close button


Undangan Majlis Perkahwinan

Undangan Majlis Perkahwinan

Minggu depan dah start cuti sekolah. Budak² sekolah seronoklah dapat cuti 2 minggu. Entah apa aktiviti diorang nak isi sepanjang ‘honeymoon’ nanti. Kalau aku dulu, petang² pergi mandi sungai. Balik rumah kena marah ngan mak haha. Kenangan yang tak dapat dilupakan.

Cuti sekolah nanti bukan budak sekolah je happy. Bakal² pengantin pun semestinya bergetar jantung menanti hari bergelar raja. Mungkin minggu ni dah sibuk² kemas rumah. Mak andam pula dah mula berfungsi. Kad kahwin pun dah start edar kat sahabat handai. Masa nilah wajah bakal pengantin mula naik seri. Kata petua, pengantin digalakkan tak berjumpa pasangan selama 40 hari sebelum hari akad nikah. Supaya perasaan rindu dan sayang itu makin membuak² katanya eheh. Betul juga tu.

Ramai juga kawan aku bergelar Raja Sehari akhir² bulan ni. Ada enam semuanya. Satu² aku nak cerita kat sini eheh.

Azura & Azman a.k.a Manok (30 Mei 2009) – Diorang berdua ni kawan satu course masa kat UTHM dulu. Pasangan sekuliah. Sejak tahun 3 rasanya cinta diorang mula berputik eheh. Majlis kat rumah Manok pada 6 Jun 2009 di Kluang, Johor. Dapat jemputan diorang ni melalui email minggu lepas. Ekonomi kata orang eheh.

Kawan² Azman Razali dari UTHM, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara Johor Bahru (SMTU), Asrama Semai Bakti Felda Johor Bahru (ASBJB) dan Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dijemput hadir. Aku sekadar menyampaikan amanat dia melalui email yang aku terima je eheh. Hubungi beliau di 012-7360 314. Nak direction ke rumah Azman a.k.a Manok ni boleh klik di sini. Direction ke rumah Azura pula boleh download sini.

Kak Akmar (31 Mei 2009) – Kak Akmar ni kawan dalam Blues Selamanya Community. Baik orangnya. Comel juga hehe. Selamat menjadi isteri solehah kak. Maklumat lanjut berkenaan dengan perkahwinannya boleh klik di sini.

Mohd. Ali Amin (1 Jun 2009) – Dia ni kawan aku masa Form 1 dulu kat SMK Ketereh. Terkenal dengan cara berjalan jongket² eheh. Bekas pelajar Uniten. Skang ni keje sebagai engineer di syarikat swasta kat Kelantan. Sempat aku mintak tips kumpul duit kahwin daripada dia baru² ni hehe. Antara kawan baik aku dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Oye, kahwin dengan pelajar Uniten jugak. Selamat menjadi raja sahabat.

Fitri (1 Jun 2009) – Dia ni kawan adik aku sebenarnya. Baru umur 20 tahun tapi dah gatal nak kawen haha. Sebab selalu main badminton dengan dia, jadi dia macam kawan aku pulak. Umur muda, tapi harap² fikiran dia dah matang.

Siti Munirah Aziz (6 Jun 2009) – Siapa tak kenal pengawas comel SMK Ketereh batch 2001 sorang ni. Pandai, cute tapi agak garang haha. Pernah la sekali tengok dia marah kat kawan aku, merah habis muka. Terkejut aku dibuatnya. Tapi dia ni memang baik. Salah sorang ahli geng yang suka nyakat aku masa kelas Sains Pertanian dari Form 4 sampai Form 5. Aku diam jelah, dah aku sorang je laki kelas tu huhu. Berkahwin dengan senior sekolah, tua setahun.

