Semalam dah berjaya download satu siri drama Jepun berjudul BOSS episod terakhir. Kalau nak diharapkan dengan kualiti coverage Maxis Broadband kat kampung aku ni, seminggu download pun belum tentu dapat habis punya. Tapi nasib baik jugalah certain area dalam rumah aku ni di bawah liputan HSDPA Maxis. Tak dapat download rate yang laju pun at least boleh surf Facebook dengan sekali kelip pun dah ok. Kira laju la tu sekali kelip mata je dah full load hehe.
Thanks kepada saudara Eddie atas entri beliau yang satu ni. Sikit sebanyak dah buatkan masa untuk layan Internet aku tak terbuang dengan menanti web untuk load sampai habis dengan lama. Sebelum ni aku menggunakan Maxis BB pakej 3.6Mbps dengan caj RM138 sebulan (free modem & no contract). Sekarang ni dah upgrade ke 7.2Mbps. Tak tau banyak mana perubahan speed bertambah. Sebelum upgrade aku terlupa nak buat speedtest. Tapi yang pasti aku dapat rasakan ianya lebih cepat, pantas dan tuntas haha.
Ok. Nak upgrade sonang yo. Follow je instruction kat bawah ni untuk proses transformasi speed Maxis BB korang. Sebelum upgrade, cuba test kat speedtest dulu berapa speed yang korang dapat dengan 3.6Mbps ni. Dah test, baru buat kaedah berikut:
- Download E220 Software Upgrade dan kemudian extract dalam PC. Terdapat 2 fail lepas extract iaitu E220 Firmware.exe dengan E220 Dashboard.exe.
- Cucuk Maxis BB korang tapi jangan connect lagi. Application pun tutup supaya tidak ada program Maxis BB yang berjalan.
- Install E220 Firmware.exe dulu. Klik Next sampai habis. Kalau dia tanya apa-apa, jawab je YES.
- Lepas tu install E220 Dashboard.exe pulak. Klik je Next sampai habis.
- Dah siap install, cabut Maxis BB korang dan kemudian pasangkan semula.
- Nanti korang akan disuruh install control panel maxis broadband yang baru. Klik Next je sampai selesai semuanya.
Cuba buat speedtest sekali lagi. Bandingkan. Nak juga tau betul ke tak ada perubahan sebab aku tak sempat buat hari tu. Ni speed yang aku dapat lepas upgrade:

Laju betul haha. Terimalah seadanya. Esok aku akan ke TM untuk potong Streamyx yang dah nak setahun bayar bil bulan-bulan tapi langsung takleh pakai. Dah berbuih mulut buat report tapi takde tindakan. Yang diorang tau cuma suruh kita klik itu ini cabut pasang RJ11 dengan RJ45 je. Ingat kita tak sekolah ke apa. Takleh salahkan diorang gak, dah itu kerja diorang yang disuruh oleh orang atasan. Mungkin kat atas meja dia dah ada satu kertas arahan untuk menjawab soalan yang akan ditanya oleh pelanggan. Diorang bukannya tau sangat pun sebenarnya.
Potong! Potong! Potong!


{ 8 comments… read them below or add one }
urm…lau modem e1552 leh x upgrades ke 7.2mbps??
erm…tak pasti pula. belum jumpa lagi info utk e1552
kat broadband maxis E1552 boleh x?
tak pasti pula boleh ke tak. tak pernah cuba. tapi maybe cara ni hanya untuk E220. risau kalau try kat model lain nanti ada masalah pula
skg kn dh ada pkai USB kan.model terbaru E1762.pakej yg mn bleh smpai 7.2Mbps ni
a’a.artikel ni dh x available dh kot eheh
adakah speed ni bergantung kepada kwsn liputan? setakat ini, kpg aku celcom je yg mantop w/pun aku terlampau sakit hati ngan speednya yg dah merudum.
.-= aidilx´s last blog ..Kaji Selidik Keji! =-.
macam biasa kalau wireless broadband ni ikut kawasan juga.
dulu celcom cover kg aku (signal weak)..maxis langsung tak dpt.
tp skang ni maxis dh cover…dpt HSDPA dh. tp x bermakna maxis lebih baik drp celcom. depends pd coverage. mana yg ok kat tmpt kita…itulah yg terpaksa kita guna huhu. bersyukurlah kita di Malaysia huhu
{ 1 trackback }