Bantu saya memenangi Ultrabook Toshiba Portege Z830 dengan menekan butang Tweet, Like, Google +1 dan sebagainya pada bahagian kiri dan bawah entri ini. Segala usaha dan pertolongan anda amat saya hargai. Terima kasih.

Pertama kali melihat iklan Ultrabook Toshiba Portege Z830 dalam surat khabar sekitar penghujung tahun lepas telah membuatkan saya betul-betul jatuh hati dengan notebook yang dikatakan paling ringan dan nipis di dunia ini.

Ultrabook adalah terma baru yang diberikan kepada notebook yang mempunyai ketebalan kurang daripada 0.8 inci yang bukan sahaja ringan untuk dibawa malah mempunyai kuasa tinggi dari segi processor yang lebih laju dan RAM yang lebih besar, penggunaan voltan yang rendah, jangka hayat bateri yang lebih lama dan penyimpanan pantas melalui SSD (Solid State Disk).

 

Toshiba Portege Z830 hanya senipis 0.63 inci dan beratnya kurang daripada 2.5 paun iaitu kira-kira 1.13 Kg sahaja menjadikannya laptop paling nipis dan paling ringan di dunia buat masa ini. Semestinya membawa Portege Z830 ke mana-mana terasa lebih selesa dan tidak membebankan. Ianya juga didatangkan dengan 13.3 inci widescreen dengan resolusi 1366 × 768 piksel (HD) yang dilengkapi dengan webcam 1.3 Megapiksel, hampir sama dengan laptop Hp G42 isteri saya yang sedang saya gunakan sekarang ini tetapi tidak dapat menandingi ketebalan dan berat Ultrabook Toshiba Portege Z830 yang jauh lebih nipis dan lebih ringan. Portege Z830 juga dilengkapi dengan fungsi face detection.

Ultrabook Toshiba Portege Z830

Salah satu paparan luaran yang memukau pandangan mata saya ialah keyboard yang mempunyai LED backlit dan spill-resistant daripada sebarang bentuk cecair menjadikan ia satu-satunya ultrabook yang dilengkapi dengan kelebihan ini buat masa sekarang. Ini penting bagi mengelakkan papan kekunci daripada rosak yang boleh memakan belanja agak mahal bagi kos membaikinya. Kedua-dua rekabentuk ini sangat sesuai bagi orang macam saya yang selalu buat kerja sehingga lewat malam dengan hanya diterangi lampu tidur di sisi katil dan juga tabiat minum ketika menggunakan laptop. Selain daripada itu rekabentuk papan kekuncinya menepati rekabentuk terkini yang lebih senyap ketika menaip dan lebih moden.

Kelebihan Portege Z830

Toshiba Portege Z830 diperbuat daripada aloi svelte magnesium membuatkan ia laptop terbaik dari segi rupabentuk dan gaya. Selain daripada LED backlit keyboard dan slot kad SD, ia juga lebih lengkap dengan port I/O berbanding ultrabook yang lain. Tidak cukup dengan itu, Portege Z830 dilengkapi dengan teknologi WiDi 2.0 yang membolehkan anda menayangkan video terus dari Toshiba Portege Z830 ke tv LCD secara tanpa wayar, iaitu tanpa menggunakan kabel HDMI. Anda perlukan alat penerima WiDi (Wireless Display) terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Intel ini.

Ultrabook Toshiba Portege Z830 sangat sesuai kepada pengembara atau mereka yang sering buat kerja luar dalam jangkamasa yang lama memandangkan bateri Portege Z830 mampu bertahan sehingga 8 jam lamanya, selain ianya juga ringan untuk dibawa. Jika anda adalah orangnya, Portege Z830 adalah gajet yang patut anda pertimbangkan untuk dimiliki.

Spesifikasi Portege Z830

Display
Screen Resolution1366 x 768 pixels
Diagonal Screen13.3 inch
Display typeHD TFT LED Backlit display with Intel Wireless Display Technology
Graphics EngineMobile Intel HD graphics
Graphics Memory64MB- 1696MB Dynamic allocated shared graphics
Aspect Ratio16:9
ProcessorConnectivityStorage
Processor typeIntel Core i5 & i7Wireless LANIntel Centrino Advance-N 6230
802.11 a/g/n + WiDi Capable
Hard Drive128 GB Solid-State Drive
Processor model2677MLANIntel 82579LM Gigabit Network ConnectionOptical DrivePortable DVD SuperMulti Drive
Cache4MB L3BluetoothBluetooth V3.0 + EDRMemory6GB DDR3 1333MHz
ExpansionPower
MediaMemory Card ReaderBattery-typeLi-ion (47Wh, 8 cell)
USB Ports2-USB (2.0) port, 1-USB (3.0) portAC Adapter45W (19v 2.37A) Auto sensing, 100-200v / 50-60Hz input
HDMI1-HDMI output PortBattery lifeUp to 8.28 hours

Ianya nipis, ringan dan pemprosesan yang pantas menjadikannya laptop pakej lengkap bagi sesiapa saja yang mencari ketiga-tiga ciri ini seperti saya. Harga runcit bagi Toshiba Portege Z830 di Malaysia bagi Intel Core i5 1.6 GHz ialah RM3999 manakala bagi Intel Core i7 1.8 GHz adalah RM4799. Kedua-duanya dilengkapi dengan 128 Gb SSD. Klik untuk maklumat lanjut.

