Feb 13, 2009

Valentine's Day – Hari Romantik Sedunia

  • Share
  • Share

Yeay, esok Valentine’s Day. Esok hari romantik sedunia. Esok ramai hatinya berbunga² mekar, perasaan cinta membuak² dan hidupnya diwarnai merah jambu. Esok adalah hari yang sangat dinanti²kan bagi pasangan kekasih, terutamanya remaja.

Kalau di Jepun, Valentine’s Day disambut dengan menghadiahkan cokelat daripada pasangan perempuan kepada pasangan lelakinya (setakat yang aku tahu). Cokelat itu lebih bermakna kalau hasil tangan si perempuan itu sendiri. Tak silap aku juga, ada satu tempat di sana yang mengajar remaja² perempuan membuat cokelat untuk dihadiahkan kepada lelaki yang diminatinya. Sungguh romantik.

Lain pula di negara yang kita cintai ini. Bukan cokelat dihadiahkan. Bukan bunga diberikan. Bukan juga cincin emas mahupun platinum disarungkan ke jari. Yang diberi kepada pasangan tercinta adalah kehormatan diri. Demi cinta si perempuan sanggup menyerahkan mahkota daranya kepada si lelaki, buah hatinya yang tersayang untuk membuktikan betapa dalam cintanya. Sama seperti pada sambutan Tahun Baru. Mereka ingin jadikan tarikh tersebut sebagai tarikh sejarah, dan permulaan kepada bukti cinta mereka. Dan juga permulaan kepada pembuangan bayi. Kasihan si kecil itu. Makamkanlah dia, bukan dibuang sesuka hati.

Betul juga satu rangkap ayat tentang cinta yang aku dengar sejak di bangku sekolah:

Wanita memberikan seks untuk mendapatkan cinta. Lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan seks.

Hati² wahai kaum yang lemah. Kau mungkin kuat dari sudut lain, tapi mungkin kau amat lemah dengan kata² manis lelaki yang kau fikir boleh kau percayai. Bukan begitu caranya untuk buktikan cintamu. Jika kau berlandaskan agama, kau akan jumpa kesucian dan kemanisan bercinta. Aku fikir mana² agama juga tidak menyuruh daranya dirabakkan dengan cara haram atau tidak sepatutnya.

Aku fikir ramai sudah tahu sejarah Hari Valentine. Kalau sudah lupa, silalah baca di sini ataupun di sini.

ps: owh, lelong, amazon malah facebook’s pet society pun tengah sibuk dengan hadiah Valentine’s Day.

pixel Valentine's Day   Hari Romantik Sedunia

8 Comments

  • wah.. semakin matang la penulis
    blog Melayu sekarang ni. Aku sanjung sungguh,
    rate-rate blog yang aku pergi… semua mengutuk
    sambutan hari velentine ni. kire ok ar tuh
    kesedaran agama yang perlu diterapkan
    sebagai bahan bacaan untuk generasi sekarang.

    [Reply]

  • biasalah..laki mane ade yg baik..pas tu nak salahkan pmpn kan?laki skg byk bodoh nak wat camane..huhu..i do hate boysss…laki zaman dulu lg berkualiti…huuuuuu

    [Reply]

  • ye..betul sgt2 kata2mu itu adan eheh

    [Reply]

  • Tula.. kaum wanita ni pandai, tetapi kurang bijak. Sebab perasaan die lebih hebat daripada akal die. Aku rase papepon, agame la patot ditanamkan dlam diri dulu. Jadi klu papon blaku, Allah akan selamatkn drpd terus hanyut. Emp..

    [Reply]

  • Wanita memberikan seks untuk mendapatkan cinta. Lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan seks.

    huhu… aku setuju sangat..
    mungkin nafsu mengawal segalanya, akal pulak ditolak tepi..

    [Reply]

  • selalunya macam tu
    lebih ikutkan nafsu daripada akal

    [Reply]

  • baliklah ke zaman dulu, nape lahir zaman ni :P
    laki pompuan sama je kalau masing2 dh ikutkan nafsu semata2.

    dh byk kali abg pesan, baiki diri dulu sblm jupe laki yg baik. muhasabah diri selalu, insyaAllah akan dipermudahkan utk jupe laki yg berkualiti

    [Reply]

  • hehe.usia makin lanjut,kubur dh kata mari dh :)
    kena selalu ingat mengingati sesama saudara

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks