Sekitar dua atau tiga tahun sebelum ni kecoh dengan kejadian sejadah berdiri dengan sendirinya. Kejadian pertama yang saya ingat berlaku di Oman sekitar waktu Subuh. Sejadah tu seolah-olah berdiri ataupun duduk antara dua sujud sambil membaca al-Quran. Lepas kejadian tu kecoh pula kat Malaysia ni pasal sejadah berdiri. Saya lupa kat mana tapi pernah masuk dalam majalah Mastika.
Terbaru, kisah 43 helai sejadah berdiri dan berbaris seolah-olah dalam saf untuk berjemaah yang berlaku di Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, di Maran, Pahang. Berita ringkas keluar kat Buletin Utama TV3 malam semalam. Manakala berita lebih detail keluar kat TV9.
Nak percaya pun tidak, tak nak percaya pun tidak. Kalau sejadah-sejadah ni betul-betul berdiri dengan sendirinya, itu menunjukkan kuasa Allah s.w.t. yang mampu buat sesuatu di luar jangkaan kita. Lagipun di akhir zaman ni dah macam-macam perkara pelik mula berlaku. Tapi andai kata ianya hanya dibuat-buat individu tertentu dengan niat yang hanya dia dan Allah s.w.t sahaja yang tahu, terserah kepadanya untuk menanggung kesan perbuatannya. Kalau niatnya baik, maka mudah-mudahan baiklah kesannya.

{ 26 comments… read them below or add one }
well kalau betullah atas kekuasaan Allah sejadah itu berdiri, subhanallah..just nak quote la dari seorang rakan di FB, dia cakap, janganlah kita nak tunggu berlaku benda2 pelik dulu baru nak rasa takjub rasa awesome dengan kuasa Allah. Masih banyak lagi perkara2 disekeliling kita yang kita boleh jadikan iktibar akan kekuasaan Allah. Lautan contohnya.
+1
arrizz´s last [type] ..Kisah pejabat pos dan gadis jurujual
sangat setuju dengan statement tu. berfikir sejenak tentang alam, insyaAllah kita akan nampak kebesaran Allah itu dengan sendirinya
hanya DIA yang tahu akan kebenarannya..
tp andai benar…sejadah sendiri sujud..xkan orang yg mengatakan dirinya islam, yg dikurniakan akal yg waras..x reti2 lg..hurm
chii´s last [type] ..Bismillah Enam
dari satu sudut pemikiran memang itulah simboliknya. kalau tak faham lagi tak tahulah nak cakap apa, kan
bimbang juga kalau benda benda ada yg x kena
Juan´s last [type] ..Bapakku.fm – Suka hati Bapak Aku la | Live Streaming Bapakku FM
takut ada yang memuja pulak nanti, kan. mana tau kot2 ada yang taksub
tak tau la nak percaya ke dak..kalau boleh lagi baik kita fokuskan kepada diri kita dan amalan kita dari pada fokus ke sejadah berdiri
nuriz´s last [type] ..Sinopsis Adnan Sempit 2 dan Trailer
betul tu nuriz
kalau kes ni betul, ianya satu tanda kuasa Allah s.w.t. tapi yang pasti amalan kita kena selalu ditingkatkan hari demi hari
Ada betulnya beri tumpuan kepada peningkatan beribadat dihujung-hujung zaman.
aku suka tengok video macam ni..
titan´s last [type] ..Komisen ke 89 dari TNX
erk..boleh tau kenapa?
entah. gua rasa memang suka tengok benda-benda ajaib macam ni. Dan gua juga suka baca artikel yang cerita kisah dan benda pelik-pelik dan tak masuk akal atau misteri..mungkin penangan baca mastika kot. hoho..
titan´s last [type] ..Ya. Gua Tahu..
haha. samalah aku pun, penangan mastika jugak agaknya. ni pun baru abis baca kisah misteri chapter 23 siri 2 hehe
saya tak berapa nak percaya sangat tapi kalau betul itu kuasa Allah
ambil iktibar daripada nya
Hans´s last [type] ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
hmm..allah maha kuasa di atas segala-galanya..mintak tolong leh like ni..http://malaysia.topglobalsite.com/2012/02/contest-paypal-giveaway.html
like skali twitter dgn goggle ye..
farhan´s last [type] ..Contest Teka & Menang by Meira and Nabila
tak jumpa pulak button like. twitter ngan google pun takde. ke salah tengok? huhu
ok..baru keluar hehe. done
good luck ye
Wallahualam…kalau betul kita ambik iktibar dari nya
azman´s last [type] ..Hari Kekasih Haram Untuk Orang Islam Sahaja
napa dia tak tunjuk demo tarik pastu tgk leh berdiri balik ker tak kan…? masyaAllah.. Allahuakbar…
lazaac´s last [type] ..Jom Ke Perjumpaan Komuniti Envato 2012 Di Kuala Lumpur
a’a. selalunya orang tak buat kajian lanjut bila jadi macam tu
risau ada yg ambil kesempatan nak glamour jer… muehehe….
lazaac´s last [type] ..Jom Ke Perjumpaan Komuniti Envato 2012 Di Kuala Lumpur
betul tu. mungkin sekadar agenda untuk naikkan nama. hanya Allah yang tahu niat masing2
Ada kejadian baru rupanya
Berat hati aku mengatakan semua ni kerja nakal je
tehr´s last [type] ..Blogger Perasan
aku pun berfirasat yang sama
semalam tak pula tengok berita…tapi pernah dengar soal sejadah sujud…
azura´s last [type] ..Kuih lapis idaman
ada yg kta bnda ni x betul .. wallahua’lam
Ummi Hanie´s last [type] ..Malaysia Top Blogger