Azmir Rempit (7 Jun 2009) – Haa, terkenal dengan gelaran rempit. Suka tukar kaler motor RXZ dia. Kejap merah, kejap biru. Sah² memang mat rempit kot, takut polis cam haha. Selalu lawan PES6 dengan dia masa sewa rumah sekali dulu kat UTHM. Dalam banyak² game, sekali je aku pernah menang lawan dia, 3-0. Kalau main PES6 tu mulut dia memang bising mengalahkan ekzos motor RXZ dia tu.

Respek dengan dia ni. Hampir 2 tahun dia sembunyikan pertunangan dia kat kitorang. Paling best, dia terkantoi dengan aku kat Mid Valley keluar dengan tunang dia. Masa tu ada mini reunion. Aku ajak dia, dia kata ada hal, tak dapat nak join. Kat Mid Valley aku nampak kelibat dia tengah survey barang kawen haha. Nak sorok daripada aku konon. Tapi tunang dia comel. Muda setahun daripada dia. Semoga bahagia selalu sahabatku.

Setakat ni itulah list yang ada aku conteng kat kalendar ofis. Tapi, satu perasaan kecewa nak aku luahkan. Kesemua undangan kahwin tu aku tak dapat nak pergi, kena kerja pada hari tersebut. Apa nak buat, kerja macam aku ni tak lekat kat ofis. Esok ke Puchong dua hari. Isnin nanti ke Kelantan pula 5 hari. Usai je di Kelantan terus ke Perak pulak 3 hari. Harap² tiada yang kecik hati dengan ketidakhadiran aku ke majlis masing². Jangan pula majlis kahwin aku nanti takde orang nak datang pulak, kasihan aku huhu. Yelah, hukum hadir ke kenduri kahwin ni wajib. Tapi aku tak dapat nak elak dengan tugas membawa segolongan masyarakat yang perlukan bimbingan agama dan destinasi hidup. Maaf sangat². InsyaAllah ada masa free bleh pergi ziarah :)

Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga kekal bahagia dan dirahmati Allah s.w.t.

Update:

Mohd. Firdaus a.k.a Bangya (7.6.2009) – Ni sorang lagi, baru tau semalam. Itupun orang lain yang bagitau. Tu la hang Bangya, jangan mesej kat Friendster. Gunalah Facebook eheh. Bangya ni memang rapat sejak Tahun 1 lagi. Perangai pun ada la lebih kurang sket. Maklumlah, sama² budak Scorpio. Pandai berahsia dia neh. Tup² nak kawen dah. Maaflah my friend, tak dapat nak menghadirkan diri huhu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Related Posts with Thumbnails

8 comments so far

  1. humbleandmodest
    #1

    tunggu ko kawen plak…
    kalau ko buat kt uthm aku datang….
    haha!

  2. Amirez
    #2

    haha. kalau rektor nak sponsor majlis kawen aku kat uthm..bolehlah ko dtg segerombolan utm haha

  3. Kreuger
    #3

    ramainye kengkawan kawin tahun ni.
    erm.. aku jadi penutup tahunan la..
    yeayyy… senang skit nak buat yearly event.
    ekekek~

  4. humbleandmodest
    #4

    kt uthm xdek alumni ke?
    kalau kt utm tu slalu je ada org kawen atas nama alumni utm…
    hohoho….
    maybe pasangan yg kawen tu 2-2 pernah blaja kt utm…
    haha!

  5. humbleandmodest
    #5

    ko nak jadikan perkahwinan tu sebagai annual event ke?
    jangan weh…
    ko cuma blh buat 4 tahun berturut2 je….
    hahahaha…. :D

  6. Amirez
    #6

    ada..tp under kelab mcm kke (kelab kejuruteraan elektrik).

    tp kt utm ada org wat mjls kawen ek? hebat

  7. Amirez
    #7

    molek gk tu. sng nk igt. sng gk nk attend…musim cuti skolah :)

  8. sejuk
    #8

    bagde untuk twitter merdeka 2009. sila ke http://sejuk.viere.net.my/2009/05/26/twitter-merdeka-2009/ dan donwload badge disana,thanks, saya sokong twitter merdeka 2009!!

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>