close button


Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia Sakit Jantung

Hati ini tersentak bila mendapat berita Ustaz Asri telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pantai setelah jatuh pengsan ketika memberi ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, RTM sekitar 10:30 pagi tadi. Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia dalam usia 40 tahun, sepuluh hari selepas hari lahirnya.

Tak pasti program ‘Syahadah’ tu program berbentuk apa. Mengikut pada bunyi seperti satu program keagamaan yang baik. Lihatlah, orang yang baik amalnya, sikapnya dan tingkah lakunya akan meninggal mengikut persekitaran yang baik juga. Diceritakan seorang sahabat yang pernah bekerja dengan syarikat Rabbani, Ustaz Asri adalah seorang yang pemurah dan tidak berkira. Apa akan jadi dengan kumpulan nasyid Rabbani selepas ini agaknya?

Dah lama rasanya ingin berjumpa dengan Ustaz Asri. Selalu juga main badminton dengan beberapa orang anggota kumpulan nasyid Rabbani dan Che Amran Raihan tapi Ustaz Asri tak pernah main badminton kata mereka. Nampaknya peluang untuk berjumpa dah tiada buat selamanya. Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah buat allahyarham.

Info selanjutnya:

Related Posts with Thumbnails

16 comments so far

  1. Kujie
    #1

    Al-fatihah…semoga roh dicucuri rahmatNya & keluarga beliau tabah hadapi dugaan ini.

    Moga kita juga mati dalam keadaan khusnul khatimah…amiin. …
    Kujie´s last blog ..Asri Rabbani meninggal dunia My ComLuv Profile

  2. Amirez
    #2

    amin…

  3. muhammad fakhruddin
    #3

    Al-Fatihah utk beliau,takziah buat keluarga beliau dan anggota kumpulan Rabbani…moga beliau ditempatkan dengan orang-orang soleh
    muhammad fakhruddin´s last blog ..Tahniah Dan Takziah My ComLuv Profile

  4. auni
    #4

    aminn

  5. megat
    #5

    amin.

  6. azman
    #6

    amin…

  7. annamir
    #7

    Salam TAKZIAH dari saya buat keluarganya, para peminat dah sahabatnya!
    Moga ROH beliau sentiasa dirahmatiNYA insyaAllah!
    Kita kehilangan pejuang seni nasyid tanah air yang amat tawadhuk dan berjiwa besar!

  8. annamir
    #8

    Salam TAKZIAH dari saya buat keluarganya, para peminat dah sahabatnya!
    Moga ROH beliau sentiasa dirahmatiNYA insyaAllah!
    Kita kehilangan pejuang seni nasyid tanah air yang amat tawadhuk dan berjiwa besar!
    annamir´s last blog ..Testing…testing! My ComLuv Profile

  9. Amirez
    #9

    ya, kita kehilangan pejuang nasyid yg sejati.
    semoga rohnya dirahmati Allah.
    terima kasih atas kunjungan saudara ke sini :)
    sungguh cantik gambar² saudara

  10. Amirez
    #10

    terima kasih atas kunjungan ke sini auni :)

  11. Amirez
    #11

    azman..thx for coming here

  12. muiz
    #12

    kita kehilangan sesutu yang teramat berharga buat kita semua

  13. Amirez
    #13

    a’a. apa boleh buat..sudah sampai ajalnya.
    sama2lah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ustaz asri

  14. ena
    #14

    semoga rohnya dicucuri rahmat d di tempatkan dengan orang-orang soleh
    amin……….

  15. ena
    #15

    semoga roh dicucuri rhmat dan di tempatkan ngan orang-orang beriman
    amin…………

  16. Amirez
    #16

    amin…..

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

3 Trackbacks/Pings