Bantu saya memenangi Ultrabook Toshiba Portege Z830 dengan menekan butang Tweet, Like, Google +1 dan sebagainya pada bahagian kiri dan bawah entri ini. Segala usaha dan pertolongan anda amat saya hargai. Terima kasih.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 48 comments… read them below or add one }

syu90 March 24, 2012 at 3:41 am

smoga bjaya yer..

Reply

Amirez March 24, 2012 at 11:16 am

terima kasih :)

Reply

muazfaris March 18, 2012 at 10:03 pm

aku pun join gak contest ni.. same2 la tolong2 ye.. dah tweet G+ n share.. mesti naik pnye la blog ni..hehe
muazfaris´s last [type] ..Tips Isi Borang UPU fasa 2 online

Reply

Amirez March 18, 2012 at 10:10 pm

owh ye ke. ok sekarang gak tolong tweet bagai. good luck muaz ;)

Reply

budakserius March 14, 2012 at 1:17 am

Ok dh buat bro.harap2 berjaya.hehe
budakserius´s last [type] ..9 Gambar Neelofa Di Edinburgh Scotland

Reply

Amirez March 14, 2012 at 3:40 pm

terima kasih banyak2 bro ;)

Reply

Hans March 10, 2012 at 1:04 pm

done! semua dah klik dan komen dah…semoga berjaya yer bro…. :-)
Hans´s last [type] ..Hans Comix : Janji Kekasih

Reply

Amirez March 10, 2012 at 1:08 pm

terima kasih hans. jasamu kan kukenang hehe

Reply

tehr March 10, 2012 at 12:39 pm

memang ramai peminat notebook toshiba ni
aku pun mahu kalau dapat
hehe

moga2 berjaya, bro
tehr´s last [type] ..Separuh Akhir All England 2012

Reply

Amirez March 10, 2012 at 1:09 pm

lagi2 kalau dapat free macam join contest ni hehe. thanks bro

Reply

semut March 10, 2012 at 3:11 am

terima kasih atas info di atas.. ultra toshi portage z830 notebook ni mampu memberi kepuasan yang maximum kepada penggunanya..
semut´s last [type] ..JOM CEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Reply

Amirez March 10, 2012 at 1:05 pm

sama2. kalau menang portege z830 ni bolehlah buat review nanti ;)

Reply

chii March 9, 2012 at 4:30 pm

kemampuan bateri yg boleh berthn lama, ringan dan ada lampu LED di keyboard membuatkan toshiba ni menjadi igauan ramai org termasuk chii..
apa pun..semoga berjaya
chii´s last [type] ..Khalifah Ganti Superman

Reply

Amirez March 9, 2012 at 9:10 pm

antara ultrabook pilihan jugak ni selain daripada asus :)

Reply

titan March 8, 2012 at 8:28 pm

tak leh la aku makan nasi lemak atas laptop ni kalau aku dapat laptop ni..huhu..
titan´s last [type] ..KLserver.net – Hosting kacak idaman semua

Reply

Amirez March 11, 2012 at 1:03 am

haha dahsyat betul. jangan diamalkan, nanti penuh semut dalam keyboard :D

Reply

shaharil March 7, 2012 at 10:24 pm

Ok bro, Semoga Berjaya dalam kontest ini.
shaharil´s last [type] ..Giveaway Banner Percuma daripada SHAHARIL.com

Reply

Amirez March 7, 2012 at 11:01 pm

terima kasih shaharil :)

Reply

tuan tanah March 7, 2012 at 3:24 pm

ok bro selamat maju jaya sama kita mencuba nasib
tuan tanah´s last [type] ..Rezeki Masing-Masing, Kenapa Perlu Dengki

Reply

Amirez March 7, 2012 at 10:50 pm

terima kasih WR. good luck jugak buat bro ;)

Reply

W.HabibuRahman March 7, 2012 at 10:59 am

saya sudah tweet dan juga like,anda bila lagi…kuang kuang kuang….
W.HabibuRahman´s last [type] ..10 Tabiat Lelaki Yang Menggelikan Wanita

Reply

Amirez March 7, 2012 at 2:14 pm

terima kasih banyak2 ;)

Reply

leena March 7, 2012 at 10:42 am

best

Reply

wazy March 6, 2012 at 4:48 pm

Semoga berjaya bro
laam tak singgah kat sini ..hehe
wazy´s last [type] ..Impian Untuk Memiliki Ultrabook Toshiba Portege Z830

Reply

Amirez March 6, 2012 at 6:58 pm

sama2 bro.
blog masih sama dulu sampai sekarang :)

Reply

akubiomed March 6, 2012 at 1:06 am

Pengunaan SSD menjimat kan ruang dan prestasi pantas daripada hardisk. Keyboard yang bercahaya memang cantik. Dikuasakan Intel i7 terkenal low power consumption. Memang superb Ultrabook Toshiba ini. :-)
akubiomed´s last [type] ..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830

Reply

Amirez March 6, 2012 at 10:17 am

rasanya inilah laptop toshiba yang terbaik berbanding model2 sebelum ni ;)

Reply

shraqs March 6, 2012 at 12:42 am

Dah pernah pakai Toshiba sekali, tak sampai 2 bulan aku jual,… dah serik, masuk dlm list kena elak. BTW, good luck bro.

Reply

Amirez March 6, 2012 at 10:16 am

toshiba model mana bro? dulu aku pernah repair laptop toshiba bos. sekali pandang memang tak berkenan langsung. tapi yang ni entahlah…feel lain sikit hehe

Reply

shraqs March 6, 2012 at 10:48 am

Tak ingat la sebab dah lama sangat. Aku tak suka satu lagi sebab design diorang agak petak2 ckit. Sekarang ni aku layan Asus je :)
shraqs´s last [type] ..Official ICS 4.0 Untuk Samsung Galaxy SII – 15 Mac 2012

Reply

Amirez March 6, 2012 at 11:48 am

a’a design toshiba ni tak smart mana. Z830 ni pun aku suka sebab backlit keyboard tu je hehe

Reply

shraqs March 6, 2012 at 2:26 pm

AKu pun suka tengok tang tu jugak :)
shraqs´s last [type] ..Official ICS 4.0 Untuk Samsung Galaxy SII – 15 Mac 2012

Reply

auc dot com March 5, 2012 at 10:28 pm

moga berjaya

dari blogger utk blogger
auc dot com´s last [type] ..Itu Ultrabook Toshiba Portege Z830 Aku yang Punya!

Reply

Amirez March 6, 2012 at 10:14 am

terima kasih auc. semoga berjaya juga buat bro. dah try 2 kali nak komen kat blog bro tadi tapi tak boleh

Reply

nurmisnan March 5, 2012 at 8:43 pm

Gd luck n all d best to u brother…
nurmisnan´s last [type] ..TOSHIBA PROTEGE Z830 ULTRABOOK ULTRA SLIM ULTRA LIGHT

Reply

Amirez March 5, 2012 at 9:39 pm

terima kasih nurmisnan. good luck to u too :) rasanya silap eja protege tu. sepatutnya PORTEGE. sempat lagi nak tukar tajuk

Reply

nurmisnan March 5, 2012 at 11:11 pm

masyaAllah… my bad. Thanks man.. Terikut plak ejaan
masa mencari maklumat tadi…
nurmisnan´s last [type] ..TOSHIBA PORTEGE Z830 ULTRABOOK ULTRA SLIM ULTRA LIGHT

Reply

Amirez March 6, 2012 at 10:15 am

takpe. mujur sempat lagi nak tukar :)

Reply

nuriz March 5, 2012 at 8:22 pm

wow sangat nipis, harga dia pun bertepatan dgn rupa dan specs

Reply

Amirez March 5, 2012 at 9:37 pm

nipis, mungkin cepat panas macam iMac

Reply

azura March 5, 2012 at 7:46 pm

nak join tapi tak ada maklumat…caiyok amirez
azura´s last [type] ..Sebatang kara cuma peribahasa

Reply

Amirez March 5, 2012 at 9:37 pm

terima kasih azura. tangkap muat je mana maklumat yang ada hehe

Reply

ejam March 5, 2012 at 7:36 pm

good luck, rasa macam nak join juga tapi idea takde dan masa makin suntuk..
ejam´s last [type] ..RM100 Untuk Dimenangi, Hanya Capture Counter Sahaja.

Reply

Amirez March 5, 2012 at 9:36 pm

terima kasih ejam. saya ambik masa 3 jam nak study untuk siapkan entry ni hehe

Reply

Shahrul March 5, 2012 at 7:21 pm

nak join jugak nih…
Shahrul´s last [type] ..Google Latitude vs Foursquare

Reply

Amirez March 5, 2012 at 9:35 pm

join cepat. kul 12 tengah malam ni tutup dah

Reply

nik March 5, 2012 at 6:09 pm

semoga berjaya!:) datang sokong kawan2 blogger yang join;p
nik´s last [type] ..Toshiba Ultrabook Portege z830 misi terlaksana?

Reply

Amirez March 5, 2012 at 6:12 pm

terima kasih nik. kalau tak keberatan tolong tweet, like atau google+ ye :